Isnin, April 25, 2011

Melbourne Trip from my iPhone 3G camera (part 3)

Sbnrnya ada kesilapan dalam post terdahulu. Zoo Melbourne tu kami pergi pada hari keempat. Hari ketiga tu berjalan dengan kawan @melamyra yg tgh buat PHD kat Melbourne.

Melbourne Trip
Ni gambar hari ketiga sbnrnya, Flinders Street Station ni rasanya pusat sistem tram & train kat Melbourne. Rekabentuk bangunan sekitar ni mmg agak classic.

Kalau ada bangunan baru perlu dibina derang seboleh2 akan kekalkan bangunan lama, ada satu tempat tu dalam bangunan baru ada menara jam lama di tengah. Jd nampak keunikannya. Ada kawasan penjara lama juga terpelihara, org boleh lepak2 kat bangunan tu. Kat Malaysia Penjara Pudu yg usia lebih 100 tahun mudah2 je dimusnahkan. Satu kerugian yg besar sebenarnya.

Melbourne Trip
Pada hari kelima sebelah pagi aku & @melamyra ke Global Learn 2011 Conference, dapat la dengan org present tentang education technology. Teknologi2 yg cuba dibawa masuk dalam universiti & sekolah2 ni sbnrnya bukan sesuatu yg asing sgt, teknologi mcm Google Docs, Wiki, Moodle byk disebut, pelbagai research telah dijalankan.

@melamyra present tentang mobile learning (mlearning) evolusi eLearning. Teknology yg telah diguna di USM iaitu penggunaan SMS utk satu2 course telah berjalan modul2 sepertu alert, quiz telah diguna, utk peringkat seterusnya mobilelearning@usm akan membangunkan sistem forum melalui SMS. Inilah yg aku tgh buat skrg & akan jd research utk master aku insyaAllah.

Lepas conference kami keluar terus ke Melbourne, nak kejar Queen Victoria Market yg bukak sampai tgh hari je.

Melbourne Trip
Kat sini boleh didapati barang souvenirs (credit to google translate, manjang salah eja). Baju2 Australia pun byk kat sini, peniaga2nya ada yg Cina biasalahkan. Sempat la jugak beli anggur, buah pulm & cili besar yg betul2 besar utk bawak balik.

Melbourne Trip
Bandar Melbourne sentiasa ramai org. Tp tak jam, nak cari parking kereta pun susah, bandar ni semua naik tram atau basikal je kut, luar2 sikit baru la ada parking2 kereta.

Melbourne Trip
Sesat lepas ke St. Kilda Beach sekali lagi, ingat nak balik hotel sekali ke bandar lak perginya, dah la sakit perut! Haha.

Melbourne Trip
Sekali sekala ada juga nampak kereta kuda ni. Best2.

Melbourne Trip
Teksi Melbourne.

Melbourne Trip
Byk jasa kasut ni, berpuluh2 kilometer kut berjalan kat Melbourne ni, ke beratus?

Melbourne Trip
Di airport Melbourne, awal2 pagi dah sampai.

Melbourne Trip
Alice Spring yg terletak di tengah2 Australia, shot dari dalam plane.

2 ulasan:

  1. dah abis cerita ke belum...download gambar la byk2...esp gambar koala & kanggaroo

    BalasPadam