Assalamualaikum warahmatullah,
Selamat menyambut hari raya di kala PKP, ini kali pertama kami beraya di Pulau Pinang. Kebiasaannya akan balik 'kampung' di Kuala Lumpur atau Bera.
Perintah Kawalan Pergerakan telah mengehadkan pergerakan pada hari raya kali ini. Bukan setakat tak boleh balik kampung, solat Idul Fitri pun hanya boleh dilaksanakan di rumah masing. Ini suatu yang asing, ada norma baru yang diikuti bagaimana pun ada yang perlu kembali kepada asal contohnya solat berjemaah.
Selesai solat hari raya kami bersalaman sekeluarga, makan-makan dan bergambar di luar sekejap sebelum masuk ke rumah semula. Di sebelah petang barulah keluar untuk beraya di rumah rakan isteri yang rumahnya masih dalam negeri yang sama.
Itu sahajalah sambutan Idul Fitri tahun ini. Semoga Allah menerima amal ibadah sepanjang bulan Ramadan dan moga bertemu lagi bulan Ramadan yang akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan