Seperti yang diberitakan kerajaan Malaysia akan menawarkan email berdomain @1Malaysia, tak pasti sama ada .my, .com.my atau lain2 (mungkin tidak relevan). Awal-awal sudah banyak suara-suara yang memperli tawaran ini. Ada yang mengatakan bahawa ini satu pembaziran (mungkin).
Pada pendapat aku, elok juga kerajaan menawarkan email service ini, sebenarnya bukan senang untuk mempromosikan service internet apatah lagi perlu bersaing dengan provider-provider utama seperti Gmail, Yahoo dan Live. Ini menunjukkan effort kerajaan untuk mempromosikan bidang ICT kepada rakyat secara tidak langsung semakin ramai yang akan terdedah dengan dunia tanpa sempadan.
Berjaya atau tidak terpaksalah kita tunggu dan lihat. Sebenarnya aku lebih prefer jika kerajaan menawarkan email berdomain @malaysia.my ke. Lebih nampak proper berbanding 1Malaysia yang terlalu nampak sesuatu yang bersifat politik. Jika Najib Razak tidak lagi menjadi PM, PM baru pasti datang dengan istilah baru, adakah akan ditawarkan pula satu lagi email? Secara tidak langsung penerimaan rakyat terhadap tawaran ini menunjukkan penerimaan terhadap konsep 1Malaysia. Kita lihat sejauh mana ia akan berjaya.
Baca juga post @mhkhairulnizam Emel 1 Malaysia?
tak bahaya ke? karang kena hacked pulak.. hahaha...
BalasPadamBahaya2. Saman ekor terus sampai kat email ni, tak bleh nak lari mana huhu.
BalasPadamtak boleh nak bagi alasan surat saman tak sampai...
BalasPadam