Ahad, Disember 26, 2021

Upgrading ThinkPad X270 RAM from 4GB to 8GB

Beginilah bahagian dalam laptop

Dah dapat 8GB, usable dalam 7GB sahaja

Assalamualaikum, pagi ni buat projek upgrade RAM dari 4GB ke 8GB untuk ThinkPad X270. Laptop ini dibeli pada 5 Disember lalu dengan harga RM1,100. Spec dia basic sahaja tapi berbaloilah untuk model ini dengan processor i5 7th generation. Biasanya kalau 7th generation orang akan jual dalam RM1,500 ke atas.

Laptop ketegori ultrabook ni hanya ada 1 slot unsoldered RAM, jadi perlu ganti yang lama dengan yang baharu. Suka model ni sebab masih boleh upgrade RAM, kalau model kemudian selepas ni dah pakai soldered RAM yang mana takde ruang untuk upgrade dah.

Akan datang mungkin nak tukar keyboard backlight US.

Rabu, Disember 22, 2021

Eryna Khatam Al-Quran Kali Kedua

Kambing Perap Pak Mat Western
Assalamualaikum, dengan izin Allah Azza wa Jalla pagi ini kita masih diberikan ruang dan peluang untuk terus menghirup udara segar. Semoga kita semua dilindungi Allah Azza wa Jalla. Pagi ini rasa nak menulis atau mungkin juga sekadar merekodkan satu peristiwa iaitu "Eryna Khatam Al-Quran Kali Kedua". Mungkin pada sesetengah orang apalah sangat sampai perlua dibuat catatan tapi pada aku ia satu yang perlu dicatat.

Hujung minggu lepas semasa di Pangkor Eryna telah berjaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran untuk kali kedua. Hampir genap setahun setelah khatam kali pertama di Gombak bersama Emak ketika itu. Hajat hati nak buat makan2 sikit masa di Pangkor tu tapi tak berkesempatan dengan kurangnya masa dan kerapnya hujan di sana. Akhirnya malam tadi baru sempat makan2 sedikit. Bila tanya Eryna dia nak makan apa, cadang nak beli kek tapi dia pula tak mahu. Yang dia sebut ialah nak kambing perap bakar. 

Sedap sehingga menjilat jari
Berusahalah mencari kambing perap semalam, nasib baik ada yang menjadi dealer Kambing Perap Pak Mat Western kat tempat kerja. Wife keluar lah mencari bahan2 lain untuk buat sos cheese, kentang untuk dibakar dan sayur2 segar. Petang tu selepas balik kerja bersusah payah jugalah wife membakar kambing itu dan makan kambing bakarlah kami semalam. Nampak puas hati Eryna dapat makan kambing bakar yang dimasak dirumah. lebih puas makan berbanding di kedai.

Selepas Maghrib Eryna dan sambung bacaan surah Al-Fatihah dan Al-Baqarah. Semoga khatam kali ketiga dapat dicapai dan lebih cepat lagi tempohnya agar boleh makan kambing perap bakar lagi.

Sekian dahulu untuk pagi ini. Posting ini tidak dipos di facebook demi menjaga perasaan orang yang sedang dilanda musibah banjir pada ketika ini. 

Selasa, Disember 21, 2021

Ronda-ronda Sekitar Pulau Pangkor

Assalamualaikum. Ronda-ronda sekitar Pulau Pangkor dengan menaiki van sewaan. Pemandu membawa kami melawat Masjid “Terapung”. Cantik masjidnya.
Kemudian kami dibawa ke Kota Belanda. Kota ini dibina oleh Belanda sebagai tempat pengumpulan bijih timah dari sekitar negeri Perak. 
 
Seterusnya kami dibawa melawat ke Masjid Cina. Khabarnya masjid ini baru siap diubah suai lebih kurang tiga tahun lalu. Dibina di kawasan perkampungan orang Cina. Satu keunikan yang jarang ditemui.
 
Masjid Terapung Pangkor

Juga dikenali Masjid 1,000 Selawat

Cantik masjidnya, dulu sampai ke sini tak siap lagi

Dinding masjid penuh hiasan

Di kaki lima masjid

Kota Belanda atau Dutch Fort, tak banyak peninggalan Belanda dapat dilihat di Malaysia

Selfie dulu

Tak dapat pergi Belanda, dapat ke sini pun jadilah

Ini pula Masjid Cina di Pulau Pangkor

Dibina di kawasan kejiranan orang Cina

Katanya masjid ini siap dinaiktaraf dalam 3 tahun yang lalu, sebelum ini telah ada Masjid Cina dengan binaan lama.

 

 

 

All USB Port Not Functioning

Problem USB port desktop PC semua tak function. Bila semua tak function PC dah tak boleh guna melainkan kalau ada port PS2 yang mana PC kebanyakannya dah tak ada port ni. Selain tu mungkin boleh guna slot PCIE. 

Bila inspect board jumpa ada chip terbakar. Nak bagi USB function balik buang cip tu dan tada 🎉. Semua function balik. Kalau tak function tadi kena tarik satu wayar ke slot USB satu lagi. Cuma solution ni shortcut untuk bagi function sahaja. USB mungkin dah tak ada protection incase USB device ada problem. Setakat mouse, keyboard & pendrive oklah. Lain2 device yang murah2 tak ada cop SIRIM hindarkan. 


Cip yang dah terbakar



Cip telah dibuang


Isnin, Disember 20, 2021

Perjalanan Ke Pulau Pangkor

Assalamualaikum. Pagi tadi memulakan perjalanan ke Pangkor melalui lebuhraya PLUS kemudian exit Taiping, melalui pekan Trong, Pantai Remis dan seterusnya ke Lumut. 
 
Makan tengah hari di Nasi Ayam Bakar Tapah Road bedekatan dengan jeti. Cuaca kadang renyai sedikit dan selebihnya banyak mendung. Acara tahunan family day belah isteri melibatkan 7 keluarga. 
 
Masih menunggu feri bergerak ke #PulauPangkor.
 
Sebelum memulakan perjalanan kami bersarapan di Restoran Adik Abang terlebih dahulu

Wife baru beli topi warna merah, aku pula dah siap bawa topi dengan design yang sama dibeli beberapa tahun yang dulu

Eryna pula memilih topi berwarna coklat gelap

Bersantaian di sekitar Jeti Lumut

Like mommy like daughter

Bila jumpa background yang cantik kita wajib bergambar dahulu

Sedang menunggu dipanggil masuk ke dalam Feri

Di dalam feri menuju ke Pulau Pangkor

 
Nukilan ini adalah siri satu dari empat siri keseluruhannya.

 

Rabu, Disember 15, 2021

Prison Break

Assalamualaikum, malam tadi menamatkan marathon menonton tv siri #PrisonBreak. Ambil masa dalam 2 minggu juga nak manghabiskan keseluruhan 5 season. Ni kali kedua rewatch semua episod.

Mula-mula layan Prison Break ni masa kerja kat Jaring dulu mungkin dalam tahun 2005 atau 2006. Bila hari Isnin sahaja akan release episod baru. Sentiasa tertunggu2 nak download kat torrent. Masa tu fames Mininova, sekarang baru orang pakai The Pirate Bay untuk download torrent.

Ni lah satu2nya tv series yang rasa syok nak tengok. Lepas ni tak tahu nak layan tv series apa pula.


Sabtu, Disember 04, 2021

Hyundai i10 After 8 Years


Assalamualaikum. Pagi ni lepas sarapan kat Astaka Perda kami singgat sat di IKA (kira macam ala2 IKEA) untuk beli bakul sampah untuk dapur. Beli yang ada teknologi boleh buka sendiri bila dipijak tu. 

Lepas tu baru perasan dah reach odometer untuk tukar minyak enjin hitam & oil filter selain buat rotation tyre. Kali ni kita cuba LiquiMoly barulah kena dengan istilah minyak hitam. 

Kereta Hyundai/ Inokom i10 ni dah cecah 132,000++km untuk tempoh pakai dari 2013. Banyak juga kmnya sebab dulu buat berulang Permatang Pauh ke Tanjong Malim setiap minggu selama 5 tahun. 

Dalam tempoh 8 tahun ni Alhamdulillah kereta tak ada rosak yang major, yang minor pun minor sangat macam bulb terbakar, getah penahan brake indicator reput & fuse charger terbakar. Selain tu sekadar maintenance & sekali tukar rim sebab bengkok. 

Semoga terus mengekalkan prestasi cemerlang. Tahun ni boleh dapat APC. Tiba…