Memaparkan catatan dengan label kualalumpur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kualalumpur. Papar semua catatan
Selasa, Jun 28, 2011
KLCC water park
Hujung minggu baru ni balik ke Gombak atas beberapa urusan. Satu sbb nak tukar nama Civic, nama asal nama abah, jd susah bila nak renew roadtax & insurance. Tu yang tukar jugak nama tu. Satu lagi sbb nak dapatkan referee's untuk master application. Utk apply kena ada referee's dari universiti dimana dapat ijazah. So aku redah je pagi smlm ke FSKTM. Byk dah berubah, Office pun dah berubah ke bangunan lain. Mula tanya kat akak yang jaga kat kaunter tu kut2 ada mana2 lecturer kat office tu, dia ckp takde, so aku mencari la ke bilik2 lecturer semua, mcm ramai yang takde je. Last terserempak dgn sorang lecturer ni & mintak dia jd referee's tp dia tak mau sbb mmg tak pernah ajar. Dia tanya siapa supervisor dulu, aku ckp Dr. Abrizah, dia suruh cari kat pejabat. Aku turun balik tanya kat akak tadi nak jumpa Dr. Abrizah, ada la pulak. Mula tadi kata takde lecturer kat office :|. Then jumpa Dr. Abrizah ni & dia ingat aku lg. Dia ckp yg amik sains maklumat ni ada sorang je yang sambung kat UM tu, dia tanya knp tak buat kat sini je (UM). Byk jugaklah yang diinterviewnya mungkin sbb result degree aku tak berapa nak ok kut, tp dia byk bg galakkan. Semangatlah pulak jdnya. Semangat yang selalu datang dan pergi.
Slideshow atas tu gambar2 masa hari Ahad. Seronok @aliffzachary & @erynazu mandi kolam kat KLCC tu, sampai taknak balik. Tgh hari tu makan kat restoran Raso Omakden, kedai makanan negeri sembilan. Gulai masak lemak shj lebih dari 10 jenis. Pedas2 belaka. Sedap betul..
Isnin, Ogos 30, 2010
Masalah kesesakan di Kuala Lumpur menjelang musim perayaan
Ini gambar kabinet Monggolia bermensyuarat di tengah-tengan padang pasir Gobi. Mesyuarat ini membincangkan isu pemanasan global yang hangat diperkatakan sekarang ini. Secara sinisnya menunjukkan keprihatinan mereka merasai panasnya planet bumi. Mungkin dengan cara ini satu tindakan yang berkesan dapat dilaksanakan. (AP Photo/Xinhua, Asigang).
Di Malaysia, eloklah rasanya kabinet bermesyuarat seperti ini di tengah bandar Kuala Lumpur, sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, bagi melihat sendiri betapa seriusnya masalah traffik di Kuala Lumpur terutamanya bila hampir ke musim perayaan. Manalah tahu tindakannya nanti akan menyelesaikan masalah di Kuala Lumpur dan juga boleh diguna pakai di bandar-bandar lain.
Selasa, Oktober 20, 2009
Penjara Pudu dalam proses dimusnahkan *sedih*
Sedih bila dapat tahu Penjara Pudu telah mula dimusnahkan, pada hari Sabtu hari tu baru lalu tepi Penjara Pudu ni, memamg tak nampak apa-apa kesan dimusnahkan, rupa-rupanya pemaju memusnahkan dari bahagian dalam tanpa merobohkan dahulu dinding penjara.
Banyak sebab untuk sedih dengan pemusnahan ini, antaranya keunikan disebalik Penjara Pudu ini, perubahan-perubahan yang berlaku sepanjang hampir seratus tahun ia menjadi tempat memenjara penjenayah. Ini suatu kerugian besar kepada negara yang baru merdeka 50 tahun lebih. Sepatutnya bangunan ini diwartakan sebagai bangunan bersejarah.
Banyak kisah2 yang kita dengari dari penjara pudu ini di antara yang aku tahu ada seorang banduan dari Indonesia menghilangkan diri mengunakan ilmu hitam, diceritakan banduan ini terlalu ingin pulang dan menyambut hari raya bersama keluarga. Bila diketahui banduan ini menghilang, didapati dinding bilik tahanan baanduan ini dilukis kapal yang besar. Dengan kapal inilah banduan itu menghilangkan diri pulang ke kampung.
Selain dari kisah2 org aku sendiri ada kisah dengan penjara pudu ni, tp x perlulah diceritakan, rasanya dah diblogkan terdahulu, sila search kalau rajin. Untuk rekod selepas Penjara Pudu ini tidak lagi menjadi tempat menghukum banduan, ia pernah menjadi muzium yang boleh dilawati, rasanya sambutannya sungguh menggalakkan. Ada juga dibaca kumpulan-kumpulan tertentu meminta tinggal di penjara ini untuk tempoh tertentu, dalam situasi penjara sebenar sebagai motivasi diri.
Selepas itu tidak tahu mengapa ia ditutup dari menjadi tempat lawatan, kemudian ia dijadikan lokap untuk tahanan narkotik. Alasannya lokap-lokap di balai polis tidak mampu lagi menampung terlalu ramai OKT (orang kena tahan). Ini boleh dijadikan ukuran bahawa pihak berkuasa telah gagal mengekang jenayah, masyarakat sekarang tidak lagi rasa selamat apatah lagi dengan kebanjiran warga-warga asing.
Apapun yang akan dibangunkan di tapah Penjara Pudu ini, yang pasti aku tak akan melupakan kenangan di situ.
Kredit kepada Malaysia Kini untuk video itu.
Isnin, Julai 06, 2009
Ondscene
Sekitar Sg. Besi
July 06, 2009
8:30 AM
Tiada kemalangan jiwa
Satu kemalangan kecil telah berlaku di sekitar pekan Sg. Besi pada pagi tadi ketika kenderaan sedang bersesak2 untuk ketempat kerja masing2.
Kemalangan ini melibatkan 2 kenderaan iaitu sebuah Perodua VIVA berwarna putih (nombor pendaftaran terpaksa di rahsiakan kerana biasanya ia akan jd buruan pejudi2 nombor ekor) dan sebuah Yamaha Lagenda 110cc berwarna hitam.
Kemalangan ini bukan sahaja menyebabkan kesesakan di laluan menghala ke selatan, tetapi juga menyebabkan kesesakan ke arah pusat bandar kerana pemandu2 sibuk nk tgk kejadian tu, dan ada yg sibuk nk amik gambar, apa dia ingat dia wartawan ke. Kalau team ondscene ok la kan..
Khamis, Mei 14, 2009
Khamis, April 09, 2009
Projek melebarkan Jalan Gombak: 4 tahun masih tak siap
Projek melebarkan Jalan Gombak: 4 tahun masih tak siap
Bilalah nak siap jalan yang aku lalui setiap hari ni..
KUALA LUMPUR: “Hampir setiap bulan saya terpaksa mengeluarkan duit untuk membaiki kereta gara-gara menggunakan jalan ini,” keluh Mohd Razif Ibrahim, 33, seorang pengguna Jalan Gombak di sini, yang kenderaannya rosak teruk akibat kerja pelebaran jalan yang gagal disiapkan sejak empat tahun lalu.
Malah katanya, dia terpaksa mengeluarkan belanja RM200 sebulan untuk membaiki pelbagai komponen kereta terutama di bahagian roda akibat kerosakan yang dialami.
“Hampir setiap bulan saya keluarkan belanja untuk servis tayar kerana menggunakan jalan yang tidak rata selain berlubang.
“Sampai bila saya terpaksa menggunakan laluan rosak sebegini untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja?,” katanya ketika ditemui di jalan berkenaan, semalam.
Tinjauan Harian Metro mendapati, kenderaan yang menggunakan jalan berkenaan memang bertali arus dan berlaku kesesakan teruk terutama pada awal pagi dan petang ketika orang ramai berpusu-pusu pergi dan pulang dari tempat kerja.
Jalan berkenaan menghubungkan beberapa kawasan seperti Setapak, Gombak dan susur keluar menuju Lebuhraya Karak.
Seorang peniaga, Mutalib Yusof, 44, meminta kerja pelebaran jalan berkenaan disiapkan segera berikutan jumlah pengguna semakin bertambah setiap hari kerana ia laluan utama.
Bagaimanapun, pengguna kini lega berikutan pembukaan Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) yang memberikan mereka laluan alternatif untuk berulang alik ke tempat kerja.
“Kalau dulu lagi teruk kerana kenderaan begitu banyak menggunakan jalan ini.
“Sejak Duke dibuka ramai yang menggunakan lebuh raya berkenaan biarpun terpaksa mengeluarkan belanja tol bagi mengelak menggunakan jalan raya yang tidak sempurna ini,” katanya.
Projek berkenaan difahamkan sudah berlarutan lebih empat tahun lalu, namun sehingga kini kerja pembaikan terus dijalankan.
Projek pelebaran jalan itu membabitkan kawasan bermula dari Setapak hingga Gombak (berhampiran persimpangan ke Danau Kota, Setapak).
Bilalah nak siap jalan yang aku lalui setiap hari ni..
Khamis, Disember 11, 2008
Isnin, Jun 30, 2008
Isnin, Jun 18, 2007
Langgan:
Catatan (Atom)



