Rabu, September 06, 2023

Bersarapan Roti Canai Banjir

Roti canai kuah banjir

Assalamualaikum semua. Harap dah bersarapan semuanya pagi ini. Tak nak lah nanti orang kata kita asyik nak menunjuk2 kita makan apa. Makanan pula tu yang mahal2, viral2 semuanya. So pagi ni nak tunjuk roti canai kuah banjir dan teh tarik secawan.

Ada sebenarnya orang macam tu, jenis semua orang pos tak kena dengan hawa nafsu dia. Yang hairan tu orang yang mengepos content ni tak mintak pun dia tengok pos tu kan. Dah dia tengok dia pula yang komplem macam2.

Bukan setakat ada malahan banyak sebenarnya di media2 sosial. Nasib baik di blog2 ni kurang yang berperangai macam ni. Blog2 ni lebih aman biasanya selagi kita tak pos benda2 yang betul2 kontroversi. Kebanyakannya komen dengan penuh sopan santun.

Yang jenis silent reader yang hanya suka baca tu tak apalah, penulis biasanya tak kisah pun siapa nak baca. Mostly orang yang mengepos di blog ni juga ada orang yang membaca blog. So lebih memahami antara satu sama lain. Semakin hari crowd blogging ni dah nampak semakin meriah semula. Mungkin telah ramai yang mula beralih arah dari sosial media yang ramai orang busy body tak bertempat.

25 ulasan:

  1. anak anak saya memang peminat roti canai telur.. banjir... sekarang ada pulak roti canai sarang burung...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sarang burung tu pun menarik juga untuk dicuba.

      Padam
  2. Nampak betul-betul banjir tu 😀

    Setuju, sebab tu saya suka blog. Aman tenteram, bebas.
    Saya perasan jugak sekarang dunia blog kembali meriah. Seronok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah kan. Semoga crowd blogging community akan bertambah dari masa ke semasa.

      Padam
  3. roti canai mmg sedap kalau banjir dgn kuah..lg best kalau letak 2 biji telur setengah masak atas tu..perghhh...

    BalasPadam
  4. saya sudah pencen untuk lepak di media sosial tapi masih merayap di blog-blog orang...post di blog lebih privacy dan komen pula boleh ditapis...kalau ok lepas dan tak ok tak lepas la jawabnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hajat hati memang nak pencen dari medsos, tapi itulah takut pula tertinggal update family dan kawan2.

      Padam
  5. Sedapnya roti canai kuah banjir. setuju dgn fzy, kalau ada telur goyang atas tu memang boleh licin pinggan dibuatnya 👍🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus betul meracun, lepas ni boleh cuba minta telur goyang atas tu.

      Padam
  6. Aisssh abaaang, sedaaapnya roti canai tuh 😍😍😍😍😄. Sarapan saya tiap kali ke Malaysia. Kadang roti telur, kadang canai. Kalo anak saya prefer nasi lemak. Canai dan teh tarik, dahlah, tak terpisahkan, memang harus padu mereka 🤣👍

    Orang2 yang suka julid dan omong tak ditapis, hempaskan saja 😅. Saya suka anggab, orang seperti itu hanya iri 😄😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya roti canai memang pilihan untuk bersarapan di sini. Dulu2 hanya ada roti canai dan roti telur, sekarang dah diperbagaikan menunya. Asal roti canai ini dari India, mungkin sebab itu di Indonesia kurang ada. Cuma kalau diberi pilihan roti canai Melayu biasanya lebis sedap berbanding roti canai mamak (India). Kuah dhalnya ditambah dengan sambal.

      Padam
  7. Roti canai apa mirip roti jala ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ga sama tu, roti canai lebih kental teksturnya. Roti jala berlubang2.

      Padam
  8. semoga dunia blog akan kembali meriah spt 10 thn lps. the more the merrier!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Abang Kie. Cumanya generasi baru sekarang ni rasa susah nak minat berblogkan?

      Padam
  9. Makan kegemaran rakyat Malaysia tak kira pagi atau malam. Roti canai.. Yummy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul, menu pilihan bila time kering juga ni.

      Padam
  10. blog ni tempat lepak minda...tak nak serabutkan fikiran dgn mcm2 kerenah socmed hari ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betullah, blog lebih bagus untuk kesihatan mental. Ada masa baru ronda2 blog orang.

      Padam
  11. Favourite jugak ni roti canai banjir + teh tarik..Layan...

    Betul, lagi suka nak tulis apa-apa kat blog, aman sikit. Yang dtg komen pun hat elok2 je..kalau kat soc media tu, ramai sgt busybody..betul lah kita yg post, diaorang plak yg panas..klu tak suka tgk post kita tu, scroll laju2..tapi tak..tetap juga nak tgk pastu kata macam2 kalau post kita tu tak kena dgn mata dorang..

    BalasPadam
  12. Saya sampai sekarang tak pandai nak makan roti bajir macam ini.. Tapi suka je tengok orang update pasal makanan.. syok baca.. kalau viral, adapeluang saya gi cuba pula.. gitulah..

    BalasPadam