KUALA LUMPUR: Seorang ibu sanggup membiarkan empat anak perempuannya dirogol ayah dan tiga abang kandung sendiri termasuk menggunakan khidmat bomoh bagi memukau mereka supaya akur untuk menjadi pelacur sepenuh masa.
Difahamkan, selepas empat remaja itu ‘puas’ ditiduri ahli keluarga sendiri, mereka kemudian dipaksa melacurkan diri kepada saudara-mara termasuk warga asing sekitar Johor Bharu bagi mendapatkan habuan lumayan.
Selain itu, mereka dibelasah, didera dan dibomoh ibu sendiri jika enggan berbuat demikian dan menuruti kehendak ayah serta abang kandung yang bernafsu ‘binatang’ itu.
Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Wani, 19, berkata dia mula diperkosa sejak tujuh tahun lalu, iaitu selepas tamat sesi pembelajaran sekolah rendah di Ulu Tiram, Johor.
“Bagaimanapun, ketika remaja lain sibuk memikirkan soal persekolahan akan datang, kami diarah ibu ‘meniduri’ ayah serta tiga abang kandung hampir setiap hari. Kami terpaksa akur kerana ketakutan dan bimbang dipukul dan dibelasah mereka.
“Selepas puas ‘menjamah’ tubuh kami, mereka menjadikan kami pelacur dengan memanggil saudara-mara terdekat termasuk warga asing untuk melakukan hubungan seks di rumah sendiri,” katanya ketika hadir di pejabat Harian Metro di sini, bersama rakannya.
Wani yang juga anak bongsu keluarga itu berkata, ibunya mengugut akan meminum racun jika mereka enggan menjadi pelacur dan memberi alasan wang itu digunakan untuk menyara kehidupan keluarga.
“Selepas tiga tahun menjadi pelacur ketika berusia 15 tahun, saya mengalami sakit teruk kerana melayan terlalu ramai lelaki dan mengambil keputusan berhenti seketika.
“Namun, saya dan kakak lain seolah-olah dipukau kerana akur dan dengan rela menuruti segala kemahuan ibu tanpa sebarang bantahan,” katanya.
Menurutnya, dia berjumpa seorang bomoh dan sembuh selepas berubat sebelum berkahwin pada 2004.
“Namun, walaupun sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak serta menetap di tempat lain, saya masih diganggu keluarga dengan pelbagai ugutan yang mahukan saya kembali ke rumah dan menjadi pelacur.
“Perkara itu berlarutan selama beberapa tahun sehinggalah berlakunya peristiwa pada pertengahan tahun lalu apabila abang kandung serta ayah saudara menceroboh rumah sewa dan mengambil gambar bogel saya ketika sedang mandi,” katanya.
Wani berkata, keluarganya kemudian mengugut akan menyebarkan gambar bogel itu di sekitar Johor termasuk dalam Internet jika dia enggan pulang ke rumah dan menuruti kehendak mereka.
“Selepas kejadian itu, saya nekad meninggalkan anak serta suami dengan melarikan diri sehelai sepinggang ke Kuala Lumpur dan mendapat perlindungan di Persatuan Pergerakan Wanita (Awam) di Petaling Jaya.
“Sejak 2004, saya membuat lapan laporan iaitu enam di Johor Bharu dan dua di Ibu pejabat Polis Bukit Aman, baru-baru ini untuk memastikan keselamatan diri selepas menerima ugutan secara berterusan daripada keluarga,” katanya.
Sehubungan itu, dia berharap pihak berkuasa meneliti kes ini bagi memastikan keselamatannya dan membolehkannya kembali ke pangkuan suami dan anak.
Related post: news, metro, rogol, berita, gadis
I can not accept this that brothers and father can do this its all because of bad media input where we behave worst than animal.I am not sure weather they were muslims. But again its our duty to teach them and to bring them to good people in the community.May Allah (GOD) helps us all to act like humans.
BalasPadam