Assalamualaikum dan selamat pagi Khamis. Mungkin ramai yang berpuasa pada hari ini kerana berpuasa pada 1-9 Zulhijjah amat digalakkan kerana 10 hari pertama Zulhijjah merupakan hari yang paling agung dalam Islam. Saya ada buat catatan mengenainya pada catatan terdahulu. Catatan pagi ini ialah berkenaan perkara yang berlaku pada malam tadi. Pertamanya lepas balik dari kerja semalam aku singgah di gerai menjual satay ayam dan daging. Masa tu kedai baru nak buka dan aku adalah pelanggan pertama. Aku dapati rasa satay ayam kali ini agak pelik, aku sudah banyak kali juga membeli satay di gerai ni. Apa yang boleh aku fikirkan mungkin sataynya kurang lama dibakar kerana hendak cepat. Sepatutnya kena pastikanlah betul-betul masak dahulukan sebelum dibungkus untuk pelanggankan?
Yang keduanya sebelum Maghrib aku dapat mesej mengatakan seluar yang aku hantar untuk potong dan kecilkan sedikit kakinya dah siap, bila aku sampai di kedai selepas Maghrib sekali kedai tutup. Rupa-rupanya kedai ni buka dari jam 5 petang sampai 11 malam tetapi antara jam 7-9 malam tu ditutup. Fahamlah waktu untuk Maghrib/ makan dan Isyak tetapi pada papan tanda operasinya ditulis 5 petang - 11 malam. Dah terkeliru aku dibuatnya. Aku datang semula selepas Isyak dan ambillah 2 pasang seluar tu dengan upah RM30.
Yang ketiganya aku ke airport untuk mengambil puan isteri yang balik dari KL. Beginilah kehidupan PJJ, dia ada kerja di Perlis pada hari ini jadi dapatlah dia balik lebih awal. Hujung minggu lepas dia tak balik sebab ada kerja di Sabah, cabaran betul rasanya. Kena banyak bersabar. Dalam menunggu ketibaannya di airport tu tiba-tiba dapat mesej mengatakan ada masalah internet di hospital tempat aku bekerja. Tak lama lepas tu, masa dalam perjalanan ke rumah boss pun telefon minta tengokkan. Bila disemak perkakasan dan rangkaian semuanya nampak ok tetapi bagi user internet tidak dapat diakses. Sebelum itu ada power trip dan biasanya kalau masalah internet ni power trip adalah antara punca utama. Sedang duk troubleshoot, tiba-tiba power trip lagi. Haish jenuhlah macam ni, sampai bila pun tak akan selesai. Tetapi selepas 3 kali power trip sekali internet dah ok balik. Risau juga kadang-kadang disebabkan power trip perkakasan boleh rosak. Aku check dengan user dan selepas tu aku pun balik. Sampai rumah hampir pukul 3 pagi. Sekarang tengah kerja dengan kepala yang ting tong sebab tidur lebih kurang 2 jam sahaja.
Cantik juga di kawasan arrival Penang International Airport ni malam-malam |
Parkir bertingkat yang membantu mengurangkan masalah ketiadaan parkir. |
Seram juga suasana di hospital di waktu malam. |
Bahaya. |
Masa balik singgah beli roti dan air dahulu sebab tiba-tiba rasa lapar. Kira merangkumi bersahur sekali sebab risau tak dapat bangun macam biasa sebelum Subuh tu. |
Sekian dahulu untuk catatan kali ini.
bila internet down melibatkan power trip bertabahla...kdg2 cpt kdg2 lambat nk pulih
BalasPadamBetul tu, di premis kerajaan pendaiwaian elektrik kebanyakkannya macam rumah setinggan. Banyak penambahan dari masa ke semasa.
PadamAssalamualaukum, ya kena isi ayam mungkin tak masak lagi, masalah internet, harap berulang..
BalasPadamkalau tdo dua jam saja maka sy x dpt mengajar pd hari keesokannya.
BalasPadamBetul cikgu kalau mengajar perlukan rehat yang cukup. Sebenarnya apa pekerjaan pun.
Padamadik lelaki sy kerja maintenance hospital so tgk dia pun jenuh apatah lagi badan yg merasa. bertabahla bro~
BalasPadamSentiasa bertabah.
Padamkalau uncle stress!
BalasPadamStress perlu diuruskan uncle.
Padampower trip dengan hospital tak dapat dipisahkan...
BalasPadamBetul tu, banyak wiring yang dah lama dan tak terurus.
PadamBerita bila ada masalah begini....masa untuk tidur terpaksa dikorban
BalasPadamItulah, tidur jadi tidak cukup pula.
Padamtakde hospital yang tak seram haha
BalasPadamselamat hari raya, semoga rangkaian itenet kt hosp tu dh kembali ok..
BalasPadamowh,, HSJ... patut macam familiar... wife saya pharmacist kat sana...
BalasPadamOoh, segan pula.
Padammemang seram la kalau kena bertugas kat hosp waktu mlm hahahah
BalasPadamElektrik tak ada dgn air tak ada.. mana lebih sengsara... Kita kdg2 kena dtg hospital waktu malam selepas waktu melawat mmg sunyi sepi..
BalasPadamMemang paling tak suka kalo dah electrik mati. Perkakas listrik jadi sering rusak kalo listrik tak stabil.
BalasPadamJadi ingat dulu salah satu job desk saya harus cek ruangan server setiap pagi. Bukan masalah sebenarnya, tapi letaknya di lantai paling atas, dan paling sepi. Takuuuut 🤣🤣. Selalu ajak office boy atau security temankan tiap kali periksa ðŸ¤
Tak sabar ke Penang airport ini lagi. Akhir june akan ke Penang lagi soalnya ❤️
dah sama mcm kalau blackout. habis semua kerja2 x bleh jln. ms kt opis lama keje2 mmg bergantung pd internet. bla ada problem... haaa melangut laa masing2 x bleh buat keje...
BalasPadamke sana ke sini yg puan isteri... sm mcm mak cik sy. mggu ni kt tmpt lain. mggu dpn kat tmpt lain. keje gomen jg tu tp msk opis bleh bilang dgn jari