Monday, April 29, 2024

Projek Mengganti Camera Module Laptop ThinkPad X280

Assalamualaikum dan selamat tengah hari Isnin semua. Semoga semua terus bersemangat untuk meneruskan puasa 6. Aku masuk belum selesai lagi. Catatan kali ini adalah berkenaan satu laptop yang ada masalah cameranya. Jenuh dah aku cuba selesaikan dari aspek driver tapi tetap tak selesai. Lantas aku fikir mungkin camera module dia agaknya. Cari2 di internet jumpa satu supplier yang menjualnya dengan harga agak munasabah. Kalau nak charge customer pun tidaklah sampai terkejut. Kerja baiki ni macam itulah kadang-kadang dapat alat ganti yang murah, kadang-kadang sampai tak masuk akal. Apa pun kena pandai cari.

Camera module untuk laptop ni kecil sahaja, bungkusannya hanya dalam kotak bersaiz kecil. Walaupun kecil barang ini datang jauh dari tanah besar China. Pagi tadi aku gigihkan diri memasang camera module ni. Part yang agak memerlukan kesabaran ialah masa nak membuka screen bezel laptop. Bila tengok video cara orang buka masyaAllah kasar betul dan tak betul caranya. Nak buat kerja macam ni tak boleh nak cepat dan kasar2. Kalau caranya betul mudah sahaja sebenarnya. 

Setelah dipasang kena test dahulu, jangan terus ketatkan screen bezel tu. Nak pastikan ia dah betul-betul berfungsi. Alhamdulillah semuanya ok, bukan apa antara risiko beli barang secara online ni kadang-kadang dapat barang yang tidak ngam. Yang ini betul2 ngam cuba kalau dibandingkan dengan yang asal agak berbeza. Apapun yang penting fungsinya. Nikmati gambar2 di bawah.


Test pasang di luar dahulu.

Masa test ni plastik cover biru belum dibuka.

Module lama dan baru.

Bahagian belakang module camera.

Setelah dipasang keseluruhannya.

Setakat ini dahulu catatan hari ini. Sekian. 

9 comments:

  1. jwpn komen di blg ldy : kebanyakan pekedai tidak tegur n laporkan sebab mereka bmbg kehilangan pelanggan. huhu.. salah satu sebab perokok degil n masih merokok di kedai2 makan.

    ReplyDelete
  2. Kalau saja saya di sana juga, mudah nak betulkan laptop ke Abang yaa 😄. Suka juga dengan caranya yg masih mau nak cari sparepart murah tapi bagus dan membuka part laptop pun dengan hati2, tak kasar. 👍

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah ada barang ganti dijual online. Kalau tak terpaksa pasang peranti kamera external.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Camera external yang pakai USB tu ada sahaja. Cuma suka merepair2 komputer ni.

      Delete
  4. nampak mcm senang je nak ganti tu
    hehehe

    ReplyDelete