Assalamualaikum. Tiba2 muncul di Perlis. Hari ni menemankan isteri yang ada program di UniMAP. Dah dah boleh rentas negerikan jadi inilah trip pertama rentas negeri. Esok baru merentas balik ke Gombak pula.
Sampai2 ke Arau terus cari kedai makan, lepas makan dah kengang burp sikit masuk waktu Zohor. Terus kita ke Masjid Negeri Perlis ini. Masjidnya simple sahaja tapi jemaahnya ramai. Pengurusan masjidnya bagus.
Satu pengajaran yang dapat dipelajari ialah jangan lupa bawa sejadah bila bermusafir! Nasib baik setiap masjid perlu sediakan tempat solat musafir, kat ruang ni tak perlu bersejadah penuh, cuma rugilah tak dapat masuk dalam untuk saf depan.
Nak dijadikan rezeki ada jenazah hari ni, dah lama tak dapat dua kirat. Syukur. Jadi lepas solat ni terus ke UniMAP. Wife masuk dalam untuk majlis sembang2 dengan Menteri Pengajian Tinggi, aku kena duk luar dewan. Itu yang sempat nak menaip panjang2 sikit ni.
Kejap lagi nak cari ayaq nyok ka, cendoi ka. Berpeluh dah ni. Haha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan