Ahad, April 11, 2010

Aktiviti hujung minggu ini

Ni baru on laptop SONY VAIO yang aku biasa pakai hari2 untuk buat kerja kat office, biasa kalau hujung minggu mmg tak ber-on laptop ni melainkan kalau ada kerja urgent yang nk disiapkan. Biasa tu pakai laptop Acer Aspire yang selalu on bila kat rumah, diamnya di dalam bilik tidur sebelah katil.

Biasanya hujung minggu ni mcm2 benda yang perlu dibuat sebab bukan semua hujung minggu yang ada adalah free. Maksudnya tak ada apa2 kerja. Rasa dua minggu ni free sikit, sblm tu ada bengkel. Walaupun free, jaranglah duk saje kat rumah, mesti ada benda yg nk kena settle selain aktiviti mengemas rumah.

Semalam lepas kemas2 rumah sikit, pastu lepak2 sat, tgh hari gi bengkel cat kereta kat area Sg. Dua. Selang beberapa buah rumah je dengan rumah sewa aku dulu sblm kahwin. Mmg sengaja pergi tgh hari sikit sebab dari pengalamannya, biasanya apa2 kedai kat Penang ni x bukak awal pagi sangat. Tak macam kat KL. Dah byk kali terkena dah pergi2 kedai tgk x bukak lagi. Kereta Spectra Mel ni Jumaat hari tu ada student tergesel sikit kat bumper depan belah kanan, kereta student chinese tu warna putih, so bila gesel mcm tu mmg nampak la kaler putih tu (boleh baca entry ni), sblm tu belah kiri dah kena gesel jugak tapi x nampak sangat sebab mungkin kereta yang langgar tu warna gelap. Spectra ni kaler hitam, so tu yg x berapa nampak. Langgar lari, mana nk tau kereta tu warna apa. Fender belah kiri ada lekuk sikit, nk kena ketuk & simen sikit. Jd buat la sekali. Lepas setuju dgn harga yang ditawarkan, org bengkel cat tu follow kitorang balik rumah, sblm dia bawak kereta tu ke bengkel dia sempat tanya harga cat sebijik kereta berapa, dia ckp RM 1700, ada gak hajat nk tukar kaler Civic ni, kasi berseri sikit.

Sampai je kat rumah balik terus keluar pulak ke Queensbay Mall bawak Civic la. Kali ni malas nk masuk Jucso sbb kalau masuk Jusco mesti tempat2 lain x larat dah nk jalan, besar jugak Queensbay Mall ni. Kedai yang mula2 masuk ialah kedai jual baju pregnant, wife sempat la membeli sehelai baju yang harganya agak gulp jugak la, tp lawa la, style ala2 cottage living punya fabric & design. Bleh la pakai sementara tgh berisi ni, dia kata kalau lepas pregnant nnt boleh lagi pakai tp kena otter bg slim sikit la, kita tunggu.. Nk menjahit sng sbb sblm ni dia ada beli mesin jahit Singer.

Lepas tu pusing belah atas masuk kedai sport al-Ikhsan cari boot bola. Haa? Sapa pulak nk main bola. Aku mmg dari zaman sekolah x pernah beli boot bole ni, sekali je kut itu pun boot kain. Ada org suruh tgkkan kat situ sbb al-Ikhsan ni biasanya lebih murah compare kedai sport lain. Ye ke? Wallahu alam. Jarang masuk kedai sport. Usha jugak t-shirt official merchandise World Cup South Africa 2010. Agah mahal, dulu Germany rasanya x mahal sangat. Nak cari t-shirt biasa jer buat koleksi. Tgk la nnt try usha kat KL pulak kalau balik.

Lepas tu terus gi food court Arena kat bawah tu, biasa kalau pergi sini mesti makan chicken chop. Sbb chicken chop dia besar. Dah try beberapa tempat western ni, semuanya mcm kurang memberansangkan. Lepas tu naik balik gi Crocs punya butik. Ada sale tu xde yang berkenan, Mel la usha kut2 ada yang menarik & sesuai. Tp xde pulak. Keluar dari situ singgah Toys"R"Us tgk apa2 yang patut, tgk Lego, Mel gi tgk barang2 utk baby, dan mula berangan2 la tu. Sedar2 dah pukul 4 lebih, balik la dah penat berjalan.

Hari ni punya cerita mcm smlm jugak kuar lambat sikit usha kedai air-cond dekat area Sg. Nibong tp x bukak lak, pusing kat area Gelugor ada kedai bukak. Terus masuk & tanya. Air-cond Civic ada problem sikit, kurang rasa nak2 skrg ni rasa tgh hari panas sangat, tandus je rasa. Lama baru sejuk, tu pun x sejuk mana. Tanya org tu, dia check tekanan kot, dia kata compressor ok cuma ada leaking kat mana2, so dia x berani nk tukar gas, takut jd lg teruk. So last2 x buat apa pun. Nak tanya kedai lain pulak la, tah betul ke tidak kedai tu.

Lepas tu terus hala ke Jalan Bukit Gambier (betul ke ni ke Gambir?) Cari Domino's Pizza, ada orang mengidam nk makan pizza, smlm mcm ada rasa kempunan sikit sbb sblm masuk food court kat Queensbay ada jugak sebut Pizza Hut, tp x jd sbb service Pizza Hut kat Queensbay tu failed, lembab kemain, sama mcm Pizza Hut Sg. Dua. Yg ok sikit Pizza Hut kat Giant Bayan Baru. Laju la sikit. Domino's ni sedap juga walaupun dia punya based tu nipis jer tp sedap jugak rasa dia lain la dari rasa Pizza Hut.

Lepas tu terus balik rumah, lepak2 jap on movie Over Her Dead Body, last aku tertido, wife tgk sampai habis. Huhu mesti bengang tu. Petang pergi pasar malam Sg. Nibong. Jumpa Aidil member satu office dgn kawan dia. Sblm2 ni pergi pasar malam xde la pulak terserempak dengan sapa2 yang kenal, ingatkan kitorang jer kaki gi pasar malam. Beli kuih meniram (aka telinga keling) RM 1 sepuluh ketul, murah jer. Lepas tu beli sayur sikit, tapau laksa, belum makan lg laksa ni, ada kat depan ni, jap lagi nk makan nk kena panaskan la balik kuahnya, malas nk makan terus tu, kenyang pizza x habis lg.

Aktiviti terakhir ialah mencuci screen laptop dan laptop dan iPhone guna Expert On Cleaning Screen, habis sticker2 asal laptop ni aku cabut, buat semak jer. Ini lah punca aku bukak laptop ni sampai terblog sudah. Biasa x rajin sangat nk nk berblog panjang2 ni, tp kalau ada mood tu boleh jer. Skill memblog x hilang lg. Cuma style tu ntah best ke tidak ntah la. Aku rajin baca blog org, bukan takat isinya aku layan, corak tulisan pun aku layan. Yang skema sangat x berapa best nk layan. Kalau tgh x rajin tu jawapnya blog ni jd photoblog je laa blog ni.

p/s: Dah jom mai makan laksa Penang! Atas tu gambar hiasan jer :P

2 ulasan:

  1. amboi. panjangnya post kali ni. selalu pendek je. hoho

    BalasPadam
  2. jenuhla nak tunggu abis menulis... tingin nak makan lontong pulak ni..

    BalasPadam