Ahad, September 12, 2021

Morning Walk 12 September 2021

Assalamualaikum, dah lama tak jalan waktu pagi. Junuh mengajak isteri untuk morning walk tapi asyik tak menjadi sahaja. Hari ni bertegas sedikit barulah jadi aktiviti morning walk di sekitar kawasan perumahan. Kali ini pilih route yang agak berlianan iaitu melalui kawasan bendang di Kampung Belah Dua dan Kampung Jelapang di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Ikuti gambar dan caption di bawah.


Jalan Pauh Jaya yang lengang di waktu pagi walaupun di hujung minggu



Swafoto sikit sambil2 berjalan perlahan2. Yang bestnya antara orang yang berselisih akan memberi salam walau tidak kenal antara satu sama lain

Berpeluang melihat matahari terbit di kawasan sawah padi

Swafoto di tengah bendang pula. Matahari dah makin menaik. Rambut serabut betul.

Bunga apa ini?

Ikut resam padi, makin berisi makin tunduk

Tertanya2 juga kenapa ada padi yang rebah habis. Adakah akan naik semula atau dah sampai masa untuk dipungut?

Sekian dahulu untuk kali ini, bertemu lagi di lain posting. 


1 ulasan:

  1. untung bro macam ni takde traffik takde apa, udara bersih, rasa selamat jalan kaki beriadah.

    BalasPadam