Memaparkan catatan dengan label Sarapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sarapan. Papar semua catatan

Rabu, September 06, 2023

Bersarapan Roti Canai Banjir

Roti canai kuah banjir

Assalamualaikum semua. Harap dah bersarapan semuanya pagi ini. Tak nak lah nanti orang kata kita asyik nak menunjuk2 kita makan apa. Makanan pula tu yang mahal2, viral2 semuanya. So pagi ni nak tunjuk roti canai kuah banjir dan teh tarik secawan.

Ada sebenarnya orang macam tu, jenis semua orang pos tak kena dengan hawa nafsu dia. Yang hairan tu orang yang mengepos content ni tak mintak pun dia tengok pos tu kan. Dah dia tengok dia pula yang komplem macam2.

Bukan setakat ada malahan banyak sebenarnya di media2 sosial. Nasib baik di blog2 ni kurang yang berperangai macam ni. Blog2 ni lebih aman biasanya selagi kita tak pos benda2 yang betul2 kontroversi. Kebanyakannya komen dengan penuh sopan santun.

Yang jenis silent reader yang hanya suka baca tu tak apalah, penulis biasanya tak kisah pun siapa nak baca. Mostly orang yang mengepos di blog ni juga ada orang yang membaca blog. So lebih memahami antara satu sama lain. Semakin hari crowd blogging ni dah nampak semakin meriah semula. Mungkin telah ramai yang mula beralih arah dari sosial media yang ramai orang busy body tak bertempat.

Selasa, Mei 23, 2023

Sarapan Pagi Yang Sempurna

Assalamualaikum dan selamat pagi. Tadi sampai sahaja di pejabat terus ke kefeteria untuk bersarapan. Kali ini nasi lemak dan ayam goreng bahagian kepak atau sayap menjadi pilihan. Untuk minuman pula teh tarik selalu menjadi pilihan. Setiap orang mempunyai pelbagai pandangan berkenaan ungkapan "sarapan pagi yang sempurna". Bagi anda bagaimana?

Rabu, Julai 14, 2021

First Customer

Suasana di Restoran Subaidah Seberang Jaya

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi ni jadi pelanggan pertama di Subaidah Seberang Jaya. Puan isteri ntah macam mana boleh pula mengidam roti canai, roti canai Subaidah secara spefisikalinya. 

Jadi pagi ni lepas mandi dan tengah bersiap2 dah awal2 suruh dia standby pukul tujuh setenganh pagi untuk bersiap2 nak pi Subaidah. Waktu operasi buat masa ni bagi kedai makan ialah lapan pagi hingga sepuluh malam. Ngam2 pukul lapan pagi, sampai lah ke kedai ni. Jadi kami telah unlocked badge First Customer di Subaidah pagi ni. Kami dilayan dengan baik sekali oleh pekerja restoran. Mereka juga telah mengikut SOP COVID-19 dengan baik dan berhati2. 

Kami bungkus capati dua keping, roti telur dua keping dan roti canai 4 keping. Menang hanya bungkus atau take away yang dibenarkan sekarang, dine-in tidak dibenarkan untuk membendung penularan COVID-19. Puas hati lah puan isteri pagi ini. Ni dia tengan ada sesi video conference interview untuk kemasukan student undergraduate PPIP, USM. Aku pula work from home pagi ni, pukul 12 tengah hari baru perlu kerja di pejabat sampai jam lima petang.