Monday, September 27, 2021

ThinkPad T61 Business Laptop in Great Condition

Assalamualaikum, ada laptop nak dijual lagi. ThinkPad juga iaitu model T61. Screen 14.1’ WXGA+ (1400x900) much better than basic 1366x768 display. Laptop ini dikuasakan dengan processor Core 2 Duo T7100 @ 1.80GHz menyokong 64bit architecture. 32bit dah tak valid untuk digunakan sekarang. 

Graphic Dedicated NVIDIA Quadro NVS 140M. Dengan screen baharu diganti tiada flickering, tompok hitam atau garis mahupun bleeding. Memory daun pisang 4GB telah diupgrade dari 1GB atau 2GB spec asal. Masih boleh upgrade sampai 8GB, laptop lama sikit tapi sebab spec ‘T’ khas untuk business masih sedap digunakan sekarang. Tak percaya tanya Akhmal. 

Keyboard ThinkPad sememangnya yang terbaik berbanding laptop jenama lain bahkan laptop moden tak dapat menandingi kesedapannya menaip. Semua key macam baharu, trackpoint dan trackpad berfungsi dengan baik. Hard disk dengan kapasiti 300GB. Lebih baik rungan storan berbanding 120GB sekejap penuh. Jenuhlah nak simpan dalam external disk pula. 

Body, hinge masih padu bukan macam Acer punya kualiti suka reput sana sini. Sesuai dibawa ke angkasa lepas mahupun ke medan perang. USB port semuanya ada 3 disusun menegak (unik), kipas CPU tiada habuk macam baharu. Indicator semua berfungsi elok di dalam dan diluar termasuklah ThinkLight untuk menaip dalam gelap tak perlu buka lampu malam2. 

Driver semua cukup tiada error, Windows 10 Pro dah siap tune untuk security, privacy, performance & tiada lagi bloatware. Laptop ini sesuai juga untuk pengumpul laptop retro atau vintage, ThinkPad ada peminatnya tersendiri dari zaman IBM dan sentiasa ada harga. Tak rugi beli sebab boleh jual semula. Kalau nak jual ThinkPad boleh roger saya sebab saya memang peminat ThinkPad. 

Sekian, terima kasih. First come first serve.

No comments: