August 2023 Challenge Badge |
Assalamualaikum semua pembaca yang sentiasa dirahmati Allah sama ada dalam sedar atau dalah tidak sedar. Banyak sekali rahmat Allah yang perlu kita sedari antaranya kebolehan untuk menulis santai2. Tak ramai orang dikurniakan kebolehan dan minat untuk menulis santai2.
Semalam sekali lagi telah berjaya mengunlock badge atau medal pada Apple Watch yang aku pakai hari2 bermula bulan Januari lalu. Jam ini dihadiahkan oleh puan isteri mungkin dia sebab dia nak suruh aku jaga kesihatan kut. Dia pun ada seutas.
Yang menariknya Apple Watch ni setiap hari dia basically akan tracking 3 perkara secara automatik iaitu; stand, excercise dan move. Terpulang kepada kita untuk set berapa yang sesuai dengan aktiviti kita. Saya tetapkan 12jam stand, 25minit excercise dan 330kcal move. Selepas seminggu Apple Watch akan suggestkan perubahan yang sesuai supaya kita dapat maintain, konsisten dan build habit untuk beraktiviti.
Selain dari tracking harian, ada juga challange bulanan seperti yang baru sahaja diunlock semalam. Contohnya untuk bulan Ogos ni challange dia supaya kita dapat completekan daily move sebanyak 19kali dalam bulan Ogos ini. Nanti masuk September akan ada challange lain pula.
Kalau nak diterangkan satu persatu memang panjang juga dan saya sendiri ambil masa untuk faham untuk guna Apple Watch ni dalam membina rutin beraktiviti yang konsisten setiap hari. Pada aku inilah teras utama Apple Watch. Hangpa ada pakai smart watch tak?
Tak pernah ada smart watch.... Tapi saya cukup smart.. 😂😂
BalasPadamKalau ada smart watch akan jadi bertambah smart.
PadamElok juga jam yang cadangkan aktiviti yang sesuai dengan kita.
BalasPadamMengikut kadar kemampuan kita sambil membina habit yang mementingkan kesihatan dan cara hidup sihat.
PadamHai, Terima Kasih artikelnya bagus sekali. BTW Salam sesama blogger saya pingin berteman dengan sampean :)
BalasPadamTerima kasih atas kunjungannya.
PadamPasti mahal tuuu...saya gak pakai smart watch
BalasPadamMahal juga, perlu ada phone yang sesuai juga.
PadamMahal juga, perlu ada phone yang sesuai juga.
BalasPadamwahhh nama pun smart watch kan... lbh drpd sekadar petunjuk waktu...
BalasPadamsy pakai oppo band je...beli sbb ada promo ms tu. dpt laa RM70 sebijik hehehe
Jadilahkan buat tracking2, suka tengok statistik2 tu.
Padamkannnn... bacaan heart rate, walking distant etc... konon nk nmpk sihat hahaha
PadamKita memang memerlukan some'body' or some'thing' untuk ingatkan. Harap sihat sentiasa.
BalasPadamTerima kasih. Dah2 tua ni kena ada benda2 yang tarik kita ke arah gaya hidup aktif.
PadamTakde sebab tak mampu nak beli tapi belikan untuk suami mampu je haha
BalasPadamOh macam tu pula. Yelah kita kena sayang suami kita dengan menggalakkan dia hidup aktif.
PadamTak pakai sebab sayang jam2 lama. Lately pulak selalu lupa pakai jam. Tapi smart watch ni memang bagus.
BalasPadamSaya tak pakai smart watch. Jam biasa saja. Kenapa tak pakai, karena belum merasa butuh sebenarnya.
BalasPadamKalau dibilang untuk melihat aktifitas gerak, kebetulan saya member gym, dan 4-5x seminggu selama 1 jam full saya pasti ke gym. Saya pakai Personal trainer yang juga selalu cek semua gerakan, dan beberapa alat pun ada yang utk mendetect kalori yg terbakar selama latihan . Karena itu saya tak pakai smart watch 😁
Jam biasa saya habis disimpan. Ruginya bila dah mula pakai smartwatch dah tidak pakai lagi jam single function.
PadamUncle punya smart watch beli kat DIY je.... takde benda2 ni.... huhuhu
BalasPadamKalau macam tuu uncle lah yang smart.
PadamPernah guna tapi tidak lama kerana jenis yang bukan ada kualiti....lebih suka plan aktiviti sihat secara manual jer
BalasPadamNak build habit tu yang susah.
PadamMasih mengekalkan Gshock berjarum hahaha... Belum tergerak hati ke smart watch..
BalasPadamHanya menunggu masa tu.
Padam