Memaparkan catatan dengan label ada2aje. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ada2aje. Papar semua catatan

Selasa, Januari 12, 2010

Gambar2 dari Majlis Perkahwinan Ain...

Pada hari Sabtu 9 Januari 10, Boss & Mel telah berangkat ke Felda Palong 6, Gemas, Negeri Sembilan utk menghadiri Majlis Perkahwinan Manager terkiut ada2aje.. Cik yang kini Puan Nadzilatul Ain. Kami bertolak dari Gombak pada pukul 10 pg. Hari sebelumnya (Jumaat) kami bertolak dari USM Penang setelah selesai solat Jumaat dan sampai Gombak dalam pkl 8.30 ptg. Walaupun agak penat.. semangat mmg berkobar2 utk menghadirkan diri ke majlis yg indah lagi meriah ini.

Kami sampai di rumah ain dlm pukul 1.30tgh.. Mel sempat masuk ke bilik pengantin utk bersalaman & berpelukan dgn ain.. kemudian kami makan..lepak2 jab tunggu ain bersanding.. Masa ain tgh bersanding kami terpaksa mengundur diri kerana kami ada urusan lain yg perlu diselesaikan dan terus balik ke Gombak. Sampai Gombak pun dah pukul 9 malam... Hari Ahad pg2 kami kononnya nak balik Penang tapi singgah di IKEA.. last2 pkl 2.oo ptg baru kami gerak dari KL ke Penang.

Kepenatan mmg terasa hingga hari ini... tapi yg penting kami gembira kerana dapat juga pergi ke majlis perkahwinan Ain... Rasa amat terkilan kalau tak dapat pergi sebab Ain sentiasa ada di mana2 jemputan yang kami adakan.. Alhamdulillah.. Syukur sangat...

Semoga Ain berbahagia hingga akhir hayat di samping suami tersayang.. moga dikurniakan anak2 yg soleh dan solehah & kehidupan dirahmati Allah sentiasa... AMINN..

Kawen ain
Pengantin baru sampai.. sedang menuruni jalan yg agak curam depan rumah Ain..

Kawen ain
Pengantin sedang diarak ke arah pelamin..

Kawen ain
Lawa pelamin yg serba putih dipadankan dengan persalinan kuning diraja


Kawen ain
Cantikkan..


Kawen ain
Berseri-seri di atas pelamin

Kawen ain
Boss yg sibuk bertweet :P


Kawen ain
Kekenyangan daa.. huhu


~Faizal & Mel
p/s gambar tak bnyk..yg lain ada dlm hp boss..

Ahad, Oktober 05, 2008

Before you criticize

"Before you criticize someone, you should walk a mile in their shoes. That way, when you criticize them, you're a mile away and you have their shoes."











p/s: cilok dr post kaklong kat ada2aje group.

Ahad, Ogos 10, 2008

Selamat pengantin baru - Rasis & Yusliana



Tahniah buat Rasis & Yusliana, moga berbahagia selalu. Rasis merupakan salah seorang member online (ada2aje). Lebih banyak gambar di sini. Gambar ihsan hantukacak.

Ahad, Jun 29, 2008

Selamat pengantin baru Ayu & Azmir




Selamat pengantin baru ducapkan, moga berkekalan. Kepada member2 ada2aje, terima kasih diucapkan, seronok jugak laa. Lebih byk pics di sini.

Sabtu, Mei 17, 2008

Kucing dan tikus punca penduduk bergelap

Macam-Macam: Kucing, tikus punca penduduk bergelap:
"TIRANA: Seekor kucing yang mengejar tikus di sebuah stesen jana kuasa menjadi punca terputusnya bekalan elektrik selama 72 jam di kebanyakan kawasan di ibu negara Albania, kata jurucakap syarikat bekalan elektrik, semalam.

“Seekor kucing dan tikus berlari sehingga masuk ke kabel bervoltan tinggi, kata jurucakap syarikat itu sambil menunjukkan gambar haiwan itu terkena kejutan elektrik.

Katanya, mereka mengambil gambar itu kerana kejadian seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini. - Reuters"

Rabu, Mac 12, 2008

Lelaki dakwa leteran isteri punca mati pucuk

Lelaki dakwa leteran isteri punca mati pucuk:
ROME: Seorang lelaki Itali menuntut ganti rugi sebanyak �140,000 (RM952,000) selepas mendakwa kekerapan isterinya berleter menyebabkan dia mengalami mati pucuk.

Sergio Vinucci, dari Parma, mengemukakan bukti perubatan di mahkamah yang menyokong dakwaannya bahawa leteran isterinya menyebabkan dia amat tertekan dan membawa kepada masalah mati pucuk.

“Dia cuma tahu merungut. Ini menjadi punca saya amat tertekan dan hilang kemampuan sebagai lelaki. Saya mahukan pampasan,” katanya. - Agensi
Link

Rabu, Januari 23, 2008

Saudara Johan Mansur bertanya

Saudara Johan Mansur bertanya bekenaan blog RANDOMNESS:

cammana nak cross-blogger?
-nak buat auto post kat multiply ke? kalau yer,
gi sini http://multiply.com/setup/advanced-posting
tick bawah sekali Cross-Posting. masukkan login blogger, kalau x silap sama dengan login gmail.
-port lain yg boleh buat cross-posting ialah dekat facebook, kalau nak set nnt sy ajar.

setiap kali post kat blog, ia akan ada kat group emel...
-ke group terus susah sikit, baik set hantar ke email dulu, bolehlah edit2 dulu. pastu baru fwd ke mana2 group.
gi ke http://www.blogger.com/
gi ke settings - email - kat BlogSend Address masuklah email address bro johan
senanglah nak emailkan kemana2, x yah nak copy paste.

statcounter faizal cecah 1400 daily, camane nak wat jd cam tu?
-ni susah sikit nak citer, byk faktor2 antaranya
jumlah posting yg byk (1,895 Posts sehingga kini) - kena maintain, selalu update.
pagerank kat search engine boleh tahan, so kalau org search blog faizal appear lah kat first page

Selasa, Januari 22, 2008

Al-Fatihah

Dukacita dimaklumkan anak kepada Pak Mus (rakan group ada2aje) iaitu Syauqi Putra atau Oki, telah terlebih dahulu kembali ke rahmatullah pukul 11.20pm tadi. Semoga Pak Mus sekeluarga tabah menghadapi situasi ini. Allah lebih mengetahui apa yg terbaik untuk hamba-hambaNya. Al-Fatihah.

Post berkaitan: Ada pilu dihati ini....