Jumaat, Disember 22, 2023

New Skechers Men GOrun Consistent Shoes - 220035-BKW

Assalamualaikum dan selamat pagi. Catatan pagi Jumaat ini adalah berkisar tentang sepasang kasut yang baru dibeli secara online dengan harga yang lebih murah dari harga pada laman utama dan juga yang di kedai. Rupa2nya di platform Tiktok banyak sekali tawaran2 produk dengan harga yang murah. Dah lama sebenarnya duk tengok2 dah akhirnya terbeli juga sepasang. Ini adalah kasut ketiga jenama Skechers yang aku beli. Sebelum ini aku gunakan kasut Skechers sebagai kasut kerja. Pekerjaan aku memerlukan aku untuk banyak berjalan dan aku perlukan kasut yang senang disarung. Jadi untuk keselesaan sepanjang hari jenama ini menjadi pilihan walaupun harganya agak mahal.

Bila ternampak tawaran harga yang berbaloi terus sahaja aku beli, cumanya berbeza dengan beli di kedai kita boleh pegang dan belek2 kasutnya. Pembelian secara online ini hanya dapat lihat gambar dan baca review2 pembeli yang lain. Disebabkan dah tahu saiz dan jenama pun sama dengan kasut terdahulu, tidaklah risau sangat sekiranya tidak ngam. Biasanya kalau jenama sama, fesyen kasut pun sama maka saiz akan sama juga.

Kebetulan hujung minggu ini akan ada gethering family day di Carpe Diem Camp di Serendah. Rancangannya nak try pakai kasut baru ni. Banyak kasut2 lama yang dah tidak boleh dipakai lagi. Pagi tadi sebelum pergi kerja aku dah buang 4 pasang kasut. Aku selalu jadikan rutin, bila kita beli sesuatu yang baru, kena buang yang lama supalaman web Skechersya rumah tidak akan penuh dengan barang2 yang tidak lagi hendak dipakai. Berikut maklumat tentang kasut ini dari laman web Skechers.

Description:

Find total comfort on everyday runs and workouts wearing Skechers GOrun Consistent™. This lace-up running and training style features a breathable mesh upper, responsive ULTRA LIGHT cushioning, and an Air-Cooled Goga Mat™ cushioned insole.

Features:
- Lightweight, responsive ULTRA LIGHT midsole cushioning
- Air-Cooled Goga Mat ™ breathable insole with high-rebound cushioning
- Ortholite ® comfort foam insole layer adds long-term cushioning and high-level breathability with 5% recycled rubber content
- Skechers M-Strike ® technology promotes efficiency in each stride. This midsole configuration creates smooth transitions from landing to toe-off.
- Breathable athletic mesh and synthetic upper
- Parametric midsole construction for support and stability
- Machine washable
- Skechers GOrun ® logo detail 


US9.

Selamat berkhidmat.

Tapak lebih tebal kerana ini dari siri GOrun.

Bolehlah buat briskwalk, jogging dan lari.

Dari segi design mungkin kurang tetapi keselesaaan dan ketahanannya yang diharapkan.

Sekian dahulu, jangan lupa memperbanyakkan selawat pada hari ini.

Rabu, Disember 20, 2023

Kenang Kembali Kenangan Umrah 2015

Assalamualaikum dan selamat malam. Dah malam baru dapat membuat catatan pada blog ini. Rasa seperti telah lama pula tidak membuat catatan di sini, hampir seminggu tiada catatan baharu. Catatan ini merupakan catatan kelima untuk bulan Disember ini. Mungkin agak sibuk sedikir pada minggu ini. Hari ini aku ada bengkel untuk menghasilkan polisi bencana untuk hospital tempat aku bekerja. Esok sehari lagi berbengkel. Sebenarnya minggu depan aku bercuti seminggu, makanya banyaklah perkara yang perlu diselesaikan dahulu.

Catatan kali ini hanya nak mengenangkan kembali kenangan umrah pada tahun 2015. Pada ketika itu aku berumrah bersama isteri dan kedua orang tuaku. Bersyukur betul dapat membawa mereka yang telah tua itu mengerjakan umrah. Abah (rahimahullah) pada ketika itu telah pun kurang sihat. Bagaimana pun sepanjang mengerjakan umrah itu kesihatannya baik sekali. Ada ketikanya dia bersendirian ke masjidil haram kerana kami bertiga pergi ziarah di luar kota Mekah. Trip umrah itu juga bersekali dengan ziarah ke Istanbul 2-3 hari. Banyak luang masa bersama abah dan emak pada ketika itu. Banyak juga kenangan2 peribadi yang tidak akan dilupakan.

Di sana kadang kala aku suka nak bertegur dengan orang2 di sana. Aku suka untuk sembang2 ringkas. Antaranya ada orang yang pada fikiranku adalah orang asal afrika, pekerjaannya adalah menjual bertih untuk orang beri makan burung merpati. Antara dialognya aku bertanya dia berasal dari mana, dia hanya menjawab dia muslim. Aku tidak berpuas hati dengan jawapannya lalu aku bertanya lagi dengan lebih spesifik, kali ini dia menjawab "ardullah", maksudnya bumi Allah. Akhirnya aku mengalah lantas membuat aku terfikir bahawasanya seluruh umat Islam itu sebenarnya satu ummah, hanya kita yang membeza2kan orang itu berbangsa itu, berasal dari negara itu. Sebetulnya keseluruhaan umat Islam adalah satu ummah dan benar seluruh bumi ini adalah milik Allah. Hanya manusia yang mewujudkan batasan2 negara. Batasan2 negara inilah yang menyebabkan Palestin tidak mendapat pembelaan sepatutnya dari negara2 "Islam" yang mengelilingi Israel. Semuanya kerana kepentingan dan kedudukan sementara. Tidaklah menghairankan jika negara mereka juga akan hancur menjadi debu2 seperti di Gaza.

InsyaAllah, jika diizinkan Allah aku dan isteri akan mengerjakan umrah pada awal tahun 2024. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami. Setakat ini dahulu untuk catatan kali ini. Hingga bertemu lagi dilain catatan.

Kagum apabila pertama kali melihat clock tower.

Inilah pemuda yang aku tanya di mana asalnya dan dia menjawab dia dari bumi Allah

Pada ketika ini pembangunan sedang pesat dijalankan jadi telah diwujudkan mataf sebagai tempat tambahan untuk tawaf mengelilingi Kaabah.

Abah yang dah lama tak memandu panik apabila duduk di sebelah kanan, sebetulnya pemandu di sana di sebelah kiri. Berbeza dengan di Malaysia.

Ada orang datang membawa ziarah ke luar kota Mekah.

Cantik sekali lampu ini di waktu gelap.

Setakat ini dahulu, sekian.
 

Khamis, Disember 14, 2023

Majlis Perpisahan Boss2 IT JKNPP

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini saya ingin membuat catatan berkenaan Majlis Perpisahan Boss2 IT JKNPP. Majlis telah dibuat di JEN Hotel Penang yang letaknya berdekatan dengan KOMTAR pada 12 Disember lalu. Berita aktiviti kenaikan pangkat gred F44 ke F48 telah lama diperkatakan namun seperi tiada muncul2 hingga pada awal bulan ini barulah surat kenaikan pangkat diterima. Sebenarnya ada 3 orang pegawai yang naik pangkat tetapi yang seorang lagi tu baru sahaja dapat bertukar ke jabatan yang berdekatan dengan rumahnya, jadi beliau menolak kenaikan pangkat kerana penempatannya jauh ke Putrajaya.

Tahniah diucapkan kepada boss2 yang naik pangkat kali ini. En Fauzi yang sebelum ini bertugas di JKNPP bertukar naik pangkat ke PTG Pulau Pinang manakala En Safwan pula ke Kementerian Dalam Negeri. Majlis dihadiri staf2 IT JKNPP dan juga dari hospital2. Sedap juga menu2 di Jen Hotel Penang. Untuk lunch kadar yang kami perlu bayar ialah sebanyak RM60 seorang. Rasanya susah nak jumpa kadar sebegini bagi hotel2 di sekitar Penang ni. Tempat2 mereka ada yang telah diisi dan ada yang belum diisi. Setakat ini bagaimanapun masih terdapat kekosongan 2 jawatan F44 iaitu satu di JKNPP dan satu di Hospital Pulau Pinang.

Satu benda yang perlu dirisaukan bila kerja kerajaan ini kita akan bila2 sahaja akan ditukarkan ke jabatan lain walaupun bukan sebab kenaikan pangkat. Jadi masalah bagi yang berkeluarga dan yang tak boleh nak move semua sekali, maka banyaklah yang PJJ. Aku sendiri PJJ kerana isteri bertugas di Putrajaya bermula tahun ini. Semoga Allah beri ketabahan dan memudahkan kehidupan orang2 yang PJJ dalam mencari rezeki.

Ahad, Disember 10, 2023

Perompak Homestay Diserbu Polis (Trauma)

Assalamualaikum dan selamat beristirehat bersama keluarga. Aku sebenarnya masih lagi trauma kerana baru terjadi satu peristiwa besar dalam keluarga. Aku sebenarnya ada menguruskan homestay di Gombak bersama adik beradik, emak juga membantu serba sedikit. Aku dalam dilema sebenarnya sama ada perlu perkara ini dicatatkan pada blog ini atau tidak. Bukan apa risau kerana perkara ini melibatkan keselamatan keluarga. Namun, setelah difikirkan aku akan catatkan secara ringkas sahaja tanpa maklumat2 terperinci. Semuanya bermula pada hari Jumaat lepas.

Sewaktu aku sedang berjalan kaki balik dari masjid untuk solat Jumaat tiba2 ada satu panggilan masuk bertanyakan tentang homestay availability pada hari Jumaat itu. Orang itu macam terdesak sahaja. Aku pun check dengan adik beradik untuk confirmkan walaupun dalam kalendar memang nampak kosong. Orang tu katanya ada kerja yang belum diselesaikan, itu yang nak masuk urgent. Bila kosong aku pun minta details dan pembayaran untuk satu malam. Dalam pada menunggu tu tiba2 ada orang lain sampai  ke homestay. Mulanya memang tak bagi masuk tetapi bila tengok dah masuk deposit maka diberikanlah kunci. Yang masuk awal ni adalah 2 orang iaitu seorang lelaki dan seorang wanita. Orang yang awal booking masih belum sampai kerana katanya ada urusan belum selesai di JPJ.

Tiba2 dalam waktu Maghrib, kakak sulung hantar voice message katanya orang yang menginap tu perompak. Kelam kabutkan bermula dari masa tu sampai ke tengah malam dan berlanjutan sampailah ke saat ini. Dipendekkan cerita polis telah menangkap perompak itu di homestay kami, sewaktu tangkapan tiada yang menyedarinya dan hanya setelah selesai baru polis memberi tahu. Katanya 2 telah ditangkap dan seorang masih bebas pada ketika itu. Kakak kedua bersama suami ke IPD Gombak untuk membuat laporan. Bila disemak tinggalan orang itu, ada dijumpai dapur dadah. Menurut polis mereka memang orang yang dikehendaki oleh pihak polis dan telah banyak tempat mereka rompak. Modus operandinya ialah, sewa homestay dan curi barang2 dari dalam homestay. Untuk homestay kami televisyen telah diangkatnya dan walaupun televisyen itu ada tetapi ia dibawa ke sebagai bukti kes. Macam mana polis tahu perompak itu menginap di homestay kami tidak dapat dipastikan, mungkin polis telah mengekori mereka sebelum ini atau mungkin seorang ditangkap diluar homestay dan memberitahu keberadaan mereka tinggal di homestay itu. 

Susah juga nak bisnes kecil2an begini, ada sahaja orang jahat nak ambil kesempatan. Nasib baiklah tiada berlaku perkara2 yang lebih buruk. 

Jumaat, Disember 08, 2023

Tragedi Pembunuhan Kanak-kanak Autisme Zayn Rayyan

Assalamualaikum dan selamat pagi Jumaat. Pagi ni rasa nak membuat catatan sedikit pada blog ini. Dari malam tadi duk rasa nak menulis pasal tragedi pembunuhan kanak-kanak autisma bernama Zayn Rayyan yang berumur 6 tahun. Sebelum itu seperti biasa aku akan set alarm bangun tidur pada jam 5 pagi, dari pukul 5 tu main snooze2 sampailah ke jam 5.30 baru turun dari katil. Mandi2 dan terus bersiap dengan dressing untuk pergi kerja walaupun sebelum itu nak ke surau dahulu untuk solat Subuhnya. Hari ini berbaju Melayu warna biru cair. Pada hari Jumaat adalah disunatkan untuk berpakaian dengan pakaian yang terbaik. Dalam konteks di tempat kita baju Melayu ini dikira pakai yang baik kerana ia biasanya hanya dipakai dalam perayaan, majlis2 dan waktu solat. 

Selesai Subuh biasanya aku akan baca Al-Quran dahulu sambil menunggu anak bersiap ke sekolah. Biasanya aku akan baca 1/2 juzu' selepas Subuh dan 1/2 juzu' lagi selepas Maghrib supaya dalam sebulan dapatlah diselesaikan bacaan Al-Quran sebulan sekali seperti anjuran Nabi SAW. Setelah menghantar anak ke sekolah, disebabkan masih awal jadi sempatlah aku singgah bersarapan pagi dahulu. Pagi ni bersarapan nasi lemak dan teh tarik. Agak heavy juga sebab planning nak skip lunch heavy tengah hari nanti. 

Singgah bersarapan.

Berbalik kepada anak syurga Zayn Rayyan ni, dia telah dilaporkan hilang dua hari yang lepas. Operasi mencari dilakukan di sekitar kawasan rumahnya (kalau tak silap rumah pangsa). Mayatnya ditemui di anak sungai kira2 200 meter dari kawasan rumahnya. Pada peringkat mula tidak disebut kematiannya adalah kerana dibunuh kerana pada waktu itu bedah siasat belum dilakukan. Satu lagi disebabkan dia ni berpenyakit autisma maka ramai yang beranggapan ianya mungkin disebabkan kemalangan sendiri. Jadi bila tahu dia dibunuh ramai yang terkejut, lebih bersimpati dan takut. Sehingga ini masih belum ada petunjuk dan hanya keluarganya sahaja disoal siasat. Satu yang menarik dikhabarkan tempat mayat dijumpai itu telah berkali2 dilalui dalam operasi mencari. Apa pun kita doakan agar keluarganya tabah atas kehilangan ini dan diharapkan pembunuh akan diadili dengan hukuman bunuh juga.

Isnin, Disember 04, 2023

Buah Tangan Dari Bangkok: Dried Kiwi Fruit

Buah kiwi kering di dalam balang.

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Selamat kembali berweekdays. Hujung minggu baru ni tak sempat nak catat apa2 pada blog ini. Berkenaan blog ini bukan sahaja aku suka membuat catatan di blog tetapi juga aku suka baca catatan orang lain. Selain itu aku juga baca komen2 pada catatan2 blog, tak kiralah ianya blog sendiri atau blog rakan2 blogger. Aku sebenarnya kagum bila orang memberi respond pada setiap catatan, banyak komen2 aku aku baca adalah komen yang membina, ada yang komennya suka panjang2 dan ada juga yang membuat komen dalam bentuk pertanyaan. Biasanya bila aku meninggalkan komen aku akan tick pada kotak untuk terima juga komen seterusnya pada email. Jadi selain dari baca catatan aku juga membaca komen pada blog dan juga komen2 seterusnya pada email.

Nak update sikit berkenaan buah kiwi kering untuk catatan kali ni. Entah macam mana aku jadi suka pula dengan buah kiwi kering ni. Sebelum2 ni memang suka tapi akhir2 ni dan jadi macam mesti kena ada di rumah pula. Ada yang aku beli di Kedai Buku Hasani, ya kedai buku ini ada juga menjual sedikit barang makanan dan salah satunya dried fruit. Ada juga yang aku beli di Mydin cuma yang di Mydin ni tak berpack lagi dan perlu timbang. Aku tiada masalah sebenarnya untuk beli yang jenis timbang ni cuma aku concern tentang container yang digunakan. Nampak tidak betul2 kedap, bukan apa takut2 ada serangga sahaja. Jadi Mydin sepatutnya guna bekas yang lebih sesuai kerana orang2 macam aku ni ramai sebenarnya haha.

Hari Sabtu baru ni puan isteri bawa balik buah kiwi kering ni satu pack dari Bangkok. Jauh dia membeli kudapan kegemaran ni. Buka bungkusan langsung aja aku masukkan dalam balang plastik. Bolehlah buat makan2 di ruang tamu. Berkenaan khasiatnya kiwi terkenal dengan kandungan vitamin c yang tinggi. Cuma bila dah dikeringkan sebegini tidak pasti pula sama ada kandungan vitamin c nya masih kekal atau sudah berkurang, nanti kita buat kajian berkenaan hal ini. Harap2nya masih berkhasiat dan memberi manafaat kepada kesihatan.

Sekian dahululah catatan untuk kali ini. Terima kasih.