Rabu, November 17, 2021

Sold My ThinkPad T400

Bismillah. Satu lagi laptop koleksi ThinkPad dijual petang ini. ThinkPad T400 selamat dijual. Pembelinya peminat ThinkPad juga, mungkin dia juga membaca posting ini. Selamat berkhidmat dengan tuan baharu. Ini kali kedua jual model T400 ni, bukan tak suka model ni tapi untuk classic prefer T60 lagi.

ThinkPad ni sebenarnya susah sikit nak jual berbanding laptop jenama lain. Mungkin orang kurang berkenanan dengan designnya yang bulky dan warna hitam. Hakikatnya itulah yang menonjolkan keeleganannya di samping mudah untuk repair, upgrade & modify.

Apapun bukan semua model ThinkPad berbaloi untuk dimiliki, kena banyak study juga. Hanya peminatnya sahaja yang tahu. Ada rezeki kita cari lagi ThinkPad.

 

2 ulasan: