Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ini merupakan hari akhir aku bekerja sebelum mula bercuti untuk perjalanan haji. Debaran di hati ini kian kuat. Kalau diikutkan bermula Syawal lagi aku dan berdebar-debar dah selalu fikirkan tentang haji. Benarlah apa yang Allah sebutkan tentang bulan haji itu ada 3 bulan iaitu bermula Syawal hingga Zulhijjah. Memanglah jika difikirkan pelaksanaan haji itu hanya 6 hari bermula 8 hingga 13 Zulhijjah sahaja tetapi haji ini memerlukan persediaan. Perlu disiapkan bekalan ilmunya, persiapan tubuh badannya dan bekalan persiapannya. 3 bulan ini termasuk 4 bulan haram. Kita tidak tahu bagaimana kita akan diuji nanti. Apapun semoga debaran ini lebih mendekatkan kita kepada Allah dan semakin tinggi pula tingkat taqwa.
Kembali kepada tajuk catatan kali ini, peristiwa ini berlaku beberapa minggu yang lalu. Aku ada seorang abang ipar yang tinggal di Alaska. Lama dia tak balik Malaysia, kali terakhir dia balik Malaysia adalah pada tahun 2001. Maknanya dah 25 tahun tak balik. Banyak perkara-perkara penting dalam keluarga yang dia tak ada bersama. Aku sendiri banyak mendengar cerita dari isteri aku sahaja. Memang teruja dan tertanya-tanya tentang kehidupan dia di sana. Apa pun semua itu adalah pilihan hidup dia, walaupun kita beriman dengan takdir namun kita ada ikhtiar dalam hidup ini dan kita tidak boleh sentiasa menyalahkan takdir.
Agak lama juga dia balik Malaysia iaitu dalam 2 minggu. Orang pertama yang dia hubungi ketika dalam perjalanan balik ialah isteri aku. Setibanya dia di Malaysia mereka berjumpa bersama seorang adik ipar aku. Isteri aku sendiri agak risau juga nak bertemu walaupun abang sendiri, ialah dan terlalu lama tidak bertemu dan kita pun tak tahu bagaimana keperibadian dia sekarang.
Pagi Sabtu tu aku dan Eryna bertolak dari Penang dan kami berkumpul di Klang, telah dirancang supaya semua adik beradik berkumpul di rumah kakak ipar aku. Mereka semua ada 8 beradik dari ibu yang sama. Semuanya dapat berkumpul dan dapatlah beramah mesra melepaskan perbagai persoalan di benak minda masing-masing. Kebetulan hari tu 30 Syawal kami dapatlah menghidangkan lagi makanan raya seperti lemang dan rendang kepada dia. Kami juga hidangkan lauk-lauk kampung yang pernah jadi kegemaran dia semasa zaman remajanya.
Dari ceritanya dia sebenarnya biasa sahaja, cuma dari sangkaan kami mungkin adalah apa-apa masalah dalam kehidupan dia semasa di sana yang menyebabkan dia lama sangat tak balik Malaysia. Katanya dia akan balik juga ke Malaysia dan mungkin settle down di sini. Jika benar, gembira juga rasa hati ini. Semoga Allah permudahkan urusan dia untuk kembali ke Malaysia.
| First time jumpa Abang Lan. |
| Bergambar di luar rumah. |
| Berkumpul beramai-ramai. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan