Tuesday, January 09, 2024

Projek Baik Pulih #ThinkPad T400

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Kali ni aku nak buat catatan berkenaan tentang projek pada akhir tahun lepas sebelum aku bercuti seminggu untuk family day. Rasa bersalah pula jika aku tak tinggalkan catatan ini pada blog ini kerana secara tradisinya aku suka buat catatan berkaitan projek repair2 laptop kat blog ini. Banyak juga catatan yang telah aku buat sebelum ini terutamanya berkenaan ThinkPad. Ini salah satu hobi yang aku minat, aku suka godek2 komputer terutamanya laptop. Aku juga ada buat repair2 untuk orang2 berdekatan dan kawan2 satu hospital tempat aku bekerja. Bukan nak buat duit sangat pun cuma kalau ada orang minta tolong aku akan cuba bantulah. 

Aku menyimpan beberapa model ThinkPad antara yang ada dalam simpanan ketika ini ialah model T60, T60p, T400, T420, X220 dan X270. Antara banyak2 model ni model T400 ni yang paling banyak problem sekali dan untuk kali ini aku gantikan beberapa parts iaitu; screen bezel, hinges dan palm rest. Screen bezel aku tukar sebab yang lama dah patah dan ada bahagian yang dah sompek. Hinges pula aku tukar kerana hinges lama dan loose, bila buka semua memang dah pecah. Jadi bila ganti yang baru selesailah masalah hinges longgar tu. Sekarang dah padu bila buka dan tutup screen. Part ketiga aku aku tukar ialah palm rest kerana yang lama ada masalah pada touchpad. Sekarang semua dah ok. Walaupun aku lebih banyak guna touchpoint (butang merah) untuk navigate kadang2 touchpad juga membantu.

Semua part adalah plug & play kerana modelnya adalah sama kecuali hinges. Rasanya ada masalah sedikit pada pattern hinges yang awal dan mereka keluarkan design baharu yang lebih tahan, jadi ada part kena trim sikit sebab ada sedikit berbeza pada screen cage. Selain itu semuanya mudah sahaja. 

Selesai cerita pasal laptop. Cuma nak update sikit yang hari ini merupakan hari akhir aku bekerja sebelum bercuti umrah pada 11 hingga 21 Januari 2024 bersama isteri. Esok kami akan bergerak ke Putrajaya dari Penang. Hati rasa berdebar2 sahaja seminggu dua ni. Kali ini kami ikut MKM Ticketing and Travel sebagai syarikat yang menguruskan perjalanan. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami dari awal hingga ke akhirnya. 

Habis buka semua.

Setelah siap dipasang semuanya.

Sekian dahulu buat kali ini. Hingga bertemu lain pada lain catatan. 

22 comments:

  1. tolong tengok2 kan notebook sy tu? hahahaha

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...
    semoga en faizal dan isteri selamat pergi dan kembali dgn umrah yg mabrur. doakan segala kebaikan yg melimpah utk kami di sini ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kami doakan dari tempat yang mustajab doanya nanti.

      Delete
  3. seronoknya bila boleh baiki sendiri . jimat dah kat situ kalau berlaku apa-apa kerosakan sudah boleh baiki sendiri

    ReplyDelete
  4. Rupanya Mas ini suka dengan laptop ThinkPad ya... Itu laptop keren, awet dan tahan banting.
    Btw, semoga dilancarkan perjalanan umroh-nya Mas

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya mas, ThinkPad menjadi pilihan kerana ketahanannya serta seronok untuk dibaiki.

      Delete
  5. Semoga di lancarkan ibadah umroh nya...amiin yra 🀲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, terimas kasih mbak, telah selamat kembali ke tanah air.

      Delete
  6. semoga dapat umrah mabrur dan sangat beruntung mahir dalam repair laptop...boleh buka kedai kalau nak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bro, bolehlah sikit repair komputer ni. Kebanyakkan part adalah modular.

      Delete
  7. Waaah baguuus kalo bisa repair sendiri bang πŸ‘πŸ‘. Jimat juga dan at least jadi tahu spare part yg dipakai. Saya suka kuatir kalo taro di tempat reparasi yg bukan resmi, Krn takutnya mereka mengganti sparepart tanpa kita tahu

    Makanya lebih yakin di service centre official. Tapi mahaal pastinya 🀣. Jadi bersyukur kalo paham untuk repair sendiriπŸ‘.

    Berarti harusnya dah pulang saat ini dari umroh yaa 😊. Nak juga baca ceritanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah sikit2 repair sendiri. Asal jumpa alat gantinya biasanya plug & play sahaja. Iya sudah pulang dari umrah seminggu lebih.

      Delete
  8. Masa komen ni dah balik la umrahnya....

    Bagus ya dapat repair sendiri laptop. Saya kalau laptop rosak hantar kedai.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, dah balik dari umrah seminggu lebih. Bolehlah repair2 sendiri sahaja.

      Delete