Selasa, Ogos 07, 2012

Amsterdam Paris Day 1 Part 2

Sambungan dari Amsterdam Paris Day 1 Part 1.

Setelah sampai hotel, kami berehat seketika sebelum keluar. Cuaca agak panas dan hotel tidak beraircond (biasa kut di sini).


Kami ke Amsterdam Centraal dari hotel, perlu naik bas dan train.


Berjalan2 di bandar Amsterdam. Ramai pelancong kat sini, macam-macam bangsa ada.


Sekadar bergambar, mana boleh masuk, bulan puasa pulak tu :P


Cari port buka puasa. Tak tahulah nak kata ponteng ke apa, mungkin salah setting. Dalam flight peramugari tau kami puasa sampai di pertengahan penerbangan tiba2 dia suruh bersahur (ikut waktu Malaysia), then separuh dari penerbangan kami dah start puasa. Masa berbuka ni dalam pukul 2 waktu tempatan, kalau ikut waktu Malaysia pukul 10 Malam, maknanya kami dah puasa 3 jam lebih dari jangka waktu biasa, kalau nak terus puasa dan berbuka ikut time tempatan ada 6 jam lagi. Mau pitam kalau diteruskan. Then kami menggunakan rukhsah berpuasa sebagai musafir, beli kebab arab. Nasib tak kena serbu dengan Jabatan Agama Islam Amsterdam (JAIA).


Bangunan2 dengan rekabentuk menarik sekali.



Banyak graffiti kat sini, kalau naik train tu sepanjang2 perjalanan ada graffiti, bila masa dibuat entah.


Kenapa monumen kerbau ni ada kat sini pun entahlah.


Shopping apa tu?



De B'jenkorf mall yang macam2 benda menarik ada.


Setelah pusing2 Amsterdam, kami ke Amsterdam Centraal semula untuk naik train ke Paris. Tiket telah dibeli awal2, ada beberapa pilihan sebenarnya boleh ke London, Frankfurt, Brussel tapi tiket dah habis, Brussel dgn Paris je tinggal jadi pilih Paris. Untuk ke Paris akan melalui Brussel (Belgium). Paris Nord merupakan central untuk stesen2 train di Paris. Suasana jauh berbeza dengan Amsterdam, di sini lebih ramai manusia. Lebih manakutkan. Banyak kes kecurian, pick pocket. Kalau ke sini perlu hati2 pencuri amat cekap.


Dari Paris Nord kami ke Eiffel Tower. Pening juga nak memahamkan route train Paris ni mula2. Ambil masa sikit untuk faham.




Bergambar di Eiffel Tower diwaktu malam, rasa macam kena ranjau dengan orang di Information Counter, katanya 10 minit je berjalan ke hotel, rasa dekat sejam jugak berjalan. Dah la cari toilet tak jumpa. Dalam perjalanan menapak ke hotel lalu di Eiffel Tower ni. Sempat lah bergambar walaupun termengah2.


Nasib ada orang offer ambilkan gambar, takut nak suruh2 org ni, kang dilarikannya iPhone macammana? Huhu


Check in hotel La Serre


Cherry coke yang sedap. Tidur dalam kepenatan, sahur makan maggi pagi tu tak berapa nak lalu pun. 

Bersambung lagi insyaAllah.




3 ulasan: