Khamis, Januari 08, 2026

Mencuba Kiwi Sundae dari Mixue

Kiwi Sundae dari Mixue

Assalamualaikum dah selamat malam. Hari ini aku cuti rehat, esok pun sama. Pembukaan cuti rehat tahun 2026. Ambil peluang balik ke Gombak sekejap untuk ziarah bonda. Pagi tadi dalam pukul 7.20AM aku dan Eryna dan bergerak ke kedai untuk sarapan pagi dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Gombak. Dah sampai kedai dan sarapan, Eryna kata dia ada tertinggal sesuatu yang penting yang tidak perlu dijelaskan di sini. Dah lah kena balik rumah semula. Nasib baiklah tak jauh sangat lagi. 

Perjalanan lancar mulanya, Eryna pun tak tidur pula (agak pelik) ajak aku bersembang sampai satu masa aku pula yang rasa mengantuk lalu berhenti sekejap di R&R Gunung Semanggol untuk power nap. Menjadi power napnya, lepas tidur dalam setengah jam lepas tu terus segar dan tak berhenti dah sampai ke Gombak. Sempat juga beli bekalan air kopi dan jeli apa ntah yang keras dan masam tu. Ok juga buat meneman ketika memandu. Eryna pula lepas berhenti tu dia pula tidur.

Sampai ke Gombak dalam pukul 12 tengah hari. Sampai-sampai emak tiada di rumah, rupanya keluar dengan kakak membeli barang persediaan sekolah. Petang tadi dalam pukul 6PM saja ajak Eryna berjalan kaki ke Pasaraya M3 yang tak jauh dari rumah emak. Rasa nak makan aiskrim pula maka kami singgah Mixue, aku mencuba Kiwi Sundae, aku kira agak minat juga kiwi itu yang bila ada apa-apa menu yang ada kiwi aku akan cuba. Tak tahu lah Kiwi Sundae ni baru atau dah lama tapi rasanya macam tak pernah jumpa pula di cawangan dekat rumah di Penang. Rasanya sedap juga, ada jeli kiwi aku rasa, bukanlah kiwi sebenar. Yang bestnya cawangan di M3 ni jenis tak kedekut, banyak isinya. Eryna beli yang dia suka iaitu Boba Sundae. Dia kata di sini banyak betul dimasukkan bobanya.  

4 ulasan:

  1. saya tak berapa reti mkn buah kiwi..ooo rumah ur mom area taman melati lah yer...zmn2 bujang, saya menyewa kat flat tepi lrt tuu ;)

    BalasPadam
  2. SA suka kiwi..selalu beli buahnya tapi yg dh jadi sundae ni x pernah beli lagi...

    BalasPadam