Friday, November 24, 2023

Masalah Untuk Comment Atau Reply Comment Pada Blog

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Hari ini adalah hari Jumaat penghulu segala hari. Dalam bahasa Arab, hari Jumaat disebut yaum al-jumuah. Kita di Malaysia atau Nusantara menggunakan nama hari berasaskan bahasa Arab. Bahasa Arab menggunakan nombor bagi sebahagian dari nama hari iaitu wahid (1) - Ahad, isnaini (2) - Isnin, thasasah (3) - Selasa, arba'a (4) - Rabu dan khamsah (5) - Khamis. Jadi jelas Ahad - Khamis adalah berasaskan nombor 1 - 5. Jumaat dan Sabtu tidak menggunakan asas nombor. Jumaat dari jemaah iaitu di mana padanya orang2 lelaki diwajibkan solat Jumaat secara berjemaah dan Sabtu pula saya kurang ingat dari perkataan apa tetapi bermaksud rehat. Kerana itu ada tempat2 yang mula bekerja pada hari 1 (Ahad) hingga hari 5 (Khamis) dan cuti pada hari Jumaat dan Sabtu.

Di dalam Al-Quran terdapat satu surah yang menggunakan nama hari Jumaat ini iaitu Surah Al-Jumuaah. Surah ini adalah satu dari 6 surah2 al-musabbihat (yang bermula dengan sabbaha). Surah ini diberi nama Al-Jumuah kerana ada perkataan Jumuah pada ayat ke 9 yang memerintahkan kita untuk meninggalkan jual beli apabila azan solat Jumaat dikumandangkan. Kita juga diperintahkan memperbanyakkan mengingati Allah pada hari Jumaat ini melalui ayat ke 9 itu.

Aiseh sampai 2 perenggan pula cerita pasal hari Jumaat. 

Berbalik kepada tajuk hari ni, sedang saya cuba2 nak reply comment2 pada blog ini selalu akan ada masalah, kadang2 bila nak komen pada blog lain pun ada masalah juga sampaikan saya terdetik untuk mencari apa sebab musababnya. Saya tidak pasti sama ada masalah ini berlaku pada semua jenis browser tetapi saya yang menggunakan Mozilla Firefox selalu ada masalah ini. Bila dicari2, rupa2 masalah ini adalah berpunca dari third party cookies yang disekat oleh browser untuk meningkatkan privacy pengguna. Sedangkan untuk komen kita memerlukan third party cookies ni. 

Jadi macam mana nak buat untuk mengatasi masalah ini? Untuk atasi masalah ini, pada blog atau apa2 laman yang kita nak komen kita perlu turn-off Enhance Tracking Protection. fungsi ini boleh dioffkan pada sebelah kiri ruang URL yang ada logo berbentuk sheild. Untuk lebih jelas boleh tengok gambar di bawah. Setelah dioff barulah senang untuk komen atau reply komen di mana2 blog.


Off Enhance Tracking Protection

Sekian dahulu untuk perkongsian kali ini.


27 comments:

  1. Mrs. A pernah ada masalah yang sama tapi bukan pada semua blog ada satu atau dua blog sahaja.
    Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. Cuya selalu bermasalah nak komen guna handfon.... selalu tak lepas, takthu mne nak cari solusi dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya isu yang sama tapi untuk phone mungkin lain caranya.

      Delete
  3. penah jg kena. ada yg cakap sbb browse. entah laa... sy ya kan je... mostly kalau komen gn hp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna hp biasanya ok ke? Rasa kekok guna hp. Apa2 berkaitan blog saya suka pakai komputer.

      Delete
    2. komen gn hp ok je. update selalu guna pc/laptop sbb byk menaip kn. gn hp ni jari gemok. selalu typo🤣🤣🤣

      Delete
  4. Pernah kena dulu tapi tak ingat macamana dpt settle. Thanks for sharing. Boleh simpan info ni.

    ReplyDelete
  5. so far MZ tak de masalah utk komen2 kat mana2 blog yg MZ singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah beruntung tu. Saya ni kadang2 jenuh nak kena buat berkali2, kadang kena reload banyak kali.

      Delete
  6. Hmmm, saya belum pernah ketemu masalah komen di blog teman2 yg saya visit. Kalopun pernah ada komen tak bisa disubmit, tp itu Krn masalah di WP yang dipakai teman Saya. Itupun tak lama.

    Krn esok harinya dah oke lagi.

    Blogspot pun sampai skr ada bug yg belum bisa disettle oleh google. Tiap komen dari hp, dan komen panjang, selalu saja saya tak bisa lihat bagian bawahnya, hrs drag secara manual ke atas. Tapi nanti tertutup lagi. Itu di semua blog yang memakai blogspot. Memang bug dari sana.

    Tapi saya dah biasa, jadi tak mengganggu lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya perasan juga bug pada blogspot tu kerana ada 3 jenis option untuk komen, tiap satu ada kaedahnya tersendiri. Pada Wordpress nampak lebih konsisten cuma saya sukar nak track semula komen yang telah direply. Jarang baca blog pada hp apalagi memberi komen atau membalas komen.

      Delete
  7. Tak pernah pulak jumpa masalah ni....

    ReplyDelete
  8. So far smooth ajer bab ni tapi boleh refer kot kemudian hari ada masalah ni pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya bergantung kepada jenis browser dan tahap security.

      Delete
  9. eh tidak pula menghadapai masalah ni. Mungkin sebab firefox kot cer try guna crome direct sahaja .. hurmmm ntah huhuuu

    ReplyDelete
  10. setakat ni belum terjumpa mslh mcm ni. bagus sharing info ni utk masa depan hehe

    ReplyDelete
  11. Saya pun guna mozilla firefox, selalu kena masalah ni..thanks, nanti nk try buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya boleh cuba. So far kalau turn off terus ok.

      Delete
  12. Saya juga mengalami masalah yang sama pd browser firefox.
    Awalnya tidak masalah, masalah terjadi setelah firefox di update ke versi terbaru. Ketika akan komentar di blog teman, tidak bisa sign-in with google, selalu ada pesan yang third party cookies itu. Saya sampai unistall firefox kemudian install lagi, tetap masalah muncul. Saya tidak ketemu solusinya...akhirnya saya kembali memakai chrome.

    Terima kasih atas uraian solusinya di firefox, Mas. Nanti saya coba deh.

    Salam,

    ReplyDelete
  13. satu penjelasan yang mantap dan saya juga menghadapi masalah yang sama seperti berikut

    ReplyDelete
  14. thanks sharing info.. Saya selalu guna chrome.. Setakat ini okay je..

    ReplyDelete
  15. Oh, saya biasa gunakan google chrome. Jadi tiada masalah begini. Btw thanks sudi share ilmu baru

    ReplyDelete
  16. Ammi so far tak pernah ada masalah kalau nak komen dari desktop mahupun laptop tapi pernah ada issue kalau nak komen dari handphone. Dan ammi dah jumpa solusi utk iOs user.

    https://www.sheilaarshad.com/2023/08/kenapa-tidak-boleh-komen-di-blog.html

    ReplyDelete