Sabtu, Disember 23, 2017

Kuliah Maghrib | Masjid Batu | Ustaz Musa Ibrahim | 23 December 2017 | 5 Rabiulakhir 1438

Kuliah Maghrib | Masjid Batu | Ustaz Musa Ibrahim | 23 December 2017 | 5 Rabiulakhir 1438


Menyerahkan zakat kepada pemerintah


Allah menjadikan kewajipan zakat untuk menyucikan harta orang kaya. Dan sara hidup dan bantuan kepada orang miskin. 



Zakat yang diambil secara paksa oleh pemerintah zalim bermakna membayar di tempat yang betul. Pengeluar zakat berhak rela membayar pada asnaf. Contoh ialah kepada yang berjuang fi sabilillah. Perbuatan ini adalah sangat utama dan dianjurkan. 


Andai kata pengeluar zakat mampu, diharuskan manahan dari mengeluarkan zakat kepada pemerintah yang zalim. Dengan syarat perbuatan itu tidak menimbulkan fitnah. 


Kelebihan sedekah sunat


Tujuan adalah untuk mendapat keredhaan Allah dan mengumpul pahala untuk hari akhirat. 


Tamakkan pahala sunat merupakan jalan para salafus soleh. 


Amalan yang sedikit pun tidak merugikan penginfaknya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan