Assalamualaikum dan selamat pagi, semoga sentiasa dalam rahmat Allah azza wa jalla. Sejak balik dari umrah aku telah ditugaskan untuk memantau proses instalasi dan setting komputer untuk mesin2 fotostat baharu di tempat kerja. Jadi memang dari awal pagi sampai ke petang tak ada masa nak menulis dan ia memakan masa berhari2. Ingat nak buat beberapa catatan berkenaan sepanjang permusafiran ke tanah haram. Takpa slow2 aku cuba update. Malam pula agak kurang upaya kerana kesihatan tak berapa nak tiptop pula. Badan rasa lemah2 dan batuk serta sakit tekak melanda. Lantaran itu nak bw pun kurang kesempatan.
Curi ruang masa sedikit pagi ini untuk update secebis kenangan singkat di Mekah. Masa itu aku dan isteri baru nak keluar dari Safwah Tower. Safwah Tower ini terletak di sebelah kanan Clock Tower atau Zamzam Tower. Di sini ada banyak kedai2 untuk shopping dan rasanya harga lebih murah berbanding di tempat lain di Mekah. Kat sini sempatlah aku membeli satu kurta dan beli jubah untuk anak di rumah.
Sewaktu nak keluar dari Safwah Tower aku terserempak dengan seseorang yang aku rasa agak biasa jumpa tetapi tak berapa ingat. Memory aku ni macam dah semakin merosot aku rasa akhir2 ni. Rupa macam kenal tapi tak ingat kat mana. Aku tegurlah dia. Bila sebut nama surau & lorong rumah dia macam blur sebab aku ingatkan geng surau kat rumah aku. Tapi pelik bila dia kata dia kenal abah رحمه الله. Bila dah balik dari umrah aku duk cari2 pakcik tu kat surau tapi tak jumpa. Last2 baru terfikir pakcik tu jemaah surau yang mana abah رحمه الله selalu pergi sewaktu hayatnya. Aku pun sekali sekala balik kampung akan ke surau itu juga dan mungkin di situlah aku cam pakcik tu.
Nanti bila balik kampung nak try cari pakcik tu kat surau. Itulah sedikit kisah di tanah haram yang biasa2 sahaja. Tapi bila fikir2kan boleh menitik air mata. Aku tak sempat pula nak ambil gambar dengan pakcik tu.