Selasa, Mei 21, 2024

World Meditation Day and May 2024 Challenge

Assalamualaikum dan selamat malam. Sejak kebelakangan ni masa yang digunakan untuk membuat catatan di blog dah bertukar kepada waktu malam pula nampaknya. Biasanya sebelum-sebelum ini akan buat catatan pada waktu pagi. Sebenarnya sedang ada task kerja yang agak mendesak sekarang ini, jadi biasanya pagi-pagi dah berserabut dengan kerja. 

Untuk catatan kali ini cuma nak kemaskini sikit tentang 2 challange pada Apple Watch yang berjaya di selesaikan atau unlocked dalam masa terdekat ini. Yang menariknya hari ini 21 May adalah hari meditasi sedunia. Mungkin kurang mendapat perhatian di negara kita. Konsep meditasi juga agak kurang kena dengan Islam kerana dalam Islam ada konsep yang lebih besar dari meditasi dalam seharian beribadah. Paling utama adalah solat. Pergerakan, ketundukan, kepatuhan, pujian, pengharapan dan penghambaan kepada Allah itu semua adalah bentuk meditasi dalam Islam. Ia boleh juga dihuraikan sebagai kesedaran bahawasanya kita ini dijadikan semata-mata untuk beribadah kepada Allah sama ada ibadah zahir (5 rukun Islam) atau ibadah batin (6 rukun Iman). Selain dari solat, ibadah seperti puasa, 'iktikaf, do'a, zikir, tafakkur (muhasabah), bersyukur, menyendiri, membaca AlQuran dan mengkaji isinya semuanya perbuatan yang mendekatkan diri kita kepada Allah. Mungkin sebab itulah hari meditasi kurang disedari dalam kalangan masyarakat. 

Apapun aku dah selesaikan task-task yang mudah untuk unlocked medal World Meditation Day yang cantik ni. Selain itu cabaran untuk bulan Mei juga berjaya diselesaikan. Agak desperate juga nak unlock cabaran bulan Mei tu kerana bagi bulan April, cabarannya tak berjaya diselesaikan. Kalau banyak cuti agak susah nak selesaikan biasanya. 

Setakat ini sahaja dahulu yang dapat dikongsikan dalam catatan kali ini. Semoga bermanafaat kepada semua.

   

Medal World Meditation Day 2024.

 
May 2024 Challange.

Sekian dahulu, hingga ke catatan seterusnya InsyaAllah.

13 ulasan:

  1. Tahniah sdr...ya, betul, konsep ibadah dlm Islam lg kuat & menyeluruh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya dengan ibadah yang telah ditunjukkan Nabi sudah cukup untuk kita menjaga kesihatan mental dan rohani kita.

      Padam
  2. Alhamdulillah, semua task dah selesai :D,.. tahniah..

    BalasPadam
  3. Tahniah berjaya selesaikan task tu

    BalasPadam
  4. Well I come to say congrates! Yeay!

    BalasPadam
  5. wih saya enggak pernah memperhatikan badge yang ada di apple watch

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah... Semoga dipermudahkan segala urusan saudara

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah... Semoga dipermudahkan segala urusan saudara

    BalasPadam
  8. 1st time dengar world meditation day...
    tahniah kerana berjaya selesaikan task tu!
    terbaik!

    BalasPadam
  9. kenapa bila cuti tak terlaksana?

    BalasPadam
  10. Tahniah berjaya selesaikan task. Cantik medal 😊

    BalasPadam
  11. Waah kalo medalnya bagus begitu, saya pun semangat nak selesaikan tasks yg diminta 😄

    Betuuul bang. Makanya saya tak tertarik dengan olahraga yoga yg mementingkan meditasi. Bagi saya kalo nak meditasi, better saya lakukan dalam cara Islam. Sementara yoga jujurnya sering buat saya bosan.

    BalasPadam