Memaparkan catatan dengan label dunedin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dunedin. Papar semua catatan

Isnin, Ogos 22, 2011

Day 3: Portobello, Dunedin ke Te Anau melalui Lumsden

Entry ini adalah bersambung dari entry ini.

Penat betul rasanya nak menghabiskan blogging tentang trip ke south island New Zealand ni, mungkin sebab bulan puasa. Jadi malas untuk menulis (alasan munasabah tp mcm la bulan lain tu rajin sangat). Setelah melawat The World Steepest Street (Baldwin Street), kami perlu meneruskan perjalanan ke Te Anau, melalui Gore, Lumsden dan bandar kecil lain. Sebenarnya kami berkira-kira sama ada nak terus ke Te Anau atau berhenti di Lumsden utk bermalam. Semua bergantung kepada keadaan cuaca. Kalau ikut Google Maps perjalanan dari Dunedin ke Te Anau hanya mengambil masa 3 jam 45 minit, hakikatnya perjalanan ni mengambil masa 5-6 jam, mungkin sebab speed limit maksimum hanya 100km/h, di bandar2 kecil lg kurang.

Sebelum ke Te Anau kami sempat singgah sebentar di Portobello, tempat ini merupakan sebuah pelabuhan. Untuk ke Portobello perjalanan melalui kawasan pelabuhan. Boleh tengok gambar2 di bawah, permandangan sangat cantik dari seberang boleh nampak keseluruhan bandar Dunedin yang terletak di lereng bukit. Sewaktu itu matahari terlindung oleh bukit bukau hanya cahayanya nampak memantul di air laut. Suasana yang sungguh mengasyikkan.

Setelah puas bergambar kami meneruskan perjalanan, seperti biasa waktu awal wife aku akan drive dulu, dia akan drive halfway, aku akan drive halfway biasanya. Dan biasanya aku akan drive sampai ke malam. Bila wife aku drive dapatlah aku melayan permandangan2 yang cantik. Perjalan ke arah barat ini sangat berbeza dari perjalan dari Christchurch ke Dunedin (Utara ke Selatan). Dalam perjalanan dari Christchurch ke Dunedin, ladang2 terbentang luas, angin sangat kuat, biasanya pokok2 tinggi akan ditanam di tepi jalan untuk mengurangkan kekuatan angin lintang. Perjalanan dari Dunedin ke Te Anau pula berbeza, ladang2 tidak lagi rata, semuanya berbukit2 di belakang lagi akan dihiasi dengan gunung-ganang yang gagah berdiri. Terpaku mata dibuatnya.

Boleh nampak betapa banyaknya biri2 dan lembu di New Zealand ni. Ada ladang yang bila tengok dari jauh nampak mcm ulat2 putih sebenarnya adalah biri-biri. Teringin juga nak berhenti tp sebab mengejar masa kami tak berhenti untuk bergambar dengan biri2. Perjalan ke arah barat diwaktu petang menyebabkan kami menghadap matahari, silau sepanjang jalan. Sunglasses takde pulak tu! Kami berhanti sekali di satu town centre untuk tukar pampers @erynazu, kemudian perjalanan diteruskan sampai ke satu bandar bernama Gore. Ganas betul nama. Kami ke New World iaitu supermarket di sana, membeli bahan2 mentah untuk makanan malam nanti. Dalam perjalanan biasalah kami telah prepare roti sahaja.

Selepas bershopping sedikit sebanyak (aku sempat beli jersey official merchandise rugby world cup 2011), perjalanan diteruskan ke Lumsden atau Te Anau, aku pulak drive, suhu di luar ketika itu sangat sejuk, risau juga takut salji turun mungkin jalan akan ditutup. Agak tergesa2 jugalah aku memandu sebab cuaca makin gelap. Pukul lima sudah gelap. Sampai di Lumsden cuaca agak gelap tetapi masih ada cahaya matahari jadi kami memutuskan untuk meneruskan perjalanan ke Te Anau, perjalan kami ini mula dapat melihat gunung2 dimana terdapat salji di atasnya, satu permandangan yang tak pernah dilihat sebelum ni, ini menunjukkan kami mula masuk ke kawasan yang bebih sejuk, matahari makin terbenam di kaki gunung, cukup lama kami dapat menikmati sunset di pergunungan salji sungguh mengasyikkan. Akhirnya matahari pun terbenam drive dalam gelap lah jawabnya, perjalanan agak berliku dan turun naik bukit sepanjang jalan.

Lama sungguh rasanya nak menyampaikan Te Anau, walau bagaimanapun akhirnya kami tiba dengan selamat, masalahnya kami mmg tak booking mana2 motel sebelum ini. Singgah di satu motel tgk dah tutup. Risau jugak sbb takut semua motel tutup awal mana nak tido. Pusing2 akhirnya jumpa satu motel yang masih lagi bercahaya, deal dengan pemilik motel tu dapat lah bilik yang cukup selesa dengan harga yang agak berpatutan (paling puas hati berbanding mana2 motel yang kami tinggal). Kami tinggal di sini selama 2 malam. Semasa dikaunter kami bertanya tentang trip ke Milford Sound, kami sekali lagi beruntung sbb dapat package yang lebih murah dari yang kami survey sblm ini.

Masuk je motel terus melepek, wife masak untuk makan malam, lepas makan kami lepak2 sekejap lepas tu terus booom... Bersambung lagi untuk pengalaman paling berharga di Milford Sound...

Ahad, Ogos 14, 2011

Day 3: Dunedin, Baldwin Street the world steepest street

Entry ini adalah entry keempat dalam siri blog New Zealand south island trip. Boleh baca entry sebelumnya di sini.

Bandar Dunedin merupakan salah satu bandar yang yang selalu dilabel sebagai antara bandar paling cantik di dunia. Bandar ini terletak di lereng bukit, jalanraya di sekitar bandar ini banyak yang berbukit. Bukan sahaja di kawasan bandar tetapi kawasan perumahan juga dibina di lereng bukit. Antara attraction yang menarik adalah di sini terdapat kilang Cadbury yang besar sekali, kilang ini menyediakan tour berbayar kepada pengunjung yang ingin melawat dan membeli coklat Cadbury. Kami tidak melawat kilang ini kerana agak kesuntukan masa untuk meneruskan perjalanan seterusnya yang lebih jauh dari perjalanan semalam.

Pagi di Dunedin kami ke city centre, seperti biasa bangunan-bangunan classic menjadi tumpuan selain tugu-tugu peringatan, kami sempat juga bershopping cenderamata sedikit di sini. Selepas bergambar sekitar bandar kami ke tourist information center untuk mencari info tempat penginapan di tempat yang akan kami pergi seterusnya, selain itu kami juga mencari tour untuk ke Milford Sound. Maklumat seperti ini penting supaya tidak susah kemudian dalam trip main redah ni.

Selepas itu kami menuju ke satu tarikan menarik di Dunedin ini, iaitu the world steepest street di Baldwin Street. Sebenarnya sebelum ini pernah tahu pasal tarikan ini dari email2 group @ada2aje. Macam tak sangka boleh sampai juga ke tempat ni. Kalau tak dapat tengok ikut internet je lah. Sampai ke tempat ini (dengan bantuan map) kami terus park kat kaki bukit, melihat dari bawah rasanya mustahil dapat sampai ke atas bukit tu, sangatlah curamnya. Dalam pada kami bergambar sekitar Baldwin Street tu, berpeluang melihat satu van yang agak lama mendaki bukit ni, ala2 van vanette. Untuk mula ke tempat yang curam ke atas tu ada dalam seratus meter jalan mendatar jadi van itu memecut dengan lajunya sepanjang jalan mendatar tu sebelum mendaki, dapat agak van ni sure van yang menggunakan gear manual, kalau auto ntah boleh lepas ke tidak. Terfikir jugak kat bandar lereng bukit macam ni mana yang senang pakai gear auto atau manual? Dua2 perlu rasanya haha. Kalau tak biasa mmg susah. Selepas puas bergambar kami menuju ke Portobello Road melalui Andersons Bay. bersambung...

Khamis, Ogos 11, 2011

Day 2: Perjalanan ke Dunedin melalui Timaru

Entry ini bersambungan dengan entry ini.

Setelah menyewa Previa aka Estima tu kami pun siap2 untuk memulakan trip dari Christchurch ke Dunedin. Perjalanan ini akan melalui 2 bandar yang agak besar iaitu Ashburton dan Timaru, Ashburon tu mungkin dari nama orang putih manakala Timaru tu mungkin dari perkataan orang asal New Zealand iaitu Maori. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam lebih. Permulaan perjalanan @melamyra drive pasal aku tak berapa confident nak drive dalam town sekitar Christchurch tu, rules jalanraya dia lain, traffic light hanya untuk jalan terus sahaja, untuk ke kiri contohnya kena utamakan org dari depan dulu, satu lagi priority lebih kepada pejalan kaki atau yang berbasikal. Senang cerita jalanraya bukan bapak kau yang punya kat sini. Harga petrol kat sini NZD 2.07/l baru turun 3 sen sbb mengikut harga pasaran dunia.

Oops lupa sebelum memulakan perjalanan tu sempat carikan @erynazu jaket bundle kat kedai. NZD 6 sahaja. Lawa sangat walaupun nampak boyish sikit huhu. Ada bawak jaker untuk Eryna tp tak cukup tebal untuk suhu bawah 10C serta berangin sepoi2 bahasa.

Bila masuk kawasan agak luar bandar mula nampak ladang2 di tepi2 highway, highwaynya jalan biasa sahaja bukan macam highway di Malaysia, tiada tol di sini. Jalan 2 hala sekali sekala akan ada kawasan khas untuk memotong. Kalau dikawasan jalan sehala takde pulak kereta dari belakang nak cucuk angin kalau bawak selow. Paling laju boleh bawak kat NZ ni 100km/j sahaja, kat town2 kecil bila nampak signboard 70 ke 80 ke terus kena perlahankan speed. Serta-merta. Perjalanan awal ni wife aku yg bawak. Angin lintang kuat jd mmg tak boleh nak speed pun. Ada juga lalu jambatan2 yang panjang bagaimana pun sungai2nya tak banyak air sangat. Mungkin ikut musim.

Kalau bawa budak kecil wajib pakai baby car seat kalau tak kena saman, Alhamdulillah sepanjang perjalanan Eryna selesa je duduk dalam car sear dia, mungkin sbb tinggi dan dapat tengok luar.

Tiba di Timaru kami mencari park2 yang ada untuk mengisi perut, mmg kat sini makanan kena prepare awal2 kalau tak susah. Kami lepak di satu park dekat dengan hospital. Makan roti dengan tuna dan mayonaise. Sungguh menyelerakan. Cuaca ketika itu sudah mula gelap pukul lima dah mula menggelap. Jadi perjalanan perlu diteruskan segera, takut lambat sampai Dunedin yang letaknya lagi separuh perjalanan. Separuh lagi perjalanan ni aku drive pulak first time drive kat NZ rasa lain macam sikit lama2 jadi biasa lah. Hari makin gelap jadi nak tak nak terpaksa jugak speed sikit walaupun risau sebab hujan turun dengan lebat pulak dan jalan licin. Dalam 2-3 jam drive dalam keadaan yang agak mencabar tu kami pun akhirnya sampai ke Dunedin.

Lupa lagi, semalam kami dah book satu motel kat Dunedin ni, jadi dah mmg tahu mana nak tuju berpandukan map, wajib kena bawak map setiap bandar2 yg nak singgah. Kalau ada mobile internet senang tp mahal la nak roaming pun pikir 2 kali. Sampai motel dalam pukul 8 malam rehat sekejap sebelum keluar balik kononnya nak cari kedai turkey untuk makan. Jumpa kedai tu tp takde logo halal jadi pusing balik ke motel dan masak la kat situ walaupun penat. Kena sardin dengan nasi panas2 sangat sedap dikala cuaca sejuk. Kat motel ni ada service internet dengan bayaran NZD 10 untuk sehingga 500Mb download shj. Ngam2 sampai esok nya nak check out habis service. Bersambunglah lagi...