Khamis, April 16, 2015

Kuliah Maghrib Surau INSTUN Ustaz MRBA 16 April 2015

Kuliah Maghrib Surau INSTUN Ustaz MRBA 16 April 2015

Kitab Al Walakitu Wal Jawaahir

Bab seksa orang yang meninggalkan solat

1. Orang yang tidak solat 
2. Orang yang tidak percaya akan solat

Hanya orang yang beriman mendirikan solat

Disedia tempat di neraka paling bawah untuk orang-orang yang tidak solat dan yang mengikut hawa nafsu kecuali orang yang bertaubat 

Neraka Weel disediakan untuk orang yang melambatkan solat 

Orang meninggalkan kewajipan solat jatuh kafir

15 seksa untuk orang yang meringankan solat. 6 di dunia, 3 di ambang sakaratul maut, 3 di dalam kubur, 3 di hari kiamat. 

Di dunia:
1. Dihilangkan berkat umur
2. Dihilangkan rezekinya
3. Dihilangkan tanda orang yang soleh di mukanya
4. Tiada di dalamnya Islam
5. Segala kebajikan tidak diberi pahala
6. Doanya tidak diterima

Di ambang sakaratul maut:
1. Mati dalam hina
2. Mati dalam keadaan lapar 
3. Mati dalam dahaga yang tidak putus

Di dalam kubur:
1. Disempitkan kubur
2. Digelapkan kuburnya
3. Disuruh malaikat / ular besar menyiksa hingga kiamat

Di hari akhirat ketika bertemu Allah:
1. Dililit rantai panjang 70 hasta di leher, dimasukkan rantai dimulut dan keluar dari dubur, kemudian disetap, diheret masuk neraka
2. Tiada ditilik oleh Allah dengan tilik kasihan langsung 
3. Tiada ampuan Allah dan seksa yang amat pedis (pedih)

Tiada beza orang kafir dengan orang Islam yang tidak solat 

Tamat



Tiada ulasan:

Catat Ulasan