Rabu, Ogos 23, 2023

Oud Kalimantan Dan Oud Al-Khanjar

Assalamualaikum. Jam 10.20 malam sekarang ni, tiba2 rasa nak mencoret sesuatu di blog ini. Sebenarnya baru lepas ambil parcel yang sampai lepas Isya tadi. Keluar rumah hujan sedang turun dengan lebatnya. Patutlah waktu Isya tadi rasa sejuk semacam, rupa2nya nak hujan lebat malam ni. 

Parcel yang baru diterima itu berisi 2 botol minyak wangi oud iaitu yang pertama Oud Kalimantan dan yang kedua Oud Khanjar. Ini kali ketiga aku membeli minyak wangi oud ni dari satu kedai di platform jual-beli yang tersohor. Sebelum ni beli Oud Kalimantan untuk guna masa bulan Ramadhan lepas, ini kali pertama berjinak2 dalam oud ni. Mula bawa ke mana2 botol kecil minyak wangi ni. Masa mula beli tu ambil yang paling kecil iaitu 3ml. Sekali tak sampai habis Ramadhan dah habis.

Selepas habis tu aku order pula lagi dua botol iaitu Oud Kalemat dan Mukhalot Maliki dua2nya 6ml barulah tahan lama sikit. Dua2 botol ni dah nak habis jadi itu yang aku beli lagi dua botol. Boleh digilir2kan untuk dibawa ke mana2. Bila dah masuk 4 series ni automatik akan jadi style bapak2. Ingat lagi masa abah masih hidup dulu, minyak wangi ni antara benda2 yang dia suka nak beli walaupun dah banyak ada.

Kalau ada yang tak tahu oud ni sebenarnya bahan asas dia adalah kayu gaharu. Orang kata ni bau Arab tapi sebenarnya Arab beli dari nusantara/ India dan proses jadikan pati. Tak sabar nak pakai esok. Kalau ada yang berminat boleh komen, kutlah nak beli untuk suami ke. Rekomen sahaja je ni, tiada komisyen atau nak untung apa. Just sebab dah banyak mengkaji seller2 oud ni jadi adalah sedikit asas nak recommend pun. 

Fresh baru keluar dari bungkusan

Cantik botolnya

Oud Al-Khanjar

Dehn Oud Kalimantan

 Sekian dahulu, terima kasih.

17 ulasan:

  1. masa muda-muda dulu saya suka minyak attar tetapi setelah usia tua begini stail berubah seperti anak muda pula.minyak wangi lebih kepada yang moden dan trendy

    BalasPadam
  2. kalau kalimantan tu maknanya kayu tu berasal dari kalimantan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, berasal dari kayu gaharu yang diambil di Kalimantan. Ada juga jumpa yang di ambil di Cambodia yang mana lagi mahal harganya.

      Padam
    2. yg cambodia lagi mahal? tu lg istimewa ke kayunya?

      Padam
  3. biasa simpan dlm beg ke kalau keluar? or simpan dlm dashboard kereta?

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Memang menarik ni, sampai jadi addicted pula.

      Padam
  5. Saya suka wangi oud. Minyak wangi dan parfume yang untuk wanita pun dah banyak yg beraroma oud.

    Suka karena aromanya unik, dan biasanya sangat tahan lama 👍. Terkadang hanya semprot sedikit, wanginya bisa menyebar jauh 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul bauannya unik, namun wanita jarang menyukainya.

      Padam
    2. Saya malah suka 😄. Jo Malone ada yg aromanya oud. Best SANGAAAT. Kuat, tapi lama2 jadi soft.

      Padam
  6. Ada beza ya minyak wangi gaharu daripada minyak wangi biasa?
    Macam hendak cuba juga. Rasa ada sahaja oud untuk wanita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penghasilan minyak wangi ni ada banyak sumbernya, ada yang dari bunga, daun, buah, batang, kulit batang, getah, binatang, dan banyak juga non-organic dari makmal. Oud ni dari kayu gaharu atau cendana dengan campuran bahan2 lain untuk mempelbagaikan dan memperunikkan baunya.

      Padam
  7. Wah kebetulan bbr wktu lalu saya pun lagi bahas ttg minyak wangi 😀

    BalasPadam
  8. Suami tak berapa suka pakai minyak wangi..kalau beli memang makan tahun nak habiskan

    BalasPadam
  9. Macam menarik cuma org ada resdung mcm sy mmg tak boleh dgn wangian apa pun...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau resdung, guna minyak wangi jadi macam mana?

      Padam