Memaparkan catatan dengan label family day. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label family day. Papar semua catatan

Selasa, Januari 02, 2024

Trip to Rawang and Cyberjaya

Assalamualaikum semua. Bertemu lagi di tahun baru 2024. Agak lama juga tidak buat catatan di blog ini kerana bila berada di luar kawasan dan di luar kebiasaan jadi kurang sedikit upaya untuk membuat catatan. Ingatkan sempat membuat catatan akhir 2023 hari tu tetapi tersasar atas sebab2 tertentu. Tahun baru ini dimulakan dengan kejutan gempa bumi kuat disusuli tsunami di Jepun. Begitulah fasa2 akhir dunia ini seperti yang telah diperingatkan lama. Apa pun kehidupan perlu diteruskan tanpa terlalu risaukan urusan dunia ini walaupun dunia ini dan rasa semakin sempit dari segi kehidupannya. Dengan pencerobohan Israel yang entah bila akan berakhir. Kita hanya mampu berdoa supaya semuanya berakhir dan Islam akan kembali mulia. 

Seperti yang aku catatkan sebelum ini, aku sekeluarga menyertai family day belah isteri di Carpe Diem Orchard Home Serendah di Rawang. Menarik sekali tempatnya, dan yang paling best hanya kami2 yang ada pada 2 malam kami di situ. Kesemuanya ada 7 keluarga yang hadir dari pelbagai negeri, sepatutnya ada 8 tetapi terpaksa kansel di saat akhir kerana covid. Setiap keluarga menetap di rumah2 yang berasingan mengikut kesesuaian saiz keluarga. Rumahnya adalah rumah kayu yang sangat terjaga dah hanya bahagian bilik air yang diperbuat dari batu. Di sekeliling rumah2 adalah kebun buah2an dan pengunjung boleh mengambil apa2 sahaja buah yang ada. Kebetulan musim buah rambutan baru bermula dapatlah kami pungut 2 beg besar buah rambutan. Selain rambutan ada juga buah durian, cempedak, ciku, limau bali dan pulasan.

Banyak juga aktiviti yang telah dijalankan di sana, seronok semuanya. Paling seronok ialah budak2 kerana dapat bertemu sepupu sepapat dan ada kolam di tengah2 kawasan ini. Semuanya berakhir setelah dua malam kawasan kebun ini. Setelah selesah di kebun, kami bermalam di Gombak pula dua malam. Dapatlah sembang2 dengan mak terutamanya yang masih trauma dengan insiden homestay dimasuki pencuri. Setelah dua malam di Gombak kami teruskan permusafiran ke Cyberjaya pula. Ketika ini puan isteri bekerja jadi Cyberjaya dengan tempat kerjanya dekatlah. Aku pula ketika itu mengalami diarrhea teruk. Kalau dikirakan hampir seminggu juga untuk ok semula. Naya betul. Memang kat Cyberjaya tak dapat nak ke mana pun. Puncanya ialah aku ini ada masalah lactose intolerence. Sebelum ni dah perasan cuma kadang teringin nak pekena kopi mahal punya pasal merana berhari2. Bukan semua orang tahan dengan susu kotak yang di panaskan tu, bila enzim lactase yang ada tak mampu nak menguraikan gula dari susu maka jadilah diarrhea. Alhamdulillah semalam dah elok banyak. Lepas2 ni kena beringatlah kalau nak minum kopi mahal kena minum yang tak pakai susu dairy.

Begitulah kisahnya berakhir 2023 dan bermula 2024 aku. Semoga tahun ini baik2 sahaja untuk kami sekeluarga.

Khamis, Disember 27, 2012

Family Day 2012 Langkawi Part 2

Sambungan dari entry Family Day 2012 Langkawi Part 1

Pasangan baru dalam family Manja dan Jun di dalam bot untuk island hopping
Seronok @erynazu dapat merasa naik bot, biasa nampak bot dari atas JPP sahaja

Kemain naik bot pakai goggle budak ni

Menuju ke kawasan helang kawi berkumpul 

Helang berterbangan di sana sini bila diberi makanan, Jika di New Zealand ada Kea di Langkawi ada Helang Kawi

Menarik sekali cuma aktiviti sekejap sangat rasanya

Menuju ke Pulau Dayang Bunting dimana terletaknya Tasik Dayang Bunting

Pelancong di dalam bot, selamba sahaja melambai2

Driver bot yang relaks dan bersahaja

Berselisih dengan bot kedua

Di Pulau Beras Basah, mandi manda di sini, lama betul tak mandi laut

Seronok @erynazu mandi manda, sekarang masa untuk makan

Dataran Langkawi, kalau ke Langkawi wajib ke sini

Ada yang nak terbang juga tu

Eryna takut burung besar tu

Iconic

Pulau peranginan dan pusat beli belah in combo

Bila disuruh senyum Eryna akan senyum cara yang agak pelik seperti di atas

Bila disuruh angkat tangan

Permandangan laut dari Dataran Langkawi

Malam itu makan besar di Restoran Nelayan

Tunggu makanan dihidang oleh bapuk2 siam

Rabu, Disember 19, 2012

Family Day 2012 Langkawi Part 1

Gambar-gambar sewaktu Family Day baru-baru ni di Pulau Langkawi.


Beratur untuk beli tiket ke beratur untuk naik ni? Main beratur sahaja.


Binatang yang @erynazu baru kenal. Cuak betul dia.


@erynazu menjenguk sekumpulan rusa dengan rasa takut


Jernih je air kolam ni, nampak ikan2 kat dalam


@aliffzachary boleh pula terjumpa kawan dia


Menaiki kereta kabel menuju puncak


Naik 2nd time pun cuak juga


Boleh nampak gajah dan harimau di celah-celah pokok


Saujana mata memandang


Panorama shot. Click to enlarge


Menikmati permandangan dari puncak


Bergambar beramai-ramai


Eryna & mommy bergaya dengan topi baru





Aerial view


Selesai itu makan tengah hari di Rest Hj Jelani. Kos semua RM 300+. Huish mahal betul


Pantai Cenang langkawi



Booking bot untuk Island Hopping


Selipar pantai baru Eryna. Takkan nak pakai kasut princess!


Permandangan dari hotel Bella Vista Kuah