Hari ini bekerja lagi walaupun di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebagai seorang yang berkhidmat untuk essential services, kenalah bekerja membantu hospital supaya dapat berfungsi dengan baik. Dah masuk 2 kali PKP dilanjutkan, dan rasanya lanjutan kali ketiga akan diumumkan dalam masa terdekat memandangkan bilangan yang positif terus bertambah begitu juga bilangan kematian setiap hari. Jangan jadi macam Jepun seperti sudah recover tetapi tiba-tiba spike balik kes positif covid-19. Bekerja di hospital ini risikonya tinggi, selalu kita dengar dan diingatkan supaya pesakit tidak menyembunyikan sesatu perkara yang ditanya. Pesakit yang datang ke hospital kena jujur memandangkan banyak kes petugas kesihatan berjangkit kerana pesakit yang positif yang menyembunyikan perkara sebenar. Bila pergi ke luar dari ofis kena pakai face mask, banyak orang lalu lalang di hospital ni dan kita tak tahu tahap kesihatan seseorang tu. Selesai pegang barang kena pakai hand sanitizer atau basuh dengan air dan sabun. Selain itu penjarakan sosial juga perlu dijaga dengan berhati-hari. Pergi balik kerja kena pastikan ada bawa kad staf supaya senang nak jawab kalau ditahan polis. Sampai bila semua ini akan berakhir pun tak pasti. Andai berakhirpun rasanya tak akan sama situasinya dengan sebelum pandemik covid-19 ini memuncak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan