Memaparkan catatan dengan label 1444. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1444. Papar semua catatan

Isnin, Julai 03, 2023

Korban 1444H

Assalamualaikum teman2 semua. 

Rasa bersalah pula jika tidak update pasal Hari Raya Aidil Adha baru2 ni. Semestinya ibadah korban sangat sinonim dengan Hari Raya Aidil Adha. Tahun ini aku berkorban di jabatan tempat aku bekerja. Jumlah keseluruhan lembu yang dikorbankan ialah sebanyak 3 ekor. Nilai korban bagi satu bahagian adalah RM850, nilai ini adalah termasuk keperluan pengurusan seperti beli barang berkaitan. Selain dari menjadi peserta bagi iabadah korban aku juga terlibat bertugas. Dulu2 selalu bertugas di Madrasah Al-Hilaliah, Gombak Setia dan ini kali pertama aku bertugas secara rasmi di sini. 

Apa yang menariknya bila bertugas ni, kita dapat belajar benda2 baharu. Bab2 pembahagian yang selalu orang konfius pun kita boleh belajar sama. Program ini dijalankan pada hari Ahad iaitu hari tashrik terakhir. Cepat selesai proses pembahagiannya kerana lembu dah siap disembelih dipusat penyembelihan. Lembu pun agak besar kali ni, jadi banyaklah dapat hasil daging lembunya. Selesai pembahagian aku pun balik ke rumah untuk menghantar bahagian peserta. Kononnya nak balik semula kerana ada majlis penyerahan dan makan tengah hari tapi tak jadi nak datang semula sebab menguruskan daging dan tulang2 di rumah pula.

Tengah hari tu dapatlah merasa makan sup tulang dengan agak mewah sedikit. Enjoy gambar2 di bawah, sebahagian gambar2 adalah ihsan Ustaz Mohamad Alif Ishak.