Tuesday, January 02, 2024

Trip to Rawang and Cyberjaya

Assalamualaikum semua. Bertemu lagi di tahun baru 2024. Agak lama juga tidak buat catatan di blog ini kerana bila berada di luar kawasan dan di luar kebiasaan jadi kurang sedikit upaya untuk membuat catatan. Ingatkan sempat membuat catatan akhir 2023 hari tu tetapi tersasar atas sebab2 tertentu. Tahun baru ini dimulakan dengan kejutan gempa bumi kuat disusuli tsunami di Jepun. Begitulah fasa2 akhir dunia ini seperti yang telah diperingatkan lama. Apa pun kehidupan perlu diteruskan tanpa terlalu risaukan urusan dunia ini walaupun dunia ini dan rasa semakin sempit dari segi kehidupannya. Dengan pencerobohan Israel yang entah bila akan berakhir. Kita hanya mampu berdoa supaya semuanya berakhir dan Islam akan kembali mulia. 

Seperti yang aku catatkan sebelum ini, aku sekeluarga menyertai family day belah isteri di Carpe Diem Orchard Home Serendah di Rawang. Menarik sekali tempatnya, dan yang paling best hanya kami2 yang ada pada 2 malam kami di situ. Kesemuanya ada 7 keluarga yang hadir dari pelbagai negeri, sepatutnya ada 8 tetapi terpaksa kansel di saat akhir kerana covid. Setiap keluarga menetap di rumah2 yang berasingan mengikut kesesuaian saiz keluarga. Rumahnya adalah rumah kayu yang sangat terjaga dah hanya bahagian bilik air yang diperbuat dari batu. Di sekeliling rumah2 adalah kebun buah2an dan pengunjung boleh mengambil apa2 sahaja buah yang ada. Kebetulan musim buah rambutan baru bermula dapatlah kami pungut 2 beg besar buah rambutan. Selain rambutan ada juga buah durian, cempedak, ciku, limau bali dan pulasan.

Banyak juga aktiviti yang telah dijalankan di sana, seronok semuanya. Paling seronok ialah budak2 kerana dapat bertemu sepupu sepapat dan ada kolam di tengah2 kawasan ini. Semuanya berakhir setelah dua malam kawasan kebun ini. Setelah selesah di kebun, kami bermalam di Gombak pula dua malam. Dapatlah sembang2 dengan mak terutamanya yang masih trauma dengan insiden homestay dimasuki pencuri. Setelah dua malam di Gombak kami teruskan permusafiran ke Cyberjaya pula. Ketika ini puan isteri bekerja jadi Cyberjaya dengan tempat kerjanya dekatlah. Aku pula ketika itu mengalami diarrhea teruk. Kalau dikirakan hampir seminggu juga untuk ok semula. Naya betul. Memang kat Cyberjaya tak dapat nak ke mana pun. Puncanya ialah aku ini ada masalah lactose intolerence. Sebelum ni dah perasan cuma kadang teringin nak pekena kopi mahal punya pasal merana berhari2. Bukan semua orang tahan dengan susu kotak yang di panaskan tu, bila enzim lactase yang ada tak mampu nak menguraikan gula dari susu maka jadilah diarrhea. Alhamdulillah semalam dah elok banyak. Lepas2 ni kena beringatlah kalau nak minum kopi mahal kena minum yang tak pakai susu dairy.

Begitulah kisahnya berakhir 2023 dan bermula 2024 aku. Semoga tahun ini baik2 sahaja untuk kami sekeluarga.

 

Sign board Carpe Diem Orchard Home Serendah

Tempat pertemuan

Cantik rumah kayunya

Hall merangkap tempat kami solat berjemaah beramai2

Ada juga animal farm

Seronoklah sepupu2 bertemu

Semua yang hadir dari pelbagai tempat

Bersarapan dengan emak di Restoran Haji Tapah, Medan Idaman, Gombak

Sempat juga mengambil beg untuk umrah di MKM Ticketing & Travel di Subang

Permandangan dari studio kami tinggal di Cyberjaya, sayang tak banyak aktiviti dapat dilakukan akibat masalah kesihatan

Sekian dahulu, terima kasih. Maaf lama tak blogwalking.

25 comments:

  1. macam seronok je suasana di orchard home tu bila hanya keluarga sendiri yang berada di situ. apatah lagi ada animal farm dan swimming pool lagi, mesti banyak masa terisi dengan aktiviti menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, banyak aktiviti telah dijalankan. Kalau tiada rancangan pun ada banyak aktiviti yang boleh dibuat.

      Delete
  2. wahhhhhh menarik juga tempatnya. ada animal farm & swimming pool lagi.. bookmark dulu hehehe

    ReplyDelete
  3. Moga 2024 memberi kebahagian dan kegembiraan buat en faizal sefamily!!

    ReplyDelete
  4. Wah hebat nih Mas bisa mengadakan acara family day dengan menghadirkan 7 keluarga. Ini bukan hal yang mudah karena masing-masing anggota keluarga mempunyai jadwal dan kesibukan masing-masing. Jadi benar salut semua bisa berkumpul...

    Btw, selamat tahun baru 2024. Semoga segalanya akan lebih baik di tahun ini.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya mas, ia perlu diatur dengan memikirkan kesesuaian tarikhnya.

      Delete
  5. waahhh menarik juga tempatnya!

    ReplyDelete
  6. Bestnya ada family day... Cuya tak pernah ada family day, sekadar jumpa waktu raya gitu je atau ada event

    ReplyDelete
  7. Seruuu banget acaranya,meriah...di sinipun menjelang tahun baru malam tu ada gempa bumi di Sukabumi Jabar, sayapun bareng kakak adik langsung lari keluar rumah🙄semoga kita semua baik"saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada rasa gegarannya ya? Kami jarang2 dapat rasa gegaran gempa.

      Delete
  8. bestnya family day!! precious moments indeed. anyway happy new year dan moga yg baik2 ajer utk kita semua..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap 2024 ni semakin baik untuk kita semua.

      Delete
  9. Allah akbar! alahaiiii kesian laa pula yang kena covid tuuuu

    lamanyaaaa tak makan kat restoran Haji Tapah. fav restoran arwah mak cik sy tu. kalau dtg sana mesti dia ajak makan kt sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haji Tapah ni kira kedai mamak yang hebatlah masa hujung 90an dan awal 2000 dulu. Kira kedai mamak moder yang awal bagi kawasan sekitar. Jadi port lepak muda mudi malam2 masa zaman tu.

      Delete
  10. belum terlambat untuk CCL ucapkan selamat tahun baru 2024 . semoga segala azam tahun baru akan tercapai

    ReplyDelete
  11. Selamat tahun baharu tuan...moga tahun 2024 lebih membawa kejayaan kepada kita semua

    ReplyDelete
  12. Atas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.

    Yang benar,
    Permaisuri Cuya.

    ReplyDelete
  13. Saya pun baru bisa BW lagi ke blog teman2 sepulang trip Caucasus + Belarus 😄. Banyaaak sangat tertinggal cerita blog teman2.

    Baguuus tempatnya bang 👍. Apalagi bisa kumpul dengan keluarga kan. Itu serunya. Sekalian mengenalkan anak2 dengan para sepupu dan saudara mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah menarik tu Caucasus dan Belarus, jangan lupa blogkan satu persatu. Ku takkan jemu membacanya.

      Delete