Memaparkan catatan dengan label event. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label event. Papar semua catatan

Sabtu, Disember 31, 2011

I just unlocked "Happy 2012" badge


Selamat menyambut tahun baru 2012, moga dengan datangnya tahun baru ini kehidupan kita semua akan bertambah baik.

Ahad, Februari 06, 2011

Aktiviti cuti CNY

Khamis lepas aku balik ke Gombak sebab cuti CNY Khamis & Jumaat tu, tak ambil cuti extra pun sbb tak rasa memerlukan sangat nat cuti lama2, 4 hari pun dah kira ok, kat USM sepanjang Isnin hingga Rabu mmg lengang, ramai yang ambil cuti, student pun cuti seminggu. Minggu ni tak tau la kalau ada yang sambung cuti, smgt betul bercuti, kalah org Cina beraya.

Aktiviti hari Khamis tu duk rumah je sbb penat baru sampai petang tu. Kami gerak dari USM dlm pukul 10:40 pg, mmg target nak gerak lambat sikit sbb ada jemputan kahwin di Sungai Bakap. Sampai ke majlis kendiri tu dkt2 pukul 12, cun2 save budget makan tgh hari, lauk special sbb ada sambal petai, tak pernah lagi pegi kenduri kahwin ada menu tu. Tak jumpa pengantin pun sbb pengantin tgh bermake-up masa tu. Habis makan terus gerak ke Gombak.

Hari Jumaat tu pagi2 dah ke Mydin Danau Kota. Cari bahan2 mentah untuk di BBQkan, beli chicken wings + chicken ribs sikit & lamb shoulder. Lain2 tu sos2 semua, jenuh mencari sos BBQ takde last2 ke Giant Batu Caves pulak.

Tgh hari tu solat Jumaat kat masjid Al-Syakirin dgn abah & @aliffzachary. First time bawak Aliff (4 tahun), jenuh nak kawal dia masa khutbah. Masa solat ok shj. Petang tu pi cari kedai jual alatan jahit takde pun jumpa kedai semua tutup. Plan nak gi esoknya.

Petang dalam 6 lebih dah mula siap2 nak berBBQ, adik aku @faiz__rahman & abg ipar aku sibuk membakar, syok la jugak sbb BBQ tu menjadi, ada otak2 & sosej lg. Chicken wings tu mmg pilihan bijak kalau nak buat BBQ, cepat masak. Family Acu ada datang memeriahkan lg BBQ tu. Lewat2 sikit ada member sekolej 8 Kinabalu UM datang, aku ajak thru fb sbb dia kebetulan tinggal dekat je. Lama gak bersembang. Cikgu skrg kat Sri Gombak.

Esoknya hari Sabtu tu, kami ke IKEA, beli tak byk pun, cuci mata je yg byk, sbb space xde pun kalau nak beli yg besar2 ke Penang, nak kena bawak lori lain kali. Penat memusing dalam tu, makan kat foodcourt IKEA tgh hari tu, merasa la meatball yg acap kali diperkata org tu, pada aku rasa biasa je hehe, sedap tp taklah terlalu sedap.

Plan nak cari kedai jual alat jahit cancel sbb aku rasa penat sangat, nak jalan The Curve pun dah malas. Malam tu kami ke bazar larut malam Setiawangsa, tgk akak aku @hani_fadhlina berniaga kat situ dgn husband dia, tak semeriah Danau Kota tp ok la, lepas tu minum malam jap kat Bangi Kopitiam, best gak, tempat tu, kat Penang ni Kopitiam byknya cha ya yg punya.

Ahad pagi lewat2 sikit balik ke Penang, mujur jalan ok, tak jammed sangat, lepas Juru je yg kete byk sikit tp tak la slow sgt, tgk hala Utara ke KL jammed sepanjang jalan, line emergency pun digunakan sepenuhnya oleh malaun2. Aku rasa kalau dari Penang nak ke KL7-8 jam pun belum tentu sampai. Kalau dari Perlis? Fikir la sendiri haha. Gov kena buat PLUS2. Satu masa dulu Malaysia punya jaringan jalan raya antara terbaik di Asia, skrg hampeh, tak dapat nak maintain dengan kepesatan pembangunan & pertambahan bilangan pengguna.

Sampai tadi dalam pukul 4. Tertidur sat petang td, malam ni konon nak online sikit internet lak putus2, nk baru ok sikit dapat la update blog. Lama tak update blog dgn entry panjang2 mcm ni hehe.

p/s: Tgh tggu Domino's Pizza delivery sampai @melamyra belanja @erynazu tgh tidow...

Ahad, September 12, 2010

Misteri Luqman Aliff


Buku ni aku akan hadiahkan kpd Luqman anak buah aku yg pertama. Jenuh pikir nk beli hadiah apa untuk dia. Dia baru sambut hari jadi seminggu dua lepas. Dia puasa hampir penuh di usia 7 tahun. Hanya 1 hari shj yg dia tak puasa. Tu yg rasa nk hadiahkan sesuatu tu. Dari Jusco Wangsa Maju mencari sampai MPH. Hampir putus asa pun. Last2 jumpa buku ni. Harap2 besar makna pada dia. Esok dia dan family balik dari kampung di Jengka 17.

P/s: corak tulisan agak skema sebab nak bagi dia baca. Entry Happy birthday Luqman elok je dia baca cuma ada shortform2 yg dia x dapat tangkap.

genggenius.wordpress.com
pts.com.my

Khamis, September 10, 2009

Ifthaar 1 Siswa 1 Malaysia

090909

090909 (1)

090909 (2)

090909 (3)

090909 (5)

090909 (6)



Ingatkan xde la menarik sangat majlis buka puasa di masjid USM smlm sbb mula2 mmg x tau majlis apa dan siapa yg datang. Last minute decide nk pergi majlis ni, antara yg hadir ialah Raja Perlis (Censelor), Sultan Kedah, YDP Pulau Pinang dan x ketinggalan mantan PM iaitu Pak Lah. Agak unik sbnrnya bila 3 raja2 dari 3 negeri ada dalam satu majlis begini dan protokolnya mmg berjela2 la, ada yg berucap sampai berbelit lidah nk menyebut nama2 raja ni. Sempat la ambil beberapa gambar utk dikongsi. Inilah dia memori 090909.

p/s: best gak berbuka kat masjid!

Jumaat, Julai 10, 2009

Kullu nafsin zaa'iqatul maut




Bismillah.. Sesungguhnya setiap yang hidup itu pasti akan mati jua akhirnya. Adakah kita sudah bersedia untuk ketika itu? Pagi Khamis 9 Julai 2009 bersamaan dengan 16 Rejab 1430 H, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dr Mel, mesti ada sesuatu yg penting kerana dia biasanya tak akan call time aku on duty. Dia memberitahu tentang ibunya yg baru meninggal pagi tu, dah dia baru dapat info dan plan untuk balik secepat mungkin. Ketika itu dia berada di Penang dan jenazah berada di Klang. Jenazah akan dibawa ke Triang, Pahang untuk dikebumikan. Jadi dgn spontan rasa tanggungjawab tu ada untuk support dia. Disebabkan flight terlalu lambat Mel decide untuk balik dgn drive sendiri kereta dr Penang, aku tau situasi ini adalah amat tidak sesuai untuk dia drive tp spt biasa disebabkan tiada pilihan dan dia bukan jenis suka mintak tolong org jd dia drive jugak sendiri, dijangka sampai ke Gombak pada pukul 1 pm. Aku di office memberitahu TL dan UH aku, tah mcm mana rupa2 UH aku dah tau yg mak Mel sakit menerusi fb. Jd aku EL halfday lah, sbb aku masuk pukul 7 am + 4.5 jam jdnya aku keluar 11.30 am, ok lah tu, sampai gombak lam 12 lebih. Tunggu jap Mel pun sampai, dia salam2 dgn akak aku dgn mak aku, pastu terus menuju ke Pahang, sampai dalam pukul 3 lebih dan jenazah akan dikebumikan selepas Asar. dalam pukul 4 pm jenazah dibawa ke Masjid untuk disembahyangkan selepas solat Asar. Selepas pengkebumian dan talkin semua baliklah ke rumah persinggahan lebih kurang pukul 6 lebih. Makan dan minum sikit terus aku gerak balik Gombak sorang pakai Kia Spektra Mel sbb esoknya tu aku keje pagi. Semoga arwah ditempatkan dikalangan umat Muhammad yg beriman dan mendapat balasan Syurga, InsyaAllah.

Kepada kita semua, kita tidak tahu bila kita akan mati, kita juga tidak tahu bila ahli keluarga kita akan mati, tak tahu bila kawan2 akan mati, tak tahu bila musuh2 kita akan mati, andaikata kita ada berbuat salah dgn seseorang, mohonlah maaf dan maafkanlah permintaan maaf org, andaikata kita ada berhutang dan kita mampu membayarnya, bayarlah. Persinggahan ini tidak lama seperti apa yg kita fikirkan, berbuat baliklah sesama insan, balasannya telah pasti. Buat jahat balasannya jua telah pasti. Al-Fatihah..

Isnin, Januari 26, 2009

Chinese New Year Egg




Terima kasih kepada Melati sebab bagi telur ini. Ada gambar Ox (mengikut kalendar orang Cina, tahun ini merupakan tahun Ox). Guna Opera mobile pun boleh jumpa. Hebat betul. Marilah bermain Hatchlings.

Khamis, Disember 11, 2008

Selasa, Oktober 14, 2008

Karnival kerjaya peringkat kebangsaan 2008

Tarikh: 17-19 Oktober 2008
Tempat: Universiti Kebangsaan Malaysia
Masa: 9.00 pagi - 5.00 ptg

Pengisian:

* Pameran kerjaya
* Temuduga terbuka
* Ceramah motivasi & kerjaya
* Seminar kerjaya oleh industri
* Bengkel keusahawanan
* Ceramah & klinik kerjaya
* Penilaian psikometrik dan eq

[sumber UM student mailing list]

Sabtu, Ogos 30, 2008

Merdeka



p/s: malam merdekakah ini? x rasa ada semangat kemerdekaan. kepada yg meraikannya diucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan. lagi 2 jam utk ke 31 ogos 2008.