Khamis, Mac 23, 2023

Dehn Oud Kalimantan

Dehn Oud Kalimantan

Assalamualaikum. Kali ini hanya nak update pasal minyak wangi ala-ala arab yang baru dibeli. Wangian diberi nama Dehn Oud Kalimantan. Yang meracunnya ialah Ustaz Azhar Idrus dalam salah satu video beliau. Kebetulan tertengok. Kebetulan nak masuk Ramadan. Jadi terbelilah. Baunya seperti bau Arab. Ramai salah anggap sebenarnya oud ni ialah bahan dari alam Asia Tenggara iaitu gaharu. 

Isnin, Mac 13, 2023

Hari Akhir Cigebu

Assalamualaikum. Cuma nak update sebagai kenangan dalam keadaan rushing sebab task kerja hari ni berderet2 tak berhenti2. Ke sana ke sini aku hari ni. Semalam merupakan hari akhir Cigebu. Cigebu merupakan kucing yang betul2 dari lahir memang dan ada kat rumah. Sebelum2 ni ada sahaja kucing, ada yang ambil dari orang, ada yang kutip tepi jalan dari kecil. Lahir pada 2020 masa mula2 nak PKP. Jadi masa PKP meriah jugalah bila ada kucing ni dan kurang stress bila kena kurung di rumah. 

Lebih kurang 4 minggu lepas Cigebu mula nampak problem, mula dari tak boleh nak kencing elok. Kemudian kaki belakang jadi tak berfungsi. Bila bawa ke klinik doktor cuma sangka demam. Tapi makin lama menjadi semakin merosot kesihatannya. Dari boleh mengensot kepada dan tak boleh mengensot. Dari boleh makan & minum sendiri kepada dah tak mahu makan dan minum. Terpaksa force feeding jugalah dalam seminggu dua. 

Tidak dapat dipastikan betul2 sebab musababnya tapi mungkin ada masalah saraf. Kesian bila tengok dalam 2-3 hari terakhir tu dia akan sawan dari masa ke semasa. Nampak seksa sangat. Akhirnya semalam tamatlah seksaan yang dia tanggung setelah dia mati. Sebelum Maghrib sempat selesaikan pengkebumian Cigebu. Untung ada jiran yang ada cangkul, bila ada cangkul cepatlah kerjanya.

Kata Eryna dalam group wasap, "4 minggu dia menahan kesakitan dan akhirnya dia dh tak merasakan kesakitan.."

Semoga berjumpa semula di Syurga

Hari terakhir Cigebu
Tempat biasa menanam kucing, di tepi padang

Sekian, terima kasih.

Rabu, Mac 08, 2023

Genap 3 Tahun Skechers Ultra Flex 2.0 - Kelmer 52767-BBK

Assalamualaikum. Satu lagi entry pasal Skechers. Kali ni nak update pasal Genap 3 Tahun Skechers Ultra Flex 2.0 - Kelmer. Kebetulan baru sahaja beli Skechers baharu. Yang lama masih sedap pakai cuma nak update apa yang dah berubah selepas 3 tahun.

  1. Paling tak best sekali ialah talinya slip and budgee lace iaitu jenis flexible. Lama2 akan hilang ketahanannya dan akan loose. Jadi beberapa bulan lepas aku ganti dengan tali biasa jenis hiking supaya lebih sturdy. Boleh tengok dalam gambar keempat. 
  2. Tapaknya semakin haus dan sedikit licin jika berjalan ditempat berair. Setakat ini belum bocor atau terbuka di mana2. 
  3. Warna hitam kasut dan semakin pudar, warna sekarang jadi coklat gelap. Tahu macam mana nak hitamkan balik warnanya.
  4. Tapak insole ada haus sikit dibeberapa tempat, mungkin teknologi memory foamnya dah kurang berfungsi.

Mengikut salesmen Skechers kasut ni boleh pakai sampai 4 tahun. Mungkin boleh sebab dah tak pakai hari2 sebab dah ada yang baharu. 

Maklumat dari web Skechers:

Description

Find the ultimate in flexible comfort and sleek sporty style with the SKECHERS Ultra Flex 2.0 - Kelmer shoe. Soft engineered mesh fabric upper in a slip on bungee laced sporty comfort walking and training sneaker with woven-in textured designs. Air Cooled Memory Foam insole, highly flexible comfort midsole.

Construction
  • Engineered Mesh soft nearly one piece fabric upper
  • Slip on bungee laced sporty walking sneaker design
  • Stitching accents
  • Smooth synthetic hot-melt trim at toe and instep
  • Woven-in solid colored mesh with texture detail
  • Interwoven ventilating panels at toe and sides
  • Side S logo
  • Bungee stretch laced front panel for slip on ease
  • High apex front and heel for added comfort
  • Heel and instep fabric overlays with pull on instep tabs
  • Padded collar and tongue
  • Soft fabric shoe lining
  • Air Cooled Memory Foam cushioned comfort insole
  • Ultra Flex 2.0 midsole with superior impact cushioning protection and remarkable energy return
  • Highly flexible articulated midsole and outsole design for freedom of movement
  • Textured channel design midsole finish
  • Flexible outsole with flexible articulated traction design
  • 1 1/4 inch heel

Enjoy gambar2 di bawah.

Gambar masa beru beli 3 tahun lepas iaitu pada 8 Mac 2020
Skechers Air-Cooled Memory Foam
First time pakai pi kerja
Gambar selepas 3 tahun pakai - 8 Mac 2023

Sekian, terima kasih.

Isnin, Mac 06, 2023

Review Skechers Men GOwalk Flex Shoes - 216481-BBK

Assalamualaikum. Bertemu lagi dalam posting kali ini. Untuk kali ini aku nak review Skechers Men GOwalk Flex Shoes - 216481-BBK. Saja aku buh full official name dengan product number supaya senang dicari kerana ada banyak model yang lebih kurang sama tapi sebenarnya berbeza. Kalau ikutkan description pada laman Sketchers Malaysia adalah seperti berikut:

Product Type: Footwear

Description:

Meet your walking goals wearing Skechers GO WALK® FLEX. This athletic lace-up style features an engineered mesh upper with a breathable Skechers Air-Cooled Goga Mat™ insole and lightweight ULTRA GO® cushioning.

Features:
- Lightweight, responsive ULTRA GO® cushioning
- Skechers Air-Cooled Goga Mat™ breathable insole with high-rebound cushioning
- Ortholite® comfort foam insole layer adds long-term cushioning and high-level breathability with 5% recycled rubber content
- Lace-up athletic style with an engineered mesh upper
- Multi-surface stabilized and flexible traction outsole
- Skechers® and GO WALK® logo detail

Sebenarnya ini kali kedua aku beli Skechers ni, yang dulu pun warna hitam, yang baru ni pun warna hitam sebab nak guna buat pergi kerja. Yang pertama dulu dah pakai hampir 3 tahun (tarikh beli 8 Mac 2020). Memang sedap pakai. Orang kata once dah pakai Skechers memang dah tak nak pakai brand lain terutamanya untuk pemakaian dalam tempoh lama dan memerlukan jalan yang jauh. Memang kasut ni dibuat untuk keselesaan. Kalau perasan, sekarang ni dah banyak brand lain yang copy design dan fokus untuk kasut comfort ni. 

Untuk aku yang bekerja di hospital ni tiada masalah untuk menggunakan kasut macam ni kerana kasut ni memang dibuat untuk kesihatan. Banyak masalah kesihatan berpunca dari pemakaian kasut yang tidak sesuai. Satu lagi untuk kasut lama dulu dia menggunakan flexible shoelace jadi kalau nak pakai tu just sarung sahaja. Bagaimana pun flexible shoelace ada masalahnya bila lama dia akan kurang tight. Jadi aku ganti dengan tali jenis biasa beberapa bulan yang dulu.

Untuk kasut yang baharu ni dia menggunakan shoelace jenis biasa, kena tightkan bila nak pakai. Susah sikit tapi better untuk keselesaan jangka panjang. Semasa kat kedai Skechers di Design Village tu aku macam biasa tak biasa gemar sangat nak deal dengan salesman ni, jadi nak cari tu aku suka cari sendiri tapi masa cuba satu model kasut tu rasa tak sedap pakai, kasut lama lagi sedap pakai. Kemudian aku cari pula model yang lain, semuanya aku cari yang warna hitam. Sampaikan ada seorang salesman tegur. Aku pun ceritakanlah masalah aku nak dapatkan kasut comfort untuk pakai harian dan untuk berjalan jauh. Barulah dia suggestkan model GOwalk ni. Dia kata untuk design memang agak kurang sikit tapi untuk comfort dan untuk guna lama memang inilah yang paling bagus. Untuk cushion dalam kasut ni menggunakan goga mat, ada satu lagi jenis menggunakan memory foam. Sebenarnya memory foam pun bagus tapi sesuai untuk kasut yang pakai sekali sekala. Kalau beli untuk lenjan hari2 adalah lebih baik pakai yang goga mat.   

Satu lagi perkara yang aku minat untuk kasut baru ni ialah lubang tali dia. Ada lubang biasa dan ada support macam tali yang dijahit terus pada body kasut. Pada ada bagus sebagai extra support & kurang merosakkan body kasut untuk tempoh lama. Aku rasa setakat ini sahajalah review kali ini. Aku expect untuk pakai kasut ini sehingga Mac 2026 sekiranya umur panjang. Enjoy gambar2 di bawah.    

1. Sewaktu mencuba kasut di kedai Skechers Design Village

2. Saiz 9 US, nasib masih ada saiz.

3. Kotak yang menarik


4. Sebelum test kita ambil gambar kenangan dulu

5. Tag ni boleh cabut ya

6. Skechers GOwalk

7. Made in Vietnam

8. Hensem tak?

 

Sekian, terima kasih.

Rabu, Mac 01, 2023

Preparing for Ramadan

Permandangan Jalan Raya Di Waktu Subuh

Ibn Rajab said: "It was said about fasting in Sha'ban that observing it is like practicing for fasting in Ramadan. So, one does enter into the fasting in Ramadan with hardship and discomfort, for he will have practiced fasting and become accustomed to it. Similarly, experiencing the sweetness of fasting in Sha'ban will help fasting in Ramadan with greater enthusiasm, and so one enters into fasting in Ramadan with strength and energy [Latai'f al-Ma'arif].