Memaparkan catatan dengan label mel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mel. Papar semua catatan

Selasa, November 09, 2010

40 perkara yang Eryna dah pandai

Sempena 4 bulan Eryna Zulaika. Posting ini adalah kolaborasi dengan Mel.


  1. Dah pandai pusing badan dari terlentang ke hampir meniarap - Yang ni baru je dapat tgk tadi, belum 100% perfect lagi.
  2. Dah pandai gelak terkekeh2.. kalau usik perut, best dengar Eryna gelak.
  3. Dah pandai tengok orang dari jauh.. kalau tengok papa kat luar kereta dan Eryna dalam kereta kepala dia ikut sampai 180darjah.. 
  4. Dah pandai tarik kabel iPhone.. kabel tu letaknya sebelah katil dia.. tangan dia dah pandai capai dan main dgn tali kabel tu, terpaksalah letak jauh-jauh..
  5. Dah pandai merengek-rengek manja... tp x keluar air mata.
  6. Dah pandai membebel bababa sebab nak susu.
  7. Dah pandai x cukup susu  sebotol kecik, nak kena bancuh lagi seround.
  8. Dah pandai tidur kat katil baby sepanjang malam.
  9. Dah pandai tidur mcm org tua, bangun sekali shj sementara pagi. Sekali sekala shj ni.. Biasa lebih dari sekali.
  10. Dah pandai nak jalan2, duk rumah lama2 asyik nk nangis, bawak berjalan senyap je good girl ni..(sebab mommy dan papa dia kuat jalan kot.. huhu)
  11. Dah pandai control tangan, awal ritu tgk tangan sendiri sampai juling2 nak bawak masuk ke mulut.
  12. Dah pandai masuk 5 jari sekali dalam mulut.
  13. Dah pandai nak mandi bila timenya, lambat x boleh siap ngenget2 lg.
  14. Dah pandai tgk screen laptop, mcm paham je apa org buat.
  15. Dah pandai sembuq bila makan ubat.. abis satu katil kena semburan..
  16. Dah pandai nangis bila panas.. bila bukak aircon tidur dgn amannya...
  17. Dah pandai hisap jari ibu sahaja.. pastu bunyi cup cup cup..
  18. Dah pandai lonjak2 dalam kolam mandi.. asyik terantuk je kepala time mandi..
  19. Dah pandai stop nangis bila masuk jer dlm kolam mandi... teruss senyap + sengih..
  20. Dah pandai tidur mengereng dgn sendirinya
  21. Dah pandai main kain.. kalau pakai skirt sedaya upaya Eryna nak tarik skirt ke atas
  22. Dah pandai tarik jari org ke mulut dia..
  23. Dah pandai  demam sekali dua..
  24. Dah pandai tgk tv...hahaha
  25. Dah pandai tak mo baring bila diriba.. nak duduk jugak, kalau riba nangis..
  26. Dah pandai bertweet... hahaha... akaun twitter @erynazu
  27. Dah pandai sembuq muntah kat baju kerja papa
  28. Dah pandai dok diaam bila papa & mommy smayang
  29. Dah pandai mengamuk hahaha...
  30. Dah pandai nak balik kampung wan gombak..
  31. Dah pandai pakai gaun & pakai skirt
  32. Dah pandai duduk diam2 time atas riba mommy nak makan..
  33. Dah pandai pergi pasar
  34. Dah pandai senyum2 bila duduk atas bouncer.. suka sgt!
  35. Dah pandai kejut org pagi2..
  36. Dah pandai kentut macam keretapi... put put put.. sampai segan kalau ada org asing kat seblah.. boleh dengar  clear tau!
  37. Dah pandai tak nak bagi org tgk telinga dia...
  38. Dah pandai tak bagi orang korek idung dia..
  39. Dah pandai tak bagi org ketip kuku dia..
  40. Dah pandai.... errrr... errr..... NAK ADIKKK!!! haaaa?????

Rabu, Mei 26, 2010

Kenyang makan pizza

Dikala ini aku sedang kekenyangan pizza, ini first time rasanya aku habiskan 1 regular pizza + sepotong lagi.

Td pagi gi hospital Seberang Jaya, wife ku @melamyra kena jumpa doktor pakar sbb nk details scan, dapatlah tau perkara2 tententu. Baby ckp jgn bgtau org.

Plan lps scan tu, tiba2 wife ajak nk mkn sotong kangkung kat pak Husin Sungai Ara. Last2 mlm ni x jd pulak, malas nk keluar katanya, jd dia order Domino's Pizza online.

Besok kerja macam biasa.

Sabtu, Ogos 22, 2009

Mengucapkan selamat berpuasa

RANDOMNESS mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa kepada semua pengunjung blog ini. Moga kita semua mendapat ganjaran dan manafaat dari ibadah puasa ini.

Aku memulakan hari pertama puasa ini di rumah parents aku di Gombak, smlm baru balik dari Penang, sepanjang perjalanan hujan sekejap2 menyebabkan perjalanan mengambil masa yang lama, senang cerita sungguh memenatkan, mujur boleh tukar2 driver dengan Mel.

Jumaat, Julai 10, 2009

Kullu nafsin zaa'iqatul maut




Bismillah.. Sesungguhnya setiap yang hidup itu pasti akan mati jua akhirnya. Adakah kita sudah bersedia untuk ketika itu? Pagi Khamis 9 Julai 2009 bersamaan dengan 16 Rejab 1430 H, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dr Mel, mesti ada sesuatu yg penting kerana dia biasanya tak akan call time aku on duty. Dia memberitahu tentang ibunya yg baru meninggal pagi tu, dah dia baru dapat info dan plan untuk balik secepat mungkin. Ketika itu dia berada di Penang dan jenazah berada di Klang. Jenazah akan dibawa ke Triang, Pahang untuk dikebumikan. Jadi dgn spontan rasa tanggungjawab tu ada untuk support dia. Disebabkan flight terlalu lambat Mel decide untuk balik dgn drive sendiri kereta dr Penang, aku tau situasi ini adalah amat tidak sesuai untuk dia drive tp spt biasa disebabkan tiada pilihan dan dia bukan jenis suka mintak tolong org jd dia drive jugak sendiri, dijangka sampai ke Gombak pada pukul 1 pm. Aku di office memberitahu TL dan UH aku, tah mcm mana rupa2 UH aku dah tau yg mak Mel sakit menerusi fb. Jd aku EL halfday lah, sbb aku masuk pukul 7 am + 4.5 jam jdnya aku keluar 11.30 am, ok lah tu, sampai gombak lam 12 lebih. Tunggu jap Mel pun sampai, dia salam2 dgn akak aku dgn mak aku, pastu terus menuju ke Pahang, sampai dalam pukul 3 lebih dan jenazah akan dikebumikan selepas Asar. dalam pukul 4 pm jenazah dibawa ke Masjid untuk disembahyangkan selepas solat Asar. Selepas pengkebumian dan talkin semua baliklah ke rumah persinggahan lebih kurang pukul 6 lebih. Makan dan minum sikit terus aku gerak balik Gombak sorang pakai Kia Spektra Mel sbb esoknya tu aku keje pagi. Semoga arwah ditempatkan dikalangan umat Muhammad yg beriman dan mendapat balasan Syurga, InsyaAllah.

Kepada kita semua, kita tidak tahu bila kita akan mati, kita juga tidak tahu bila ahli keluarga kita akan mati, tak tahu bila kawan2 akan mati, tak tahu bila musuh2 kita akan mati, andaikata kita ada berbuat salah dgn seseorang, mohonlah maaf dan maafkanlah permintaan maaf org, andaikata kita ada berhutang dan kita mampu membayarnya, bayarlah. Persinggahan ini tidak lama seperti apa yg kita fikirkan, berbuat baliklah sesama insan, balasannya telah pasti. Buat jahat balasannya jua telah pasti. Al-Fatihah..

Rabu, Julai 30, 2008

Gud Nite...


Gud Nite all.... Sleep tight.. sweet dream...
Will be dreaming of you... always..