Jumaat, Mei 24, 2024

Menunggu Di Dalam Kereta Atau Menunggu Di Dalam Masjid?

Assalamualaikum dan selamat petang Jumaat. Masih belum terlambat bagi  kita memperbanyakkan selawat pada hari ini. Hari Jumaat akan berakhir apabila masuknya waktu Maghrib jadi fadhilat memperbanyakkan selawat juga akan berakhir pada waktu itu. Selepas itu pun kita boleh berselawat tetapi ibadah pada hari Jumaat tidak sama nilainya dengan hari-hari yang lain. Selain dari selawat, waktu di selepas Asar hingga Maghrib adalah waktu yang mustajab untuk berdoa.
 
Gambar yang aku masukkan dalam catatan ini ialah gambar sewaktu aku dalam perjalanan ke masjid tadi. Aku perhatikan ada yang parkir kereta di tepi jalan dan ada orang di dalamnya. Sebenarnya tidak suka juga untuk menilai orang kerana berkemungkinan seseorang itu ada urusannya sendiri yang menyebabkan dia menunggu di dalam kereta. Cuma bagi yang tiada apa-apa urusan, rugilah bila dah sampai awal ke kawasan masjid tetapi tidak rebut peluang untuk masuk awal ke dalam masjid. Begitu juga dengan orang-orang yang menunggu di wakaf-wakaf gazebo. Sepatutnya jika tiada urusan, usahakan masuk awal ke dalam masjid.
 
Pertamanya ada disebut tentang fadhilat tertentu bagi yang sampai awal dan duduk di saf hadapan. Yang keduanya ambillah peluang untuk solat sunat dhuha. Waktu untuk melaksana solat sunat dhuha paling afdhal ialah di akhir waktunya, cuma jangan sampai waktu larangan iaitu 15 minit sebelum masuk waktu Zohor. Sekiranya hampir-hampir sangat masuk waktu Zohor boleh solat tahiyyatul masjid atau solat sunat wuduk bagi yang baru lepas berwuduk. Jika ada ruang masa lagi niat ber'iktikaf, sambil-sambil itu boleh membaca Al-Quran, berselawat atau berzikir. Setakat ini sahaja catatannya pada petang ini. Sehingga bertemu lagi dalam catatan seterusnya.

13 ulasan:

  1. Mungkin diorang betul-betul ada urusan tu. Selalu jugak jumpa situasi macam ni. Tapi dalam kereta tu ada perempuan je. 😆

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau perempuan tu kita fahamlah, mungkin menunggu suami masing. Apapun sekarang ni ada juga masjid yang menyediakan ruang untuk muslimat bersolat Jumaat juga.

      Padam
  2. yg penting kita istiqamah (bagi pihak en suami saya laaa)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya istiqomah untuk membiasakan sampai awal ke masjid dan masuk ke dalam masjid.

      Padam
  3. ldy selalu tengok suasana sebegitu... sebab biasanya ldy akn ikut suami ke masjid tetapi duudk dlm kereta.. ramai lelaki2 yg suka duduk luar, dewasa, tua, anak2 remaja sama sambil isap rokok tanpa rs bersalah walaupun kami duk pandang diorang lama2 spy diorg rs bersalah tetapi bila hati dah keras pandanglah sampai terkeluar mata mrk tetap selamba sambil hembus isap rokok dengan gahnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulahkan, mungkin kena ada lebih ramai lagi yang memandang janggal perbuatan merokok di luar masjid tu.

      Padam
  4. Mungkin ada alasan tertentu. Entahlah sebab peel orang ni lain-lain kan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada urusan penting oklah untuk diuruskan dahulu.

      Padam
  5. ada orang tak selesa dalam masjid dan saya tiada jawapan untuk sebab tersebut...yang saya tahu duduk dalam rumah Allah dapat pahala secara mudah kerana niat iktikaf

    BalasPadam
  6. Di sini pun ramai yg begitu bang. Ntahlah apa urusan mereka sampai tak buru2 masuk ke mesjid.

    Kadang malah sengaja dilambat2kan, masuk saat sholat dah mau mulai

    BalasPadam
  7. rugi kan tak merebut ganjaran pahala yg banyak beribadah dlm masjid apalagi di hari Jumaat...mungkin mereka dgr ceramah agama dlm kereta atau qailulah...bersangka baik..hihi..

    BalasPadam
  8. rugi kan tak rebut ganjaran pahala yg besar beribadah dlm masjid..apalagi di hari Jumaat..

    BalasPadam