Melbourne Trip from my iPhone 3G camera

Hujung bulan lepas aku and wife ke Melbourne, Australia untuk menghadiri conference Global Learn 2011 di Albert Park Hotel. Di hotel ini jugalah kami menginap.

Melbourne Trip
Dalam perjalanan dari Melbourne Airport ke hotel. Walaupun nampak matahari agak terik tp suhu agak sejuk masa ni, dalam teksi tak perlu pasang aircond pun.

Melbourne Trip
Jambatan di highway dalam perjalanan ke Albert park, ambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai. Tol kat highway ni ada tp tak perlu lalu tol pun. Pasal sistem tol tu boleh detect kereta yang lalu & terus charge (mungkin dari prepaid khas ke tak sure). Dalam kereta perlu ada gadget khas yang membolehkan sistem tu detect.

Bila Malaysia nak buat mcm ni?

Melbourne Trip
Sampai hotel, check-in lepak2 sekejap lepas tu terus keluar. Exited nak jalan & kelaparan. Sampai terus belasah naik tram. Kena beli tiket dari mesin dalam tram tp kerana ketiadaan duit siling terpaksa turun & berjalan shj.

Kalau nak guna duit besar utk beli tiket kena beli kat 7-eleven.

Melbourne Trip
The Sebel Albert Park. Hotel yang kami duduk untuk 5 hari.

Melbourne Trip
Berjalan kaki kemudian jumpa kedai terus beli roti & nutella & tuna yang boleh dimakan. Makan atas padang shj. @melamyra sempat bukak MacBook Air tu.

Melbourne Trip
Tak jauh dari tempat kitorang lepak tu rupanya ada benda ni, Shrine of Remembrance, mcm tugu negara jugak, memperingati pejuang2 Australia yg gugur dalam WWI & WWII.

Melbourne Trip
Masuk dalam Shrine of Remembrance tu tiba2 ada upcara memperingati, kat batu atas tu akan terpancar cahaya matahari dari atas bumbung dalam 1-2 minit cahaya tu akan hilang.

Melbourne Trip
Ni hari ke 2 tak ambil gambar sangat pakai iPhone, pakai digicam. Gambar kat lobi hotel.

Melbourne Trip
Juga di dalam hotel, shot ke atas. Nnt sambung hari ke 3 dan seterusnya lak.

Yg dari digital camera yang beratus-ratus tu ntah bila pulak nak diblogkan. Huhu.

2 comments:

deaf-angel said...

Melbourne was fantastic

Aku kat sana 23hb Feb tengok Iron Maiden.
First nite sampai tido airport, next door backpack satu bandar, malam tengok Maiden, lepas tu overnite kat one cheap place, next day fly out pergi Sydney

Melbourne city was fantastic tapi sejuk giler haha

Faizal Rahman said...

Sblm aku ke Melbourne rajin jenguk blog ko, baca apa2 yg patut hehe. Ada beli t-shirt AC/DC tp cap ayam punya jer duit sana mahal la sgt, nak makan pikir byk kali haha.