Sabtu, Ogos 17, 2024

Pekena Clayport Kari Ikan Jenahak Di Restoran Route 69

Besar claypotnya.
Assalamualaikum dan selamat petang semua. Selamat berhujung minggu bersama keluarga masing-masing dan manafaatkanlah waktu bersama yang ada. Minggu ni puan isteri tidak balik kerana ada kerja dihujung minggu, hujung minggu depan baru dia akan balik. 

Bila tinggal berdua dengan akan biasanya akan beli sahaja makanan atau makan di luar. Kebetulan ada nak beli barang lain di luar jadi ajak anak makan sekali. Dia yang cadangkan untuk makan di Restoran Route 69 di Bandar Perda. 

Mulanya dia nak order tomyam, aku rasa macam tak kena sahaja makan nasi dengan tomyam waktu tengah hari ni, aku pun cadang ambil set claypot ikan jenahak kari. Deal dengan si pengambil order ni macam orang baru kerja sahaja, bila tanya dia blur semacam atau slow. Aku minta isi. Last-last aku order sahaja dua set dengan dua sirap limau. Dia tanya, "nak kepala atau isi". Aku minta dua-dua isi. Malas nak deal dengan tulang kepala, lagi pun kalau nak makan kepala sedapnya makan guna tangan. Lepas order tu tak lama dia datang balik, "isi tak ada bang, yang ada ekor sahaja". Aku pun cakap ok sahajalah sebab ekor itu dikira isi jugalah.

Tak lama selepas itu makanan pun sampai, claypot besar dibawanya kerana dibuat bersekali untuk dua orang. Aku pun legalah, jangan dia bagi dua claypot yang besar sudahlah. Karinya sedap, potongan ikannya besar dan isi ikannya sedap sekali. Dari lima bintang memang boleh bagi lima bintang. Dalamnya ada banyak juga cili dan kacang bendi. Macam biasa akulah yang menghabiskannya. Jumlah semuanya lebih kurang RM35. 

Selesai makan kami pun membeli barang sedikit untuk seminggu yang mendatang ini dan terus balik ke rumah. Balik rumah sahaja rehat-rehat sekejap sempat terlelap. Bila terjaga dari short nap dalam hati aku berkata, "mungkin ada something dalam ramuannya kari ni, sampai terlelap dibuatnya".

Sekian.
 

 

8 ulasan:

  1. ikan jenahak sedap! saya selalu beli kari ikan jenahak kat restoran kari kepala ikan kat sri gombak, harga 1 pcs bhgian bdn ikan ialah rm8 tak termasuk tax, if campur tax dan bekas plastik, jd RM9.50

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa nama kedai makan tu? Kut-kut ke Sri Gombak boleh mencubanya.

      Padam
  2. kari dan ikan adalah enak banget
    ditambah dengan nasi anget pasti kombinasi yang mantap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya mas, di sini jadi trend makanan set ni. Lauknya satu sahaja namun lebih dari mencukupi.

      Padam
  3. kas kas tinggi la tuu. kari ikan memang sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Duk ingat itu juga tu. Kadang lepas makan nasi kandar pun mengantuk semacam.

      Padam
  4. Kita samaaaa, tak suka kepala ikan 😄😄🤣. Susaaah nak makan, dan saya tak suka bau dari kepala ikan. Tiap kali pesan, pasti yg saya makan bagian tengah ke ekor. Kepala urusan suami lah 😄. Nampak sedaaap nih bang. Bumbunya sampai membuat mengantuk yaa 🤭👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya sedap sekali. Di sini banyak pengaruh makanan India. Di mana-mana sahaja mesti ada lauk kari. Kepala ikan jika makan rumah lebih sesuai.

      Padam