Jumaat, Februari 07, 2020

Perubahan Waktu Solat Subuh Negeri Pulau Pinang

Bismillah.

Nampaknya Pulau Pinang menyusuli Wilayah Persekutuan, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Perak dalam menepatkankan lagi waktu mula solat fardhu Subuh bermula 8 Februari 2020 bersamaan 14 Jamadilakhir 1441H. Berikut petikan pengunguman rasmi Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 1/2020 yang bersidang pada 5-6 Februari 2020/11-12 Jamadilakhir 1441H telah memperakukan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-116 yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja mengenal penetapan permulaan waktu Subuh di Malaysia adalah menggunakan nilai altitud matahari 18 darjah di bawah ufuk.
Perubahan ini menyebabkan waktu solat Subuh sedia ada perlu ditambah secara purata 8 minit. Perubahan ini hanya melibatkan waktu solat Subuh sahaja manakala waktu-waktu lain adalah kekal sebagaimana yang tercatat padaTakwim Hijri 1441 dan Jadual Waktu Solat Pulau Pinang terbitan Jabatan ini. Bagi seluruh negeri Pulau Pinang, pelaksanaan ketetapan baru ini berkuat kuasamulai esok, 8 Februari 2020/14 Jamadilakhir 1441H (Sabtu).
Mesyuarat juga telah memutuskan bahawa pelaksanaan solat Subuh berdasarkanwaktu terdahulu adalah sah dan tidak perlu diqadha (diganti) setakat sebelumtarikh ketetapan baru ini dikuatkuasakan. Jadual Waktu Solat Subuh terkini boleh dirujuk dan dimuat turun di Laman Rasmi Jabatan ini atau Portal e-Solat JAKIM mulai hari ini. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan pihak Jabatan. Sekian, dimaklumkan.

Tiada ulasan:

Catat Komen