Rabu, Mei 15, 2024

Yang Ditunggu Sudah Tiba; Seragam Halaqah Silsilah Ilmiah (HSI)

Assalamualaikum semua, malam ini nak kemas kini sedikit catatan di sini. Ianya berkenaan dengan seragam Halaqah Silsilah Ilmiah yang aku beli secara online. Dalam beberapa catatan terdahulu ada aku sebut yang aku sedang mengikuti satu program belajar agama secara online. Nama programnya ada Halaqah Silsilah Ilmiah atau ringkasnya HSI. Program ini disusun oleh Ustaz Dr Abdullah Roy, seorang yang punya kelulusan PhD dari Universiti Islam Madinah. Beliau merupakan salah seorang dari beberapa orang sahaja yang diberi kebenaran untuk mengajar di Masjid Nabawi sebelum ini. 

Mula sertai program ini lebih kepada cuba-cuba sahaja tetapi lama kelamaan rasa sesuai pula kaedahnya. Tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan kaedah belajarnya. Jika ada yang berminat untuk belajar boleh ke mendaftar di daftar.hsi.id. Walaupun bahasa pengantarnya adalah Bahasa Indonesia namun bagi orang Malaysia, Singapura, Brunei dan selatan Thailand bahasanya agak standar jadi boleh difahami dengan mudah.

Awal bulan Mac lepas meraka ada iklankan baju khas untuk penuntut semasa program ini. Bila aku tengok iklannya terus tergoda dengan bajunya, designnya unik seperti kemeja + parka warna kelabu gelap. Menarik sekali untuk buat pakai-pakai sama ada ke surau atau dijadikan seperti jeket. Kainnya nampak seperti tebal tetapi sebenarnya tidak tebal, sesuai dipakai pada hari yang panas pun. Kainnya jenis ripstop yang banyak digunakan dalam ketenteraan. Lama juga nak sampai baju ni lebih 2 bulan juga menunggu tetapi berbaloilah. Hampir sahaja rasa seperti mungkin kirimannya tidak sampai atau hilang di dalam perjalanan. Apapun yang penting daripada kita bersangka begitu adalah lebih baik kita berdoa supaya selamat sampai. 

Sewaktu nak membuat bayaranya juga masalah kerana perlu bank in ke bank di Indonesia, sedangkan untuk transfer terus perlu capai kadar minima sedangkan baju in tidak sampai pun. Nasib baik ada berbaik dengan pembantu mutawif sewaktu mengerja umrah pada Januari lepas. Dia asal Indonesia tetapi menetap di Batu Pahat. Bila ditanya, lega bila dia mahu membantu. Semoga Allah membantunya selalu. Setakat ini sahaja catatan kali ini, hingga bertemu lagi dicatatan seterusnya.

  

Bersulam HSI

Banyak poket baju ni, ada yang tersembunyi.

Sampai-sampai terus cuba kerana teruja.

Saiznya seperti saiz biasa pakai iaitu L.

Pembungkus pun ada logo.

Kali pertama terima bungkusan menggunakan kurier Aramex.

Sekian, selamat malam.

11 ulasan:

  1. nampak bagus kualiti baju tu...i ada few times beli bj dari seller indonesi tapi via shopee ajer...memang cantik2 bj yg i beli (baju kebaya sulam)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak pilihan di sana. Mostly local made yang tak branded banyak di sana.

      Padam
  2. Mudah sekarang ni nak menuntut ilmu, tak perlu merantau jauh nak belajar cukup sekadar di hujung jari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, tinggal lagi mahu atau tidak sahaja.

      Padam
  3. cantik bajunya.. bagus juga kelas online sebegini kan... xde alasan untuk tidak belajar dengan adanya teknologi sekarang.. huhuhuhu

    BalasPadam
  4. Orang segak memanglah nampak segak bila pakai.... terbaik

    BalasPadam
  5. Rapiiiu jahitan sulam dia 👍. Memang kirim uang ke luar negara ini susahnya Krn mahal biaya 😂😂. Kemarin itu saya minta bantuan teman di KL utk buatkan Visa Georgia, Krn pembayaran dari indonesia gagal terus. Harga visa hanya usd25. Tapi biaya kirim uang usd30 😂😂. Tak ada pilihan, apalagi Krn teman saya walaupun dia orang Indonesia, tapi dah lama sangat di Malaysia, dan tak punya rekening di Indonesia pula.

    Mudah sekarang nak belajar ya bang. Online pun bisa. Tak ada alasan utk stop belajar

    BalasPadam
  6. Manfaatkan internet utk tingkatkan ilmu...baju pun lawa..

    BalasPadam
  7. kain dia senang tak nak hilangkan kedutan?

    BalasPadam
  8. Oh... kena cari sendiri jawapannya... bila ditanya tiada jawapan yang pasti :|

    BalasPadam