Memaparkan catatan dengan label remaja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label remaja. Papar semua catatan

Selasa, Jun 24, 2008

Pelajar kemaruk klip video lucah

Pelajar kemaruk klip video lucah:

"KUALA LUMPUR: Telefon bimbit yang menjadi teman mainan harian pelajar sekolah menjadikan sebilangan golongan itu ‘penagih porno’ dengan membabitkan diri dalam aktiviti memuat turun ratusan klip video lucah dengan hanya bayaran sebatang rokok atau serendah 50 sen.

Dengan memiliki pelbagai model telefon bimbit yang dilengkapi kemudahan Bluetooth, pelajar terbabit termasuk seawal usia 12 tahun mampu menikmati aksi ranjang klip video seks seperti ‘Budak Sekolah Terlampau’, ‘Skodeng dalam tandas sekolah’, ‘Uniform’, ‘Awek Sek Men Ganas’ dan sebagainya.

Wartawan Harian Metro yang cuba merungkai gejala negatif terbabit mendapati pelajar sekolah menengah di ibu kota yang disoal selidik mengaku pernah menonton atau menyimpan klip video lucah dalam telefon bimbit masing-masing.

Sekumpulan pelajar yang didekati ketika melepak di Jalan Bukit Bintang di sini, semalam, mendakwa penyebaran video dan gambar lucah di kalangan rakan sebaya bukan lagi perkara pelik, malah sudah rutin.

Pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Haikal, 15, berkata rata-rata rakannya yang diberikan telefon bimbit ibu bapa masing-masing tidak sekadar menggunakannya untuk menghubungi rakan atau mengirim SMS, tetapi turut menyimpan klip video seks.

Melalui telefon bimbit yang dimilikinya, katanya, lebih 50 klip video lucah mampu dimuat turun dan disimpan untuk koleksi peribadi.

“Menyimpan klip video lucah sama macam hobi kerana ia boleh ditukar suka sama suka dengan kawan lain.

“Ada yang jadikan klip video ini sebagai simpanan eksklusif, terutama kalau pelakonnya gadis sekolah atau mempunyai wajah iras artis.

“Kalau ada yang minta gambar (klip video) terbaru, biasanya saya cuma minta upah sebatang rokok atau belanja minum. Paling tidak duit 50 sen untuk satu klip video pendek,” katanya yang mendakwa dihadiahkan telefon bimbit oleh ibunya sempena sambutan hari jadinya Februari lalu.

Rakannya, Iwan, 16, pula mendedahkan klip video lucah membabitkan pelajar sekolah antara klip video paling popular dan menjadi buruan di kalangan rakan sebayanya.

Menurutnya, ada pelbagai tajuk panas membabitkan klip video seks yang sering dimuat turun melalui telefon bimbit untuk dikongsi membabitkan pelajar tempatan, Indonesia dan Thailand selain tajuk ‘hangat’ lain seperti ‘Layan!’, ‘Gym’, ‘Budak KL’ dan ‘Anak ayah..’

“Cara ini lebih mudah kerana kami tidak perlu membeli cakera padat digital (DVD) lucah serta pemain DVD.

“Ia boleh dilihat di mana-mana saja baik di sekolah, taman permainan, kafe siber atau kelas tuisyen,” katanya sambil menunjukkan satu daripada klip video lucah.

Ditanya sama ada menonton video klip mampu menimbulkan rasa ghairah, pelajar terbabit yang juga anak seorang eksekutif sebuah syarikat hartanah hanya tersipu malu.

“Benda ni bukan setakat pelajar lelaki saja yang minat, tetapi ada juga pelajar perempuan yang pernah melihatnya beramai-ramai dalam telefon bimbit mereka,” katanya.

Sementara itu, tinjauan selama tiga hari di sekitar Gombak, Sentul dan Ampang, mendapati kebanyakan pelajar yang ditanya berhubung klip video lucah mengaku pernah menonton rakaman terbabit melalui telefon bimbit sama ada milik sendiri atau rakan sebaya.

Difahamkan, Kementerian Pelajaran sehingga kini mengharamkan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar membabitkan kawasan sekolah pada April 2006.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak dan berdasarkan kesan penggunaan telefon bimbit yang disifatkan boleh mengganggu proses pembelajaran di sekolah.

Guru juga diberi kuasa merampas telefon bimbit milik pelajar sekiranya didapati menggunakannya di kelas dan menyerahkannya semula kepada ibu bapa pelajar berkenaan selepas aduan dilakukan.

Penyalahgunaan telefon bimbit untuk tujuan merakam gambar lucah pernah didedahkan akhbar pada 30 Mei lalu apabila tiga pelajar tingkatan lima di Segamat, Johor, didakwa memaksa seorang pelajar perempuan membuka pakaian sebelum merakam payu dara mangsa dalam kejadian di stor sekolah.

Mangsa yang berusia 17 tahun terpaksa membuat laporan polis selepas gambar separuh bogelnya mula disebar di daerah berkenaan melalui khidmat pesanan multimedia (MMS) kepada orang ramai.

Akhbar juga pernah beberapa kali melaporkan ada pasangan merakam adegan seks masing-masing melalui telefon bimbit atau dirakam tanpa pengetahuan mereka sebelum disebarkan melalui Internet."

Rabu, Disember 19, 2007

Azimat tingkat aksi di ranjang

Azimat tingkat aksi di ranjang:
KUALA LUMPUR: Sukar dipercayai apabila segelintir Mat Rempit sanggup melakukan amalan syirik dengan memakai kalung aneh berbentuk kemaluan dipanggil 'tangkal mengawan' semata-mata kerana yakin ia mampu memberi kekuatan batin ketika melakukan seks bebas.

Kebanyakan tangkal terbabit yang dibeli sama ada daripada pengamal perubatan tradisional di Thailand atau diimport dari Nepal, diperbuat menggunakan besi selain taring atau tulang babi yang diukir.

Perbuatan khurafat itu semakin membimbangkan berikutan kebanyakan pemakaiannya golongan Mat Rempit remaja Islam.

Seorang Mat Rempit yang hanya mahu dikenali sebagai Man Kriss, 20-an, mendedahkan ada beberapa jenis tangkal pelik yang popular di kalangan mereka, sama ada berbentuk tulisan mentera, benang berwarna serta objek besi menyerupai manusia.

Dia yang pernah menganggotai Geng Apache sejak 2004 berkata, idea pemakaian tangkal terbabit mula tercetus apabila khabar angin tersebar mengenai cerita seorang Mat Rempit yang hanya cedera ringan walaupun terbabit dalam kemalangan ngeri kerana memakai tangkal pelik itu.

Difahamkan, tiada tulang Mat Rempit berasal dari Pendang, Kedah itu patah selepas dirempuh kereta ketika melakukan aksi 'pacak' di Jalan Duta di sini, tidak lama dulu.

"Ada khabar angin mengatakan dia mengamalkan ilmu kebal dengan memakai tangkal bagi memastikan tubuhnya kental walaupun dipukul atau terjatuh ketika kemalangan.

"Malah, ada juga cakap-cakap mendakwa tangkal dipakai beberapa pelumba lain mampu membuat lawan di litar lumba haram menjadi gerun. Semua ini menyebabkan ada Mat Rempit teruja untuk mencuba," katanya.

Dia yang sebelum ini beberapa kali ditahan polis trafik Kuala Lumpur mendakwa cerita mulut ke mulut itu akhirnya tersebar pula dakwaan wujud tangkal istimewa yang boleh membuatkan pemakainya mempunyai kekuatan seks luar biasa.

"Malah, ramai tertarik apabila tangkal itu didakwa boleh berfungsi sama seperti minyak pengasih khusus untuk memikat gadis sebelum diangkut ke ranjang.

"Bertitik-tolak dari cerita itu, ada Mat Rempit sanggup berjumpa bomoh atau membeli tangkal terbabit daripada rakan yang mendakwa mempunyai 'kenalan' atau sumber pembekal," katanya.

Menurutnya, antara tangkal yang paling popular adalah objek besi berbentuk patung berwarna emas menyerupai lelaki dan wanita sedang berpelukan selain tangkal ukiran kemaluan lelaki atau wanita.

"Selain itu ada juga patung tangkal yang direndam dalam minyak khas yang kemudian dipakai bersama rantai di leher. Difahamkan minyak berkenaan berfungsi sama seperti minyak calit atau pengasih khusus untuk memikat wanita.

"Apa yang saya tahu tangkal kecil berbentuk patung boleh dibeli pada harga RM50 manakala tangkal patung yang siap direndam minyak pengasih boleh mencecah harga RM200," katanya.

Dia yang pernah didakwa mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 mendakwa ada juga jenis tangkal aneh berbentuk kemaluan yang dililit seperti tali pinggang oleh segelintir Mat Rempit yang taksub.

"Segala-galanya berpunca tarikan seks bebas yang menyebabkan ramai remaja Melayu kemaruk atau mudah terpengaruh mencuba. Bagaimanapun saya tidak pasti sama ada ia benar-benar berkesan atau sebaliknya," katanya yang kini insaf dan memulakan hidup baru.

Sementara itu, Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Prof Datuk Dr Muhammad Yusoff Hussain, menasihatkan golongan remaja membuang tangkal dipakai kerana ia jelas perbuatan syirik kerana menyekutukan Allah.

Menurutnya, umat Islam mesti mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menolak perkara khurafat seperti menggunakan tangkal atau percaya pada kuasa tertentu apatah lagi jika ia bersangkut paut dengan perbuatan menjurus kepada dosa.

"Amalan sebegini, jika tidak dikekang, boleh menggalakkan perkembangan ajaran sesat kerana ia memesongkan akidah orang Islam," katanya.
p/s: betul ke Harian Metro ni, atau sengaja ada2kan cerita, cerita pelaris.

Ahad, Julai 01, 2007

Empat adegan panas



Empat adegan panas:
KUALA LUMPUR: Perbuatan nakal merakam aksi lucah sebagai koleksi semakin menjadi-jadi di kalangan pelajar, menyebabkan lambakan klip video membabitkan mereka yang berpakaian seragam sekolah kini tersebar secara meluas di internet dan telefon bimbit.

Kemunculan klip video aksi lucah pelajar lengkap berpakaian seragam sekolah di internet seolah-olah trend terkini penggemar laman web lucah selepas sebelum ini mereka sibuk dengan adegan panas yang kononnya membabitkan artis, pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan gadis bertudung.

Namun, senarionya kini berubah apabila klip video lucah membabitkan remaja belasan tahun, termasuk pelajar berpakaian seragam, tersebar secara meluas dalam aksi menjijikkan dan ‘diburu’ penggemar bahan lucah.

Metro Ahad menerima lima klip video membabitkan pelajar berpakaian seragam sekolah menengah lengkap yang didakwa dirakam di Malaysia.

Bagaimanapun, daripada jumlah itu, empat disahkan pelajar negara ini manakala satu lagi membabitkan pelajar negara jiran.

Klip pertama bertajuk ‘Budak-Sek_Ptrjya_Setiu’ selama dua minit 46 saat yang bermula dengan seorang pelajar perempuan berbaju sekolah menengah lengkap dengan lencana beraksi dalam keadaan mengghairahkan sebelum menyelak baju dan kain untuk menunjukkan alat sulitnya.

Dia kemudian mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang wajahnya tidak kelihatan.

Klip kedua selama dua minit 29 saat pula bertajuk ‘Skodeng_Berdarah’ yang menunjukkan sepasang pelajar juga berpakaian sekolah menengah lengkap mengadakan seks oral di dalam tandas sekolah.

Bagaimanapun, rakaman kemudian menunjukkan mereka ditangkap dua guru, termasuk seorang guru wanita bertudung.

Dalam usaha menyuruh pelajar berkenaan keluar dari tandas, pelajar wanita berkenaan dipercayai terhantuk pintu tandas, menyebabkan hidungnya berdarah.

Ketika dibawa ke pejabat sekolah, seorang guru lelaki yang menggunakan loghat Utara didengari memarahi kedua-dua pelajar berkenaan yang cuba merayu untuk dilepaskan.

Klip ketiga bertajuk ‘Uniform’ yang berlangsung selama satu minit 42 saat. Ia menunjukkan seorang pelajar perempuan lengkap berpakaian sekolah menengah mengadakan hubungan seks dengan seorang remaja lelaki.

Klip keempat iaitu ‘Berani_Budak_Sekolah’ selama tiga minit sembilan saat pula pernah dibongkarkan Harian Metro bulan lalu. Ia memaparkan empat hingga lima pelajar lelaki mencabul seorang pelajar perempuan di tepi parit.

Yang menyedihkan, semua mereka berpakaian sekolah menengah.

Klip video kelima bertajuk ‘Budak_Sekolah’ selama tiga minit 10 saat pula yang didakwa pelajar negara ini disahkan palsu. Ini berdasarkan percakapan dan lencana besi digunakan yang menunjukkan dengan jelas identiti pelajar sekolah negara jiran.

Selain itu, banyak lagi klip video lucah remaja dipercayai rakyat negara ini yang kini tersebar secara meluas di internet dan telefon bimbit.

Antaranya ialah ‘Anak_Hj_Sapli’ selama tiga minit 40 saat; ‘Adilla_Dalam_Semak’ (satu minit 46 saat); ‘Anak_Kampungku’ (enam minit 43 saat); ‘Anak_Sekolahan’ (51 saat); ‘Anak_SMA_Lg_Blaja’ (21 saat); ‘BohsiaKuale’ (empat minit satu saat), ‘Budak Selengga2 (dua minit 13 saat); ‘Center_Point_P_Indah’ (17 minit 13 saat); ‘Dlm_Kete_Waja’ (tiga minit 10 saat) dan ‘Pakai_Tudung_Saja’ (dua minit 29 saat).

Mengulas fenomena ini, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar, berkata ia sesuatu yang menyedihkan dan beliau berharap polis menyiasat semua video berkenaan.

“Kita berharap polis siasat semua klip video ini. Tindakan tegas perlu diambil sebagai amaran kepada semua pihak.

“Pada masa sama, pihak sekolah tidak boleh lepas tangan. Jika tahu ada perlakuan sumbang di kalangan pelajar, mereka perlu memaklumkannya kepada pihak berkuasa dan bukan menyembunyikannya. Kita perlu siasat mengapa perkara ini berlaku,” katanya.

Beliau berkata, perlakuan sumbang dan memalukan itu berlaku kerana masih kurang kempen dan usaha penerapan nilai modal insan di kalangan pelajar di sebalik kerajaan cukup menekankan aspek berkenaan.

“Kita berharap syarikat swasta dan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) memainkan fungsi lebih aktif di dalam perkara berkaitan modal insan, terutama di kalangan pelajar,” katanya.





Related post: , , , ,

Ahad, Februari 11, 2007

Modal cerita lucah

Modal cerita lucah:
KUALA LUMPUR: Dengan hanya bermodalkan 50 sen, seseorang pelajar boleh ‘mentelaah’ senaskhah majalah mini mengandungi pelbagai cerita berunsur lucah di kedai buku kaki lima sehingga habis dan berpeluang memilikinya dengan hanya membayar RM3.50 hingga RM8.

Pelbagai majalah lucah mini yang digelar ‘komik’ kini dijual secara terbuka di kedai kaki lima dengan memaparkan gambar wanita seksi dalam posisi mengghairahkan pada kulitnya bagi menarik perhatian golongan remaja, termasuk pelajar.

Penerbitan majalah bersaiz poket itu dipercayai antara taktik kotor syarikat penerbit buku tidak bertanggungjawab bagi mengaut keuntungan tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat dan kesan jangka panjang terhadap golongan muda.

Sekilas pandang, majalah itu kelihatan seakan-akan majalah motivasi yang kononnya mampu memberi pengajaran dan teladan berguna, selain didakwa mengandungi pedoman hidup kepada pembaca supaya tidak terdedah kepada masalah sosial mahupun kehidupan seks bebas.

Malah, penerbit sengaja menetapkan harga yang mampu dibeli golongan remaja, iaitu tidak sampai RM10 senaskhah bagi melariskan jualannya, manakala pekedai pula seolah-olah bersubahat apabila membenarkan pelajar membaca majalah berkenaan dengan hanya membayar 50 sen.

Dengan kewujudan bahan bacaan sebegini, ia bukan saja memberi dorongan negatif secara langsung terhadap golongan muda yang dipengaruhi sikap ingin tahu yang tinggi, malah mencetuskan pengaruh tidak sihat terhadap minat membaca.

Ia sepatutnya disekat bagi mengurangkan punca masalah sosial yang kini di tahap membimbangkan selain mencemarkan industri penerbitan bahan cetak.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Hasnah berkata, majalah berkenaan adalah antara buku yang paling laris di kedainya berbanding majalah berbentuk ilmiah.

“Kebanyakan yang datang membeli majalah ini golongan remaja termasuk pelajar. Ada juga antara mereka yang datang membaca di kedai beramai-ramai.

“Bagaimanapun, untuk bacaan di kedai, mereka perlu bayar 50 sen bagi setiap judul yang dipilih,” katanya.

Menurut Hasnah, dia turut mengklasifikasikan majalah berkenaan sebagai komik kerana bersaiz sama.

“Saiz majalah ini sama dengan komik, jadi ia memudahkan penyusunan bahan bacaan di kedai selain mudah dikenal pasti pengunjung,” katanya.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow, ketika dihubungi berkata, penerbitan dan penjualan bahan bacaan sedemikian dilarang sama sekali kerana menyalahi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

“Sekiranya mereka (penerbit buku) didapati bersalah, pihak kementerian akan mengeluarkan amaran dan merampas bahan bacaan terbabit sebelum permit mereka digantung atau dibatalkan terus.

“Setakat ini kita mengenakan syarat kepada syarikat penerbitan supaya menyerahkan naskhah contoh bahan bacaan terbitan mereka untuk disemak. Jadi tidak wujud kebocoran pada sistem pemantauan, malah ia dijalankan secara tersusun.

“Majalah atau bahan terbitan dari luar negara pula akan melalui semakan terperinci di pintu masuk negara ini,” katanya.

Menurut Fu, lebih sejuta tajuk terbitan dari luar negara melalui semakan kementeriannya dan hanya sebahagian kecil disekat selepas dikesan mengandungi gambar dan artikel berunsur lucah.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan wujud kegiatan menyalahgunakan nombor siri penerbitan dan permit penerbitan yang dikeluarkan kementerian itu.

“Mungkin ada syarikat penerbitan yang mengambil kesempatan menerbitkan buku atau majalah berlainan tapi menggunakan nombor siri sama bagi mengelakkan kegiatan mereka diketahui pihak berkuasa.

“Dalam kes sebegini, kita akan menjalankan siasatan bagi mendapatkan bukti sahih sebelum sebarang tindakan dan amaran dikeluarkan,” katanya.
Related post: , , , ,