Friday, April 29, 2005

Bahtera Nabi Noh

Di sebuah gunung yang sentiasa diselimuti salji yang terletak di Timur Turkey, tersembunyi sebuah misteri 'berharga' yang berusia lebih 5000 tahun. Peninggalan sejarah yang maha berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US seperti CIA/KGB pun cuba menyelongkar sama. Sedang orang-orang Islam duduk berpeluk tubuh, langsung tak ambil tahu tentang The Great Noah Ark itu, pihak-pihak CIA telah menggunakan satelit dan pesawat 'Stealth' untuk mengambil gambar objek yang terdampar di puncak gunung itu.

Gambar-gambar itu telah menjadi 'rahsia besar top secret' dan disimpan rapi dengan kawalan yang ketat bersama dengan 'rahsia-rahsia' penting yang lain di Pentagon. Sudah beratus-ratus orang cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl yang bermaksud 'Gunung Kesengsaraan' atau dengan nama petanya iaitu Mount Ararat. Namun, hanya beberapa kerat saja yang berjaya. Yang sebahagian besarnya selebihnya hanyalah menjadi korban.

Sehingga ke hari ini, Cuma ada beberapa orang pendaki sahaja yang berjaya sampai ke puncak Mt.Ararat dan dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yang 'mahaberharga'
itu. Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar. Apa yang masih menjadi tanda tanya, kesemua orang-orang yang berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa berbagai-bagai bencana. Ada diantara
mereka telah dibunuh dengan penuh misteri. Hanya semata-mata kerana gambar tersebut. Memang ramai orang yang telah mengambil gambar kesan sejarah 'Noah' itu telah mati misteri.... Soalnya sekarang,
mengapakah 'kuasa-kuasa besar' mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya di tempat-tempat rahsia tentera..?? Mengapa..?? Mengapa mereka tak mau mengesahkan bahawa peninggalan 'Noah' benar-benar ada di puncak Mt. Ararat itu..??Pada masa yang sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark...??. Kalau dikatakan The Great Noah Ark memang benar-benar berada di puncak Mt.Ararat itu.

Maklumlah kita semua ni, dikawal oleh media milik 'Yahudi'. By the way~ Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2000 tahun sebelum dijumpai, kerana selama itu orang menafikannya.. Samalah The Great Noah Ark tu pun. Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun...dan selama 5000 tahun itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa untuk dibongkar...!!! sebenarnya, zaman Nabi Noah a.s. dulu tidaklah seprimitif yang kita semua bayangkan. Hakikatnya pada zaman itu mereka dah maju ke depan. Pengetahuan Sains mereka dah maju pada masa itu. Di kaki Mount Ararat itu sahaja pun, Para Pengkaji dan Saintis Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yang digunakan untuk menyadurkan logam.[..hari ini kita menggunakan karban & zink, bateri purba menggunakan tembaga dan besi..namun begitu ianya tetap boleh berfungsi dengan baik..] . Kalau nak diikutkan ketererran orang-orang zaman dulu, Huihh...banyak, Contohnya orang-orang Minoan di Crete Island meninggalkan kesan pembinaan tokong yang menunjukkan betapa majunya keupayaan arkitek mereka. Mereka menggunakan batu susunan dalaman dan sistem pengudaraan hawadingin semula jadi. Baru-baru ni
di China, seorang mumia perempuan yang telah ditanam 2,100 dijumpai dengan badannya tidak jejas apa-apa. Apabila di X-ray, Saintis terperanjat dan ada yang garu kepala..mana tidaknya, makanan terakhir di dalam ususnya pun masih lagi tidak musnah. Sekarang punya teknologi pun tak boleh nak 'awet' barang sampai macam nih...Ye,lah kita nak eksport manggis ke US pun pikir 7/8 = kali.

Orang-orang Mayan mampu mengira tahun solar dengan tepat iaitu 365.2420 hari lebih tepat sebanyak 2/10.000 sehari. Mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer. Noah a.s. mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C dan hujan mula turun pada tahun 2345 B.C ... Rupa bentuk The Great Noah Ark itu sebenarnya langsung tak sama dengan bentuk kapal laut yang ada hari ni = bentuk "Noah Ark" sebenarnya ialah 'sebijik macam - kotak kasut...!!!' Mengikut para pendaki yang pernah melihat "Noah Ark" di puncak Mt.Ararat itu Noah Ark memang sebuah bahtera besar yang cukup hebat. "Noah Ark" itu diperbuat daripada spesis kayu purba yang memang sudah tidak wujud lagi di dunia ni. Ia diselaputi syelek, bebentuk 'kotak kasut'..tidak cantik, tapi sangat berfungsi. Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit. Untuk pengetahuan semua cubit itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dengan jari yang digunakan oleh orang-orang zaman dahulu.

Kalau diambil 18 inchi bagi 1 cubit,bermakna panjang "Noah Ark" ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi. Ada juga Para Pengkaji berpendapat, "Noah Ark" berukuran satu dan satu=20 setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup untuk memuatkan 170 gerabak keretapi. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak untuk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan. Hari ni terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini. Mengikut kajian Dr.Whitcomb, dianggarkan kira-kira 3,700 binatang mamalia, 8600 jenis itik/burung, 6300 jenis reptilia, 2500 jenis amfibia yang menaiki The Great Noah Ark itu. Berat kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan. Dan saintis tidak tahu berapa tan berat binatang yang berada kat dalam bahtera. Tapi, ini semua kiraan anggaran sahaja. Kalau The Great Noah Ark ini berada di Mt.Ararat, dimanakah gamaknya ia dibina dan berapa jauhkah ianya telah belayar...??? Mengikut seorang pengkaji 'Noah Ark' ini, bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak, Iaitu sebuah bandar yang terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey..ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu. By the way, sesetengah dari peninggalan sejarah itu telah dijumpai. Sebuah 'anchor' purba yang besar telah ditemui di Khairouan,Tunissia.Menurut pengkaji.. sauh tulah yang digunakan oleh 'Noah Ark' time nak landing kat puncak Mt.Ararat. Sebuah 'batu nisan' yang didakwa kepunyaan Nabi Noah a.s. telah dijumpai di Mt.Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang...!! [...berkali lebih besar dari kita pada masa sekarang..] Wallahuallam.

Pada tahun 1917, Maharaja Russia Tsar Nicholas II telah menghantar sejumlah 150 orang pakar pelbagai bidang yang terdiri dari jurutera/saintis/tentera.. ect dalam mencari dan menyelidik The Great Noah Ark itu. Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan untuk sampai ke = puncak Mt.Ararat itu. Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui 'Noah Ark' itu. Dalam keadaan tergaman, kagum mereka mengambil gambar sebanyak yang boleh. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur saiz 'Noah Ark' dan didapati = 'Noah Ark' itu adalah berukuran 500 kaki panjang, 83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi..[..bahagian selebihnya tenggelam didalam salji..] Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda...

Perang Bolshevik Komunist - 1917 meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky.. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala 'laporan siasatan' itu masih disimpan atau
dimusnahkan. Berikut adalah catatan seorang Pendaki dan Pengkaji "Noah Ark" di Mount Ararat. Banyak sungguh halangan untuk mencari The Great Noah Ark. Saya dah daki banyak gunung lain di dunia dan saya dah daki Ararat ni sebanyak 13 kali sebelum berjaya. Saya cuma nak bagi tahu...."Mt.Ararat ni memang sebuah gunung yang meragut nyawa". Kalau dari sebelah selatan, Mt.Ararat ini adalah seperti kon air batu, dari sebelah berlawanannya pula terdapat sebuah lurah yg dipanggil "Lurah Ahora", terdapat dinding-dinding batu yang curam. Bahagian yang curam itu sememangnya sukar untuk didaki.

Mt.Ararat ialah sebuah gunung berapi yang telah meletus beberapa kali semenjak peristiwa 'banjir besar Noah" itu dulu. Puncaknya ditutupi dengan air batu seluas 17 batu persegi glasiar dan penutupan ke bawah
ke paras 14,000 kaki. Semasa glasiar itu bergerak turun, ia juga membawa sama bekas kepingan lahar gunung berapi dan terjadinya batu runtuh. Memanjat dari arah air batu yang meluncur itu memang susah.
Bermacam-macam masalah akan timbul. Tanah runtuh, cuaca ganas, anjing serigala liar, beruang gunung beserta ular-ular berbisa sering datang menganggu. Puncak gunung yang setinggi 17,000 kaki yang ditutupi
dengan airbatu itu pula selalu terjadi cuaca yang tidak menentu. Di situ angin bertiup kencang, suhu amat sejuk dan sebarang cecair akan menjadi beku tersejat. Setiap petang terdapat kilat yang diikuti angin, hujan dan salji. Angin yang bertiup biasanya 100 batu/jam. Pada suatu malam saya pernah alami..suhu menurun sehingga negatif 40 darjah Celsius dan angin bertiup selaju 80 batu sejam. Cuaca sahaja pun telah membuat kita cukup sengsara. Oleh kerana Ararat ialah sebuah gunung berapi, gas yang keluar dari gunung itu ialah gas beracun yang boleh mendatangkan masalah untuk kami bernafas. Saya sendiri pun tinggal di puncak Ararat selama 1 minggu dan dalam keadaan susah untuk bernafas.

Puak-puak yang tinggal berdekatan dengan gunung juga turut memberikan banyak masalah kepada kami, kami telah ditembak beberapa kali, oleh perompak. Guerrila Qurdish juga telah menggunakan gunung itu sebagai tempat persembunyian dalam pertelingkahan dengan kerajaan Turkey dan Timur Tengah. Kumpulan kami tidak ada yang terkorban tapi kami menghadapi banyak masalah dan cedera parah. Ramai orang telah
terkorban di gunung itu dalam mencari The Great Noah Ark. Pengalaman yang paling pahit sekali ialah ketika kami berada di paras 14,000 kaki. Kami terkena pancaran kilat. Akhirnya kami berjaya juga sampai ke puncak Ararat dan menghabiskan masa selama 1 minggu untuk mencari The Great Noah Ark. Mt.Ararat ini bukan sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yang unik. Antara salah satu keunikan yang terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu...[sila lihat gambar yang 'Panji Alam' sedut tuh..]Mt.Ararat ini ialah salah satu gunung yang mempunyai kemuncak yang luas dimuka bumi ini. Ia adalah gunung yang tertinggi sekali di Turkey. Gunung ini tegak sendirian dengan kemuncak dipanggil Ararat Besar dengan ketinggian 16,984 kaki. Bersententangan dengan sebuah lagi kemuncak gunung yang dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit Orang yang menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu "Russia, Iran, Turkey". Kedudukan Mt.Ararat yang sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa dahulu. Kalau korang tengok CNN hari ni pun masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turkey vs Puak-puak Guerilla Qurdish yang mahukan kemerdekaan dari kerajaan Turkey. Keluasan dasar [bawah] Mt.Ararat itu kira-kira 25 batu garis pusat. Garis pusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira² 200 kaki. Ketulan-ketulan air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan 'terpeleot' jatuh ke dalam jurang Ahora..Noah Ark Kelihatan Dari - Air Force One~..Flight Peribadi US.

President. Mr.Ronald Bennet adalah bekas jurufoto Whitehouse yang sekarang ini telah bersara, tinggal di sebuah bandar -La Jolla,California..membuat pengakuan. US. President-Jimmy Carter telah dijemput hadir ke Majlis Tahun Baru.. yang diadakan oleh Shah Iran di Tehran. Ronald Bennet telah ternampak sesuatu berbentuk seperti 'kotak kasut yang besar' ditimbus air batu.. ketika Air Force One yang membawa President Jimmy
Carter melintasi Mt.Ararat. [Air Force One telah bertolak dari Washington DC menuju ke Warsaw, Poland pada 29th.Dec.1977 dan kemudiannya ke Tehran pada 31th.Dec.1977.] "Saya adalah jurufoto dan wartawan yang bertugas meliputi segala aktiviti Whitehouse selalu sahaja ikut President Jimmy Carter ke mana-mana..bagi membuat laporan tentang aktiviti US.President.Semasa peristiwa itu berlaku, kami dalam perjalanan dari Poland ke Tehran. Semasa terbang diutara Turkey, kami telah disuruh memandang ke tingkap. Pada masa yang sama ada beberapa buah pesawat MIG Fulcrum USSR sedang mengiringi Air Force One yang kami naiki. Kami memandang ke tingkap.. kami nampak dengan jelas..."sebuah kotak panjang seperti bahtera yang besar.. ..sebahagiannya ditutupi dengan airbatu."

Seorang jurutera minyak telah menaiki helikopter di bahagian Utara Mt.Ararat kerana urusan perniagaan. Tiba-tiba terkejut melihat satu kotak besar yang panjang menyerupai bahtera terjulur keluar dari air batu. Jurutera itu kemudiannya menyuruh pilotnya mendekatkan helikopter ke bahtera sedekat yang mungkin bagi mengambil seberapa banyak gambar. Dengan rasa bangga dan seronok dia menunjukkan segala gambar-gambar yang telah diambil olehnya itu kepada semua rakan-rakan di Timur tengah dan Amerika. Dalam masa yang sama dia cuba mencari bantuan kewangan untuk menjalankan satu ekspidisi bagi mencari "Noah Ark". Malangnya dia tidak berjaya dan dengan rasa kecewa dia ke British Guyana dan membuka lombong minyak disitu. Pada 27th.Dec.1962, Jurutera itu dijumpai mati dibunuh dengan badannya dijumpai terapung di kolam renang hotel. Kawan baiknya dalam membuat laporan Polis ada mengatakan bahawa almari tempat menyimpan segala gambar/filem "Noah Ark" telah digelidah orang 10 hari sebelum kejadian. Filem dan gambar Noah Ark telah hilang..!!.ramai kawan baik jurutera itu mengesahkan yang mereka telah melihat foto hitam/putih "Noah Ark" yg berukuran 8 X 10 inchi. Dan tidak menolak kemungkinan di bunuh kerana foto tersebut.

Pengakuan Paderi Seorang Paderi Christian - Pastor Harold William dari Logansport,Indiana telah membuat pengakuan pada sebuah media, ada seorang kawannya seorang imigran Muslim yang berbangsa Armenia
bernama Haji Yearam yang telah tinggal di kaki Mt.Ararat. Mengikut sejarah/tradisi, mereka ini adalah keturunan terus menerus yang keluar dari " Noah Ark " itu dan tidak berhijrah ke mana-mana. Dan keturunan Hj.Yearam sentiasa tinggal di kaki Mt.Ararat itu. Beberapa ratus tahun selepas 'bah besar' , anak cucu keturunannya telah mendaki ke Puncak Ararat untuk memberi penghormatan dan melihat "Noah Ark" itu. Masa itu masih ada lagi laluan menuju ke bahtera dan entah macamana laluan itu telah musnah dan tidak dapat dikesan kini. mungkin kerana perubahan cuaca, gempa bumi dan sebagainya. Semasa Hj.Yearam masih kecil, ada beberapa orang bangsa asing telah datang ke rumahnya.Mereka ini adalah orang yang tidak percaya dengan Al-Quran dan sebarang agama. Mereka adalah saintis, mereka dalam perjalanan melakukan ekspidisi untuk membuktikan bahawa cerita The Great Noah Ark itu adalah berupa dongeng semata-mata..

Sumber: e-Mail kawan2





No comments:

Post a Comment