Isnin, Februari 23, 2015

Perjalanan ke Kuantan

Seronok
Lama tak berblog, dalam erti kata lain menulis blog. Paling last pun rasanya adalah entry ni, itu pun tak lah panjang mana. Mungkin semangat untuk berblog telah pudar ditelan zaman. Pun begitu kalau tiada pun tulisan-tulisan aku update juga apa-apa yang aku rasa nak update kat sini. Biasanya update gambar, nota-nota kuliah, quote-quote yang aku rasa menarik dan lain-lain lagi.

Bersempena cuti 4 hari Tahun Baru Cina 2015 kami sekeluarga ke Kuantan, Pahang. Mulanya rancang untuk ke Kota Bahru tp bila fikirkan nak mengadap jem yang teruk plan ditukarkan ke Kuantan. Tiada perancangan spesifik nak ke mana cuma plan sikit-sikit sahaja. Perjalanan dimulakan oleh wife dr Penang ke Tanjung Malim pada hari Rabu, perjalanan ke Kuantan dimulakan pada hari Khamis melalui jalan lama Kuala Kubu Baru - Batang Kali - Batu Caves baru masuk LPT untuk mengelak jem, tapi tak boleh nak elak juga dari Batu Caves ke Bukit Tinggi tu teruk juga jemnya. Selepas itu perjalanan agak smooth, kami berhenti makan di R&R Temerloh. Kami tiba di Grand Continental Kuantan lebih kurang jam 6 PM. Malam tu makan di kedai makan berdekatan Hotel sahaja kerana kepenatan. Selesai agenda dengan family sempat lepak dengan school mate TAHAP Black & Pie di Indera Mahkota. Bersambung...




Dalam kereta
Jem dari MRR2 ke Bukit Tinggi, Bentong
Kuantan pun jem
Grand Continental Kuantan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan