Thursday, April 18, 2024

Raya Di Temerloh

Assalamualaikum dan selamat pagi. Mungkin ramai yang dah mula puasa 6 tapi aku baru sahaja nak mula puasa 6 hari ini. Pada yang tak biasa puasa 6 tu mungkin boleh mula buat kali ni. Catatan kali ini ialah berkaitan raya. Seperti yang aku maklumkan pada catatan sebelum ini aku akan bahagikan catatan berkenaan raya kepada 2 bahagian. Yang ini adalah catatan yang kedua. Boleh check catatan sebelum ini untuk catatan pertama bertajuk Raya Di Gombak. 

Kami bertolak ke Temerloh pada hari raya kedua. Dalam perjalanan tu sempat singgah beraya di dua rumah iaitu rumah kawan wife di Batang Kali dan rumah sepupu wife di Mentakab. Ruginya jalan ke Genting Highland dari Ulu Yam masih ditutup kerana kejadian tanah runtuh, kalau tidak tidak perlu ikut jalan ke Gombak semula. Satu benda yang kita agak kecewa tentang jalan raya di Malaysia ni ialah nampak seperti sambil lewa sangat pihak2 tertentu dalam nak upgrade jalan2 utama dan jalan2 alternatif. Macam2 cerita kita dengar tentang kesesakan trafik sewaktu cuti raya baru2 ni. 

Petang raya kedua tu kami pun sampai ke Hotel Seri Malaysia di Temerloh. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini keluarga adik beradik belah isteri akan berkumpul di hotel ni. Pada malamnya ada sesi makan2 di hotel. Menunya ikan patin masak tempoyak. Ini menu yang mesti kena cuba bila di Temerloh yang cukup sinonim dengan gelaran bandar ikan patin selain gelaran titik tengah semenanjung Malaysia. Selepas itu ada sesi bersalaman antara keluarga dan yang paling seronok mestilah anak2 yang akan dapat duit raya. 

Keesokan harinya kami berkonvoi raya ke beberapa rumah, sebelum itu kami ziarah kubur ibu dan ayah dahulu di Bukit Keledang. Kami beraya di sekitar Mengkarak dan Guai kemudian ke Felda Mayam. Di Felda Mayam kami sempat solat Jumaat di sana. Isu utama di kawasan2 Felda sekarang ini ialah masalah air. Kesian betul sampai ada yang mula menggunakan perigi semula sebagai sumber air. 

Keesokan harinya sebelum balik ke KL aku sempat beraya ke rumah sahabat baik dari zaman sekolah menengah di Kerayong. Dia sekarang ni dah jadi wakil rakyat bagi kawasan Kemayan. Sebelum balik sempat kami makan nasi dahulu di rumah adik kepada isteri yang tidak jauh dari situ. Nasib baik kami makan dahulu tengah hari tu sebab perjalanan balik yang sepatutnya hanya 3 jam akhirnya jadi 8 jam kerana kesesakan teruk di lebuhraya. Di harap kerajaan dapatlah besarkan lagi jalan2 alternatif supaya kesesakan dapat dikurangkan.

    

Sedondon pada hari raya kedua.

Bismillah.

Raya di Mentakab.

Bergambar di Hotel Seri Malaysia.

Seronok dapat duit raya.

Tujuh keluarga berkumpul.

Sarapan pagi di hotel.

Raya di Felda Mayam.

Solat Jumaat di Masjid Felda Mayam, selesa masjidnya terutama di ruang solat utama.

Beraya di rumah YB.

Sempat bergambar dengan RX-Z YB ni, teringin pula nak cari RX-Z semula.

YB dan isteri merupakan rakan sekolah di SMKATAHAP.

Setakat ini dahulu catatan kali ini. Sekian. 

15 comments:

  1. Alhamdulillah..saya pun baru mula semalam. Harini hari kedua. Semoga setiap ibadah kita diterima dan diberkati Allah. Aamiin...

    Jem di musim perayaan berpisah tiada. Kami ni balik kampung dekat pun dari setengah jam boleh pergi sampai 2 jam jemnya. Sabar je lah.

    Okay jugak tu dalam perjalanan sempat singgah mana-mana yang dekat untuk beraya jumpa saudara mara dan kawan-kawan lama. Bukan calang-calang kawan. YB tu!

    ReplyDelete
  2. Di mana"perjalanan mudik padat dan macet .. teman dekat saya dulu entah sudah menyebar di mana,hanya satu orang saja yang masih simpan nomor hpnya😁..ayo beli motor barunya bang hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Motor jenis itu ialah motor lama yang menjadi buruan sekarang. Harganya naik berlipat2.

      Delete
  3. ALhamdulillah...harap2 adik beradik Linda pun macm nie juga, masih bersama walaupun ibu ayah dah takde suatu hari nanti...
    risau zaman sekarang, adik beradik pun bergaduh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua orang perlu pandai mengelak konflik kerana bila dan berkonflik susah nak baik semula.

      Delete
  4. Seronok berjumpa sanak saudara dan sahabat handai... tapi letih dengan kesesakan jalan raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sekali sekala bertemu memang seronok. Dapat juga lari dari kerja2 seharian.

      Delete
  5. Oh.., ternyata di Malaysia terjadi macet juga ya? Di tempat saya juga macet. Padahal daerah pedesaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruk macetnya di musim perayaan. Nasib tak baik pelbagai masalah boleh timbul.

      Delete
  6. Alhamdulillah.. Raya ini paling seronok bila dapat berkumpul dan menjalin silaturrarahim.. Bab jalan tu memang Sha setuju.. Sambil lewa je mereka.. Tempat yang patut dibaiki dan dinaik taraf tak dipedulikan, tempat yang dah elok diusik-usik.. Memang tak ada langsung kesungguhan dalam menaik taraf mahupun memperbaiki jalan..

    ReplyDelete
  7. Bagus ni. Semoga generasi sekarang dapat warisi budaya kunjung-mengunjung raya.

    ReplyDelete
  8. Nampaknya kalo macet apalagi peak season, memang harus diterima bang 😂. Ga di sana, ga di sini sama aja hahahaha. Macet parah selalu, walopun tol udah diperbanyak, jalan diperbagus, tapi teteeeup aja berulang kan. Terkadang saya rindu mudik pakai mobil. Tapi memang skr ini tak bisa lagi , dah 3 atau 4 tahun mungkin. Selalu di JKT. Jadi kalo mudik, kami pasti perginya setelah lewat momen lebaran.

    ReplyDelete
  9. part paling besh ialah bila dpt berkumpul beramai2 :)

    ReplyDelete
  10. meriahnya beraya di kampung.. mama tahun ni beraya di KL je. selamat hariraya maaf zahir natin dari mama sekeluarga

    ReplyDelete