Jumaat, Januari 13, 2006

Gejala Black Metal salah siapa?

::Roslan SMS Corner:::
Menarik tajuk khutbah Imam lantikan JAIS. Tajuk yang diulas adalah gejala Black Metal yang dikatakan mula bertapak dikalangan remaja, muda-mudi Islam pada hari ini. Lalu Pak Imam pun menyentuhlah asal-usul Black Metal itu yang dikatakan diasaskan oleh seorang berbangsa Yahudi.

Dari seorang berbangsa Yahudi budaya menyembah syaitan dan gila-gila ini menyelusup masuk ke dalam masyarakat Barat dan kini tercampak dan hinggap pula kalangan remaja Melayu.

Maka yang bersalah adalah si Yahudi, yang bersalah adalah Barat, yang bersalah adalah kalangan remaja tadi, yang lain bagaimana?

Yang menetaskan telur hiburan di luar batasan itu siapa, yang memupuk dan menggalakkan budaya kuning ini sehingga ditagihi oleh anak-anak bangsa siapa?

Baguslah mimbar Jumaat prihatin dan memperkatakan isu ini, akan tetapi mimbar juga perlu tegur pihak berwajib yang asalnya mengizinkan budaya hiburan tak menentu ini sehingga kini sudah di luar kawalan.

Entahlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan