Isnin, November 13, 2017

Kuliah Maghrib | Masjid at-Taqwa Proton City | 13 November 2017 | 25 Safar 1439




Orang yang cerdik ialah orang yang menghitung dirinya (muhasabah)

Orang yang cerdik ailah orang yang menilai setiap urusannya sama ada menguntungkannya di akhirat atau tidak. 

Muhasabahlah diri kamu sebelum kamu dihisab di hadapan Allah. 

Hitung segala tanggungjawab. 

Orang yg tidak muhasabah diri akan sentiasa rasa dia betul. 

Orang yang cerdik suka beramal yang menguntungkan di akhirat. 

Perkara yang sia-sia akan menimbulkan musibah dan melakukan perkara yang dilarang. 

Orang yang tidak cerdik ialah orang yang ikut hawa nafsu. 

Nafsu sentiasa menyeru kepada perkara yang jahat. 

Paling baik antara kamu ialah yang baik terhadap keluarganya. 

Orang yang tidak cerdik ialah orang yang suka berangan. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan