Khamis, April 09, 2009

Projek melebarkan Jalan Gombak: 4 tahun masih tak siap

Projek melebarkan Jalan Gombak: 4 tahun masih tak siap


KUALA LUMPUR: “Hampir setiap bulan saya terpaksa mengeluarkan duit untuk membaiki kereta gara-gara menggunakan jalan ini,” keluh Mohd Razif Ibrahim, 33, seorang pengguna Jalan Gombak di sini, yang kenderaannya rosak teruk akibat kerja pelebaran jalan yang gagal disiapkan sejak empat tahun lalu.

Malah katanya, dia terpaksa mengeluarkan belanja RM200 sebulan untuk membaiki pelbagai komponen kereta terutama di bahagian roda akibat kerosakan yang dialami.

“Hampir setiap bulan saya keluarkan belanja untuk servis tayar kerana menggunakan jalan yang tidak rata selain berlubang.

“Sampai bila saya terpaksa menggunakan laluan rosak sebegini untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja?,” katanya ketika ditemui di jalan berkenaan, semalam.

Tinjauan Harian Metro mendapati, kenderaan yang menggunakan jalan berkenaan memang bertali arus dan berlaku kesesakan teruk terutama pada awal pagi dan petang ketika orang ramai berpusu-pusu pergi dan pulang dari tempat kerja.

Jalan berkenaan menghubungkan beberapa kawasan seperti Setapak, Gombak dan susur keluar menuju Lebuhraya Karak.

Seorang peniaga, Mutalib Yusof, 44, meminta kerja pelebaran jalan berkenaan disiapkan segera berikutan jumlah pengguna semakin bertambah setiap hari kerana ia laluan utama.

Bagaimanapun, pengguna kini lega berikutan pembukaan Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) yang memberikan mereka laluan alternatif untuk berulang alik ke tempat kerja.

“Kalau dulu lagi teruk kerana kenderaan begitu banyak menggunakan jalan ini.

“Sejak Duke dibuka ramai yang menggunakan lebuh raya berkenaan biarpun terpaksa mengeluarkan belanja tol bagi mengelak menggunakan jalan raya yang tidak sempurna ini,” katanya.

Projek berkenaan difahamkan sudah berlarutan lebih empat tahun lalu, namun sehingga kini kerja pembaikan terus dijalankan.

Projek pelebaran jalan itu membabitkan kawasan bermula dari Setapak hingga Gombak (berhampiran persimpangan ke Danau Kota, Setapak).



Bilalah nak siap jalan yang aku lalui setiap hari ni..

2 ulasan:

  1. Gombak Bt 5 ke UIA pun tak lambat macam ni....

    BalasPadam
  2. tu belah selangor tu, yg x siap2 ni yg belah KL. start dr simpang ke tmn ibukota tu

    BalasPadam