Hari-hari akhir bersama Abah (rahimahullah)
Bismillah.
Situasi #1 berlaku lebih kurang seminggu sebelum pemergian abah. Dua tiga minggu sebelum pemergian abah, abah dah mula tidak kuat, dah tak mampu bangun sendiri dan tidak lagi mampu bercakap dengan lancar, jelas dan baik. Abah perlu sentiasa dibantu untuk bergerak, mandi dan sebagainya. Sewaktu itu waktu dah malam, mungkin dalam jam 9 atau 10 malam. Abah biasanya susah nak tidur sebab kesakitan yang dialaminya, kaki abah selalu kekejangan pada waktu malam. Selalu abah tidak dapat tidur malam langsung. Bila dah lewat malam, aku ajarkan abah doa tidur, ayat Kursi dan 3 Kul. Reaksi abah hanya bersahaja, kemudian abah menunjukkan isyarat jari telunjuk ditegakkan. Mulanya tidak dapat nak tangkap apa isyarat itu. Kemudian baru teringatkan itulah simbol syahadah kita. Yang lakukan semasa tahiyyat di dalam solat. Dalam pada aku nak mengajar abah, abah pula mengajar aku supaya sentiasa mengucap 2 kalimah syahadah sebelum tidur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan