| Besar claypotnya. |
Bila tinggal berdua dengan akan biasanya akan beli sahaja makanan atau makan di luar. Kebetulan ada nak beli barang lain di luar jadi ajak anak makan sekali. Dia yang cadangkan untuk makan di Restoran Route 69 di Bandar Perda.
Mulanya dia nak order tomyam, aku rasa macam tak kena sahaja makan nasi dengan tomyam waktu tengah hari ni, aku pun cadang ambil set claypot ikan jenahak kari. Deal dengan si pengambil order ni macam orang baru kerja sahaja, bila tanya dia blur semacam atau slow. Aku minta isi. Last-last aku order sahaja dua set dengan dua sirap limau. Dia tanya, "nak kepala atau isi". Aku minta dua-dua isi. Malas nak deal dengan tulang kepala, lagi pun kalau nak makan kepala sedapnya makan guna tangan. Lepas order tu tak lama dia datang balik, "isi tak ada bang, yang ada ekor sahaja". Aku pun cakap ok sahajalah sebab ekor itu dikira isi jugalah.
Tak lama selepas itu makanan pun sampai, claypot besar dibawanya kerana dibuat bersekali untuk dua orang. Aku pun legalah, jangan dia bagi dua claypot yang besar sudahlah. Karinya sedap, potongan ikannya besar dan isi ikannya sedap sekali. Dari lima bintang memang boleh bagi lima bintang. Dalamnya ada banyak juga cili dan kacang bendi. Macam biasa akulah yang menghabiskannya. Jumlah semuanya lebih kurang RM35.
Selesai makan kami pun membeli barang sedikit untuk seminggu yang mendatang ini dan terus balik ke rumah. Balik rumah sahaja rehat-rehat sekejap sempat terlelap. Bila terjaga dari short nap dalam hati aku berkata, "mungkin ada something dalam ramuannya kari ni, sampai terlelap dibuatnya".
Sekian.